BAB 42

24.3K 853 6
                                    

Selesai sahaja mengemas meja makan pelanggan, aku terus membawa pinggan mangkuk kotor ke dapur. Setelah itu, aku keluar semula. Semenjak cuti lima hari ini, tiba-tiba pula aku rasa malas sangat nak bekerja. Haih, apalah nak jadi kat kau ni, Sara?!

"Weyhhh!!!" laungan kecil Julia sedikit sebanyak menyentakkan aku yang ketika itu baru sahaja mahu keluar dapur cafe.

Terus aku mengalihkan pandangan ku ke arah Julia yang sudah dikerumuni Vivian dan juga Mina. Mereka berdua pun tidak mahu ketinggalan dengan topik yang mahu Julia bawakan. Aku juga yang diserbu rasa ingin tahu juga turut mengatur langkah ke arah mereka bertiga.

Sempat juga mata aku meliar mencari kelibat Ilham. Takut-takut dia lalu lalang.

Owh, yurp!! Sepanjang minggu ni, Encik Nordin tidak ada kat cafe ni jadi Ilham mengambil alih tugas pengurus cafe ini buat sementara waktu. Boleh aku katakan Ilham ni sempoi saja handle cafe.

Kadang kalau dia tak ada kerja, dia juga akan pantau kami. Tapi pantaunya itu tak adalah se'strict' encik Nordin. Pantau nya itu sampai boleh ajak kami bergurau senda. Boleh tahan kelakar juga dia. Sudah lah kacak, kelakar pula itu. Ehemm..

"Apsal ni?"soalku sudah merapati Julia yang sedang melihat telefon nya. Mina dan Vivian juga tumpang sekaki mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Namun tak lama lepas itu, bibir mereka berdua melirik senyum teruja.

"Wah, episod percutian kau dengan Ryle dah ada iklan lah weiyh?! Lusa!!! Weiyh, tak sabarnya nak tengok!!!" sorakan gembira Vivian itu berjaya buatkan yang lain memandang ke arah kami berempat.

Aku yang terkejut gamaknya sudah buntang mata. Pandangan mata sekeliling langsung aku tak peduli. Sekarang ini, rasa terkejut aku lebih penting!

Ya Allah, malunya tengok muka sendiri dalam tv!

"Wah!! Aku jealous lah. Nak tengok tapi tak sanggup!! Mesti sweet habis kan?!"celah Julia sudah tayang muka kecewa.

Mina tarik sengih. "Korang jangan risau. Sara sendiri yang jamin episod itu takkan buat kita geli-geli. So, jangan nak jealous sangat, eiyh." ujar Mina sudah mulai rasa yakin.

"Tapi, korang terpaksa tengok aku gedik-gedik sikitlah. Tahan eiyh. Confirm ramai kecam aku lepas ni." aku sudah mulai fikir buruknya.

Bila kira-kira balik, boleh tahan banyak jugalah episod aku terkinja-kinja macam budak baru lepas telan pil riang. Gedik minta kaki pun ada. Hmm.. redha lah Sara.

"Kau gedik dengan Ryle ke?" Vivian pula buat muka was-was.

Aku tarik sengih kuda. "Kalau dah nama rancangan itu, rancangan bercuti dengan dia.. dengan dia lah aky menggedik. Haih, cuba logik sikit soalan." tebikku main loya buruk.

Aku fikir mereka akan sama berhuhu haha dengan aku tapi nampaknya aku silap, ketiga-tiga mereka tayang muka singa kelaparan. Yurp, perempuan kalau jealous lebih menyeramkan daripada singa betina kematian laki. Contoh terdekat, mereka bertiga.

"Kalau kau over dalam itu, aku taknak teman kau makan."ugut Vivian buat muka minta setepek.

Pfft..kisah?

"Alah, bukan aku pun yang nak menggedik dengan dia tapi si pengarah sementara kat situ yang suruh aku menggedik. Kalau aku tak menggedik, dia saman aku. So, daripada buang duit, lebih baik aku buang malu kan?!" ujarku spontan. Riakku sudah membela diri.

Ketiga-tiga mereka sama-sama mengangguk. Mungkin mereka juga bersetuju dengan pendapat aku.

"Tapi, gedik kau itu ada tak sampai sentuh dia ke apa?!"soal Julia masih was-was.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now