"Kau cakap orang macam-macam, kau ada boyfriend ke? Sedap je komen pasal hubungan orang lain.", selamba Yoongi melemparkan soalan itu.
Kekok.
"Aku...", gugup Aera dibuatnya apabila ditanyakan soalan sebegitu oleh Yoongi. Terasa tekak tiba-tiba kering. Baru sahaja Aera ingin mencapai tin minuman, telefon bimbitnya berdering.
Tepat pada masanya, memecahkan suasana kekok diantara mereka.
Serta-merta, Yoongi mengalihkan pandangannya daripada tangan Aera. Apakah maksud di sebalik cincin di jari manis kiri Aera itu?
Senyuman Aera melebar apabila melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon. "Yeoreum!", dengan girang Aera menjawab panggilan.
🎹🎹
"Kau... Sampai hati menghilang macam tu je.", ujar Aera sebaik sahaja dia sampai di bilik kecil milik Yeoreum. Yeoreum tersengih, seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Risaukan aku ke?", tanya Yeoreum dalam nada menyakat. Ringan sahaja tangan Aera menampar bahu Yeoreum membuatkan Yeoreum mengaduh.
Aera kembali memandang wajah sahabat baiknya itu. "Ada apa-apa jadi ke dekat rumah kau?", dengan nada perlahan Aera bertanya. Risau akan reaksi Yeoreum. Bukannya Aera tidak tahu, ibubapanya tidak berapa suka dia berkawan dengan Yeoreum.
"Ish... Mestilah okay je. Aku balik rumah sebab aku rindu mak ayah akulah. Dah lama aku tak balik lagi pun.", Yeoreum pantas menafikan, walhal mereka berdua tahu hakikat yang sebenar. Berkemungkinan ibubapa Yeoreum hampir dilucutkan jawatan mereka di tempat kerja gara-gara ibubapa Aera.
Nasib sahaja Aera sudah membuat perjanjian bersama bapanya. Sekurang-kurangnya, dalam masa dua tahun dari sekarang, dunianya akan aman. Buat masa dua tahun.
"Aku tahu semua benda yang dah jadilah. Tak payah nak sorok dekat aku.", ujar Aera tetapi matanya tidak berani memandang mata Yeoreum. Sengaja dia mengalihkan pandangannya kepada kuku, seolah-olah kukunya sangat menarik untuk dilihat. Yeoreum memandang ke dinding dengan senyuman kecil tetapi penuh sayu.
"Macam mana kau dekat AOPA? Tak ada ke jumpa crush baru ke...", sengaja Yeoreum mengubah topik. Aera menjeling Yeoreum, terasa seperti ingin mencekik kawan baiknya itu. Crush?
"Crush kaki akulah.", ujar Aera. Dahi Yeoreum berkerut melihat riak wajah Aera. Seperti serabut semacam sahaja wajah Aera. Bibir Aera melepaskan sebuah keluhan yang berat.
Yeoreum mengunyah keropok kentang sebelum menelannya. "Maksud kau...", tangan Yeoreum mencapai satu lagi keropok, "Kau buat pertaruhan dengan ayah kau, dan kau kena jadi nombor satu dekat carta muzik dalam masa dua tahun?", ujar Yeoreum, menyimpulkan kisah yang diceritakan oleh Aera.
Aera mengangguk. "Habislah kau.", ujar Yeoreum dengan selamba, sengaja menabur garam pada luka Aera. Pantas tangan Aera menampar lengan Yeoreum. Langsung tidak menyokongnya sebagai seorang sahabat.
"Ah! Betul apa? Aku cuma menjadi seorang yang realistik okay?"
"Kenapalah aku kawan dengan kau... Ah! Sokonglah sikit aku!", Aera menggoncang-goncangkan nadanya Yeoreum dengan terdesak. Dia sudah tidak tahu mahu buat apa. Terasa mahu menangis sekarang juga. Dia buntu.
Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. "Kau mulalah buat lagu. Jadi trainee. Jadi penyanyi.", ujar Yeoreum lagi. Sekali lagi, Aera memukul lengan Yeoreum.
"Kau fikir senang ke? Ha? Ish!", suara Aera mula meninggi, geram dengan Yeoreum yang memberi jawapan seperti acuh tak acuh, "Kalau senang macam tu, aku pun reti fikir, Han Yeoreum!"
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...