BAB 13

22.5K 875 20
                                    

Cerita yang Ryle sampaikan sungguh buat ketawa Afzal berdekah. Sudah banyak macam fans yang dia jumpa. Bukan setakat fans fanatik sampai sanggup curi masuk rumah Ryle, ada juga yang sampai sanggup follow Ryle sampai depan rumah nendanya. Tapi, kali ini boleh tahan juga.

Fans yang acah-acah benci, tapi tak mengaku dia peminat tegar. Pfft.. saja nak buat drama benci bilang cinta ke apa fans yang seorang ni?

"Then, apa kau buat lepas itu?" soal Afzal masih belum selesai menghabiskan sisa tawanya yang sejak tadi pasang tak surut-surut.

Ryle yang ketika itu memandang televisyen terus beralih pandangan memandang Afzal. Senyum sinisnya terukir. Yurp, dia masih tak dapat lupakan kejadian pecah perut itu. Dia pun ketawa juga bila ingat senula.

Tak sangka ada spesies rare macam itu. Kalau minat, katalah minat. Untuk adik konon.. pfftt.. Jelas sangat tipunya kat situ.

Tersangatlah penipu. Kenapa? Nama Ryle memang megah di Malaysia. Semenjak dia membintangi sebuah drama terus namanya naik. Dari situ tak henti-henti dia terima tawaran sebagai pelakon telemovie, tawaran sebagai model jenama Malaysia pun dia dapat dan tawaran sebagai pelakon filem juga tak terlepas.

Jadi, boleh nampakkan namanya tersangatlah terkenal di seluruh pelusuk Malaysia tak terkecuali Sabah dan Sarawak juga? Maka, bila nama dah terkenal.. bohong lah kalau fansnya tak ramai. Kerana terlalu ramai fansclub, tak menang tangan Ryle mahu handle fansclub nya itu.

Bukan setakat bakat lakonannya saja yang dipuji malah wajah tampannya juga aset penting dalam menarik lebih ramai lagi fans untuk menyukainya. Hidungnya mancung, alis bulu matanya juga sedikit lebat, yang pasti mata bundarnya menjadi kegilaan ramai para gadis dan juga wanita di luar sana.

Semua yang ada pada wajahnya tak ubah persis wajah papa nya. Memandangkan papanya itu ada sedikit campuran, jadi Ryle mewarisi kecantikan campuran dari dua negara yang berbeza. Maka, tak hairanlah kalau dia ada mixing chinease sikit.

"Poster yang dia kata untuk 'adik' dia itu, terus aku tandatangan. Pfft.. kau nak tahu apa aku tulis atas itu?" soal Ryle mahu buat teka teki murahan.

Afzal yang sudah tersengih nampak gigi terus menanti. Kepalanya diangkat tanda apa. Makin meleret senyuman Ryle.

"Aku tulis yang kakak dia itu ada hutang air kat aku. Hahaha.. biar sedar diri sikit minah itu yang dia tak boleh bawa main dengan Ryle." kata-kata Ryle mengundang tawa kecil Afzal.

Filem 'BrotherHood' yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik perhatiannya. Entah kenapa, topik minah sengal yang sedang dibahas kan Ryle lebih menarik perhatian Afzal.

Mana taknya, minah sengal ni memang satu dalam seribu. Selama Afzal jadi pengurus Ryle, dia hanya dengar fasal fans yang terlalu meminati Ryle, fans bagi hadiah pada Ryle dan macam-macam lagi yang sawit kononnya tapi tak sangka hari ini, dia boleh dengar fans buat hal pada Ryle. Boleh jadi gossip Melodi ni.

"Mesti dia tak suka kau kan?" soal Afzal sudah mulai buat andaian.

Ryle menarik sengih senget. Matanya terus beralih ke televisyen. Snack twisties yang terhidang atas meja dicapainya lalu disuap ke dalam mulut sebagai alas perut bila menonton filem.

"Perempuan macam itu jenis stok-stok suka ikut drama. Mula-mula benci lama-lama suka. Kau kena faham. Ada jenis minah yang kuat drama." lantang suara Ryle memerli si empunya jantina.

"Haha.. Jadi, kau nak cakap nanti dia sukakan kau lah? Kalau dia benci macam mana? Kau tak takut hilang fans?" soal Afzal ingin tahu.

"Pfft.. kalau seorang pergi, benda itu takkan menjejaskan apa-apa. Masih ramai lagi fans aku yang setia." ujar Ryle dalam nada sedikit riak.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now