Satu persatu rancangan yang bertayang di kaca televisyen aku tukar satu persatu. Drama.. sendu, filem.. tak menarik, berita.. hambar. Akhirnya satu keluhan bosan aku lepaskan. Yurp, istilah baru dari kamus Astilla Aysara. Tak semena-mena televisyen aku tutup lalu remote control aku campak ke atas sofa. Nice! Sekarang ni, aku kebosanan. Sangat-sangat kebosanan!!!
"Aih, dah rosak ke tv tu? Apsal tak ada bunyi itu?" soal ibu yang ketika itu baru sahaja keluar daripada dapur mahu menghidangkan makan petang kami sekeluarga.
Aku menarik nafas lemah. Haih, kalau suara ibu dah naik ni alamat nya, akan ada sesi ceramah 2 jam yang akan dihoskan oleh ibu. Terus aku alihkan mataku memandang ke arah ibu yang sedang menyusun pinggan di atas meja.
Ibu memang seorang wanita yang sangat pengemas. Nak compare aku dengan ibu? Haih, yang lawa itu aku tapi yang rajin itu ibu. Tak hairan lah kalau suatu hari nanti akan ada lelaki yang bakal meminang ibu dulu.. baru lah aku. Ahaha.. well, lagi bagus. Dapat bapak baru. Kalau nak advanced sikit, bapak baru itu mesti orang kaya.
"Haih, kalau rosak pun apa salahnya ibu? Kita beli yang baru." spontan aku buat loya burukku dengan ibu.
Ibu yang ketika itu sedang mengelap pinggan sekadar menggelengkan kepala. Sempat matanya mengerling ke arahku yang sudah duduk lagak orang malas.
"Ha, siapa yang nak belikan tv baru itu? Kamu itu penganggur.. ada duit nak bayar duit tv?" amboi, mulut ibu hari ni.. laserr sangat!
Sentap.
Namun, aku hanya mampu tarik sengih kerang. Yurp, kalau boleh aku nak teruskan perdebatan dengan ibu tapi nampaknya ibu pandai susun kata. Dia tahu kelemahan aku.. yurp, topik penganggur itu isu sensitif untuk aku.
"Alah, nanti kalau Sara dah ready.. Sara kerjalah. Bagi dulu Sara rehat. Penat tau, bu belajar ni. Bukan setakat perah otak aje tau, belajar ni memerah perasaan, memerah jiwa.. senang citer memerah segala emosi dan fizikal tau." ujar ku sudah cuba membina kubu pertahanan.
Bukan calang-calang lawan debat aku kali ni. Ibu ni kalau bab menang, semua benda dia boleh. Bab mencari barang hilang pun, dia juara. Well, mata ibu ni ada sense perisik sikit. Ahaha..
"Ha, yelah itu. Elok sangatlah menjawab tu, Sara. Habis ibu ni? Kamu rasa ibu memerah apa?!" ibu ni pandai main taktik rupanya.
Aku sudah menggaru dagu. Atas bawah ibu aku belek. Selama aku dalam jagaan ibu ni, aku belum nampak lagi ibu stress. Dia aje yang selalunya stress kan aku. Hmm.. haih, KBAT betul soalan ibu kali ini.
"Memerah kasih sayang untuk kitorang?" tebakku.
Tak semena-mena ibu menjungkit senyum mendengar jawapan aku. Macam ada chance jawapan aku itu betul. Pfft.. aku bab tebak menebak ni selalu dapat A+. Tak ada siapa boleh calang.
"Haih, kamu ni Sara. Setiap kali ibu buka soal kerja, ada aje jawapan kamu. Kamu itu kena ingat, kamu itu ada adik. Sebagai anak sulung, kamu perlu jadi contoh untuk adik kamu, si Aysha itu." ujar ibu kali ini nadanya seakan serius tapi terselit pujukan.
Aku sekadar menarik senyum nipis. Kalau ibu dah serius, tak ada lagi celah untuk aku melawak supaya dapat buat coverline.
Ibu tak payah cakap pun, aku tahu. Sudah dua bulan, aku jadi penganggur setia setelah habis sahaja aku menamatkan diploma dalam kursus insurans. Bukannya aku tak berusaha nak dapatkan kerja tapi setiap kali aku hantar aje resume aku, semuanya ditolak. Yurp, siapa aje semangat kalau semua resume yang dia hantar kena reject bertalu-talu?
Rasa macam kena reject dengan crush sendiri aje. Tapi.. erm, ini lebih sakit lagi kot?!
Akhirnya, dengan penuh tekadnya.. aku pilih untuk jadi penganggur. Cuma, pekerjaan ini aje yang tak pernah mengecewakan aku. Kerja aku? Simple. Duduk, makan, tidur. Kalau rajin, jalan kejap kat depan rumah lepas itu masuk balik.
"Ya, Sara tahu lah. Nanti Sara cuba cari kerja." balasku sudah angkat bendera putih. Kalau tak jawab, makin meleret nasihat ibu nanti.
