BAB 16

21.9K 845 4
                                    

Album lama yang ada dalam tangan nya dibelek penuh ralit. Setiap satu persatu gambar yang terpapar masih jelas mengamit kenangan dalam kepalanya. Senyuman di bibir merah nya masih terukir tatkala akhirnya matanya menatap salah satu gambar di mana dia sedang menggenggam segulung ijazah manakala kedua ibu bapanya berdiri di sampingnya.

Senyuman itu akhirnya berubah pahit. Ryle rindukan ibu dan ayahnya. Sudah empat tahun berlalu namun rasa bahawa ibubapanya masih ada di sisi dapat Ryle rasakan. Sungguh, dia rindukan belaian ibu dan ayahnya.

Masih segar dalam ingatannya, hari sebelum kejadian itu berlaku. Dia sempat bergelak tawa dengan ayah nya dan dia juga sempat menyakat ibunya. Tak sangka itu adalah tawa mereka yang terakhir sebelum keesokan harinya Ryle dapat tahu kereta yang dipandu oleh ayahnya menjunam ke dalam juram sekaligus meragut kedua-dua nyawa orang yang disayanginya.

Satu keluhan sebak Ryle lepaskan. Akhirnya, album keluarga itu ditutup nya lalu matanya beralih ke arah tv yang masih terpasang.

Dia pandang tv dengan rasa kosong. Tidak jauh dari tempat nya, dia lihat nendanya sedang leka menonton televisyen. Senyum hambarnya terukir. Nasib baiklah, kemalamgan itu tak meragut semua nyawa orang yang dia sayang.

"Ryle betul ni taknak ikut mama dan papa bercuti? Tak takut rugi ke?" Tan Sri Daud sudah mulai menggoda Ryle agar mengikuti mereka bertiga bercuti.

Ryle menarik sengih. Dia langsung tak tergoda dengan tawaran papanya itu. Lagipun, esok memang dia ada photoshoot untuk jenama kawannya jadi Ryle tak boleh nak buat apa. Mahu tak mahu, terpaksa dia fokus pada kerjanya daripada keluarga.

"Tak bolehlah, pa. Ryle memang kena kerja. Kesian pula member Ryle yang dah beria nak ambil Ryle jadi model." ujar Ryle sudah buat kata putus.

Puan Sri Riana yang menuruni tangga terus merapati bapak anak itu. Dari atas lagi dia sudah dengar perbualan anal beranak itu. Dari topik bola sampailah ke topik percutian mereka sekeluarga. Semuanya dia dengar. Meriah betul kalau lelaki ini bersembang. Sayangnya, dia tak ada anak perempuan untuk bersembang sakan gossip-gossip murahan.

"Abang ni pun. Anak kita itu kan model. Hmm.. abang kena fahamlah." lembut Puan Sri Riana menegur. Tempat duduk kosong di sebelah suaminya diduduki

Ryle menarik sengih. Nampaknya, mama kandungnya itu sudah berdiri di pihaknya. Papa sudah hilang orang kuat. Seorang ibulah katakan. Antara anak dan suami, mesti dia akan menangkan si anaknya kan?!

"Haih, susah betullah kalau dapat anak kacak ini. Ke sana ke mari ada job. Kenapalah abang tak jadi model juga dulu?" gurau senda Tan Sri Daud itu berjaya memecah tawa mereka bertiga.

Ya, kalau abahnya ada makin harmoni rumah dibuatnya. Papanya itu memang terlahir dengan bakat yang overenjoyed dan chill-chill. Kalau dah dapat abah jenis macam itu, Ryle pun tumpang sekakilah. Anak beranak sama saja. Puan Sri Riana yang tak menang tangan jaga anak dengan bapa itu.

"Abang ni.. Ke situ pula. Rezeki Ryle lah namanya itu. Suka saya tengok Ryle dapat kerja yang dia suka." ujar Puan Sri Riana sudah memandang wajah Ryle.

Ryle sudah menarik senyum. Wajah bersih mamanya itu dipandang. Ya, dia sangat bahagia. Memiliki seorang ibu dan ayah yang memahami memang rezeki yang cukup bermakna. Apa yang Ryle buat, mereka sokong sampai Ryle rasa semangat nak terus kan apa yang dia buat.

"Riana, tolong mama kejap." sorakan Puan Sri Maimon yang menerjah membuatkan mereka bertiga terus mengalihkan pandangan ke arah dapur.

Terlihat kelibat Puan Sri Maimon sudah memakai apron pada tubuhnya sambil senduk di tangan kanannya. Tawa kecil Puan Sri Riana meletus.

"Apa yang mama nak masak itu?" soal Puan Sri Riana sudah berdiri lalu melangkah ke dapur.

"Adalah. Cepat tolong mama." desak Puan Sri Maimon sudah masuk ke