Aera masih tidak percaya yang dia diterima masuk ke AOPA dan segala perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya. Ini adalah sebuah keajaiban. Tiba-tiba, dia tersenyum sendiri. Terasa tidak sabar menunggu bas yang dinaikinya untuk sampai berdekatan AOPA.
Debaran didalam dada terasa, menandakan keterujannya. Nafas ditarik dan dilepaskan sebelum mata memandang ke luar tingkap bas. Apabila perasaan gembira, terasa semua perkara yang dilihat kelihatan indah belaka. Langit kelihatan biru. Awan berkepul-kepul seperti gula-gula kapas. Bunga berkembang cantik. Cahaya matahari bersinar dengan lembut, tidak terlalu terang dan tidak terlalu mendung.
Setelah terasa masa berlalu dengan begitu lambat, akhirnya Aera tiba di destinasinya. Cepat-cepat dia turun dari bas dan dia mula berjalan. Terasa telefon bimbit miliknya bergetar, Aera menarik keluar telefon bimbit disebalik poket seluar jeans miliknya.
Oh Sehun
first day dekat aopa kan
goodluck!Aera tersenyum kecil sebelum menyimpan kembali telefon bimbit. Akhirnya, dia tiba dihadapan sebuah bangunan yang tertulis Academy Of Performing Arts dengan besar bertatahkan batu berwarna hitam berkilat. Bersama perasaan teruja yang tak dapat dibendung lagi, Aera mengetatkan kedudukan beg gitar di belakang badan sambil berjalan masuk ke dalam bangunan itu.
Tanpa berlengah, Aera terus berjalan kearah kaunter untuk pendaftaran pelajar. Mata Aera ralit memandang rekaan dalaman bangunan itu. Entah ada berapa banyak blok disini. Di kawasan kaunter itu terletak beberapa hiasan berkaitan dengan muzik seperti ukiran biola dan piano. Terdapat juga informasi sejarah bagi tokoh muzik seperti Mozart dan Schubert.
Selepas menguruskan sesi pendaftaran, petugas di kaunter itu menyerahkan pas pelajar kepada Aera. Tanpa berlengah, Aera terus menyarungkan pas pelajar itu di lehernya.
Klik! Satu gambar diambil. Pas pelajar ini akan dijaga sepenuh hati seperti nyawanya.
Namun, Aera terasa terpinga-pinga selepas itu. Ke mana pula dia harus pergi? Mana dewan utama? Aera hanya menjongketkan bahu dan mula berjalan ikut haluannya sendiri.
Nasib baik dia terjumpa papan tanda Dewan Utama 1 dan terus mengikut arah papan tanda itu. Dari jauh, dia dapat melihat sudah ramai pelajar berkumpul disitu. Disitu juga dia dapat melihat banner 'Pelajar Biasiswa AOPA'.
Hmm, ramai juga. Benarkah ini semuanya hanya daripada ujibakat AOPA?
Suasana dewan menjadi sunyi sepi apabila suara orang berdehem melalui mikrofon berkumandang memenuhi segenap dewan. Aera bersama para pelajar lain mula menumpukan perhatian kepada pentas utama. Kelihatan seorang lelaki yang bertubuh kurus dan berkacamata diiringi beberapa lagi tenaga pengajar yang lain berada diatas pentas.
"Selamat sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada anda. Saya, pengetua akademi ini, Lee Sooman.", kini lelaki itu memperkenalkan diri diiringi oleh tepukan yang gemuruh daripada para pelajar. Tepukan Aera terhenti apabila dia perasan ada wajah yang sangat dikenalinya diatas pentas itu.
Min Yoongi.
Nama itu akan terpahat dalam minda Aera.
"Mungkin akan ada yang rasa pelik. Kenapa ramai sangat pelajar? Pelajar yang berdiri disini ialah hasil daripada ujibakat kemasukan AOPA dan juga pelajar yang cemerlang sejak berada di SOPA, School Of Performing Arts.", soalan Aera kini terjawab. Tidak lama kemudian, mereka mula dibahagikan oleh beberapa kumpulan, satu kumpulan sebanyak tigapuluh orang untuk memulakan sesi orientasi pada hari ini.
Mereka mula meronda di kawasan AOPA itu. Akademi itu sangat besar. Dilengkapi oleh studio tarian yang banyak, kelengkapan alat muzik yang pelbagai, tempat penginapan yang tersedia untuk para pelajar, dewan makan, bilik komputer, perpustakaan dan sebagainya.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...