"Jangan cuma ya aje. Buktikan juga. Ibu tak suka orang cakap kosong ni." kata-kata ibu kalau tak menginsaf kan aku memang tak sah.
"Baik ibu." balasku dalam nada malas tapi masih bagi harapan.
Kerana tidak mahu mendengar leteran ibu yang aku pasti makin panjang sampai ke bulan depan, terus aku pasang tv. Yurp, bila pasang tv.. perhatian ibu sedikit sebanyak teralih pada tv. Ditambah lagi kalau rancangan yang aku buka itu memaparkan drama melayu. Terus, ternganga leka ibu dibuatnya.
Ibu aku dengan Aysha memang satu kepala. Dua-dua pengemar drama TV3. Kalau pukul 7 petang, mesti kedua-duanya akan tercongol depan tv menyaksikan drama melayu yang bertayang. And.. aku? Pfftt.. aku ni bukannya kuat drama. Aku lebih suka layan cerita action compare dengan drama cinta yang entah apa-apa.
Yurp, entah apa-apa. Drama cinta yang melibatkan dua insan saling benci membenci pada permulaan nya dan bahagia di akhirnya? Bila benci boleh ke hati menjentik rasa cinta? Haha.. sungguh kelakar bunyi nya. Aku pasti yang hati manusia takkan berubah semudah itu.
"Assalamualaikum!!!!" kuat gamak bunyinya bila laungan Aysha menerpa.
Dia yang baru sahaja pulang dari sekolah terus mengatur langkah seribu mendapatkan aku. Tak semena-mena, rumah kayu yang kami bertiga duduki bergoyang sedikit. Haih, dia ni pun satu! Duduk rumah kayu itu.. buat lah cara duduk rumah kayu!
Tiba sahaja dekat denganku, spontan tangan kanan Aysha merampas remote control yang berada dalam tanganku. Tergamam juga aku dibuatnya namun lebih banyak kepada rasa geram. Yurp!! Geram sebab ada orang ganggu masa rehat aku.
"Ish!!! Apa ni main rampas-rampas?! Tak sukalah!!!" gertak ku dengan memek muka geram bertayang.
Aysha buat tak kisah. Tanpa rasa bersalah, terus dia melabuhkan punggungnya bersebelahan ku. Lepas itu, tolak-tolak tubuh aku ke tepi. Cis, badan tak adalah gedabak mana tapi tolak-tolak orang! Huh, sah memang nak cari fasal budak ni!
Walaupun panas hati namun aku cuba untuk sabarkan hati. Perlahan, aku cuba tarik nafas. Memandang kan si Aysha itu adik aku maka nya, aku sebagai anak sulung tak boleh melenting. Yurp!! Cool Sara.. cool..
Terus aku alihkan perhatian ku ke kaca televisyen. Drama melayu bertajuk 'Carta Cinta Diyana' bertayang di kaca televisyen. Serentak itu, aku buat muka bosan. Huh!! Tak habis-habis dengan cerita si 'Ryle' nya itu.
"Haih, tukar cerita lain boleh tak?" soalku dalam nada yang tak puas hati.
Aysha yang ketika itu sedang tersenyum menonton drama terus alihkan matanya ke arahku. "Alah!! Best apa cerita ni. Kenapa nak tukar pula?"
"Akak tak minat." spontan balasku dengan muka menyampah.
Sesekali aku menjeling watak Diyana yang dilakonkan Jemy Iskandar itu. Huh!! Kayu.. Nak sedih tapi tak feel.. buat bil elektrik rumah aku naik aje kalau tengok drama ni tiap hari! Pfft..
"Akak tak minat sebab akak tak tengok cerita ni dari awal." Aysha cuba bela drama kesayangannya itu.
Aku pula buat muka sebal. "Sebab itulah akak taknak tengok dari awal sebab akak tahu drama ni merepek." makin panjang pula ayat pedas yang aku bagi.
Tak fasal-fasal aku dapat jelingan maut daripada Aysha. Yurp, jangan berani hina cerita favourite dia kalau tak nak kena jeling. And.. ada aku kisah? Jelinglah.. ingat aku takut?!
Terus Aysha biarkan kata-kata pedas ku itu berlalu tak berlagu. Matanya terus difokuskan melayan drama sendu itu. Aku pula lebih banyak berdecit geli dan rimas. Rimas tengok pelakon kayu berlakon depan tv. Pfft.. siapa yang buta sangat ni sampai terambil orang tak ada bakat berlakon ni?
"Ryle!!!!!!!!!!! Hand.Some.Nya!!!!!!!!" mau tercabut telinga aku dibuat nya bila Aysha menjerit tak ingat dunia.
Berdebar jantung aku bila Aysha terjerit macam orang histeria tak cukup ilmu. Disebabkan lelaki bernama Ryle ni, sanggup adik aku yang seorang itu menjerit? Haih, hebat sangat ke makhluk Tuhan yang itu sampai nak meraung bagai. Pfft..
"Bukan bagus pun dia berlakon."perli ku.
"Diamlah, kak Sara."
...
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...