1% - Prolog

639 40 0
                                    

"Yoongi! Yoongi! Bangun!", ada suara yang memanggil nama Yoongi tetapi Yoongi masih tidak menyedarkan diri. Kepalanya terasa berdenyut-denyut, terlalu berat kelopak mata untuk dibuka. Seluruh badannya terasa sakit-sakit, sebelum ada satu bunyi yang memekakkan telinga, menyapa sekali lagi.

Apa yang Yoongi ingat hanyalah bunyi kaca yang berderaian, rasa sakit yang mencucuk dibahagian kepala dan badan, bunyi siren ambulans, bercampur-campur antara satu sama lain.

Jejaka yang mengiringi Yoongi yang berlumuran darah diatas katil hospital kelihatan sangat risau. Wajahnya berkerut, matanya sudah bertakung airmata ditubir mata.

Tidak sanggup dia melihat sahabatnya, Yoongi dalam keadaan begini. Tak, Yoongi. Kau kena tabah. Aku tahu kau kuat. Bertahanlah.

Seluruh dunia Yoongi menjadi gelap sekali lagi.

▶◀

nota penulis: kini penulis kembali dengan fanfiction terbaharu selepas pengakhiran 1-4-3 yang sadis hohoho penulis gian nak menulis kisah cinta sebenarnya, sebab sayap bukan kisah cinta. selamat membaca!

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now