Aera tergelak sendiri melihat gambar dia dan Yoongi membuat persembahan bersama di atas pentas. Kebetulan pula mereka berdua sedang memandang ke arah satu sama lain. Nampak seperti babak daripada drama Korea pun ada.
"Patut tak aku cetak lepas tu frame kan lepas tu bagi hadiah dekat Yoongi?", ujar Aera sendiri sebelum dia kembali tergelak. Dia boleh membayangkan wajah Yoongi yang akan memandangnya dengan tidak percaya.
Telefon disimpan ke dalam poket jeans, kakinya melangkah ke bilik kuliah. Aera mengambil tempat duduknya seperti biasa. Buku nota dibuka dan tangan Aera mencapai pen berdakwat hitam.
"Selamat pagi semua.", ada suara yang berkata melalui mikrofon. Aera terus mengangkat wajahnya dan senyumannya pudar sedikit apabila bukan Yoongi yang berdiri di atas podium. Sebaliknya, seorang guru wanita dalam awal 40-an sedang meletakkan buku yang dipegangnya.
Seluruh kelas mula berteka-teki sesama sendiri, mengapa guru wanita itu yang berada di situ, bukan Cikgu Min.
"Saya akan menggantikan Encik Min pada hari ini kerana Encik Min tidak menghadirkan diri atas sebab peribadi.", ujar guru wanita itu melalui mikrofon. Para pelajar hanya mengangguk.
Sebab peribadi? Dia tak sihat ke? Hati Aera mula berteka-teki. Telefon bimbit diatas meja mula dicapai dan dia menyorok sedikit ke bawah meja. Mesej kepada Yoongi mula ditaip.
Aera
kenapa kau tak masuk kelas|[padam]Bibir Aera ketap sebelum meletakkan kembali telefon bimbit diatas meja. Mungkin aku patut biar sahaja dulu. Entah-entah dia ada masalah keluarga yang aku tak patut masuk campur.
Ya... Mungkin itu sebabnya. Aera mengangguk kecil. Dia mula fokus pada pembelajaran pada hari ini.
🎹🎹
Aera menguap sambil membaca kemaskini webtoon kegemarannya. Dia mula memeluk tubuh yang terasa sejuk oleh kedinginan malam sambil terduduk di atas tangga di hadapan tempat kerjanya. Waktu sudah menunjukkan hampir jam 5 pagi.
"Mana Yoongi ni...", gumam Aera sendiri sambil memandang ke kiri dan kanan. Kereta BMW berwarna hitam milik Yoongi tidak kelihatan dimana-mana.
Tiada langsung panggilan diterima daripada Yoongi, lebih-lebih lagi mesej. Kalau ya pun tak mahu datang ambil aku, mesejlah, telefon ke. Ini habuk pun tak ada. Aera mula berdiri sambil mengetatkan kedudukan sweater di badannya.
"Ei mamat ni mesti dia terlajak tidur.", rungut Aera sambil menyepak batu kerikil di atas jalan raya, "Aku jumpa dia esok memang aku cekik-cekik dia.", bebel Aera sendiri sambil mula berjalan ke perhentian bas yang berdekatan.
Keesokan harinya, Aera terbangun daripada tidur. Matanya agak kabur, tangannya meraba ke atas katil, mencari telefon bimbit. Apabila telefon bimbit dicapai, Aera mengalihkan rambut yang menghalang pandangannya.
Kosong. Tiada mesej ataupun panggilan daripada Yoongi.
Akhirnya, Aera membuka ruang sembangnya bersama Yoongi
Aera
aku datang studio petang ni
kau tak buka pintu siap kauTelefon dimatikan lalu Aera meletakkan telefon diatas katil.
🎹🎹
Bibir Aera ketap, kini dia sudah berada di hadapan pintu studio milik Yoongi. Tangan menekan loceng dan Aera tunggu. Tiada jawapan. Sekali lagi loceng ditekan, sunyi.
"Woi, Min Yoongi!", laung Aera sambil menekan-nekan loceng itu dengan geram. Tiada sahutan. Kening Aera berkerut. Biar betul dia ni? Aera mengetuk-ngetuk pula pintu itu dengan tangannya.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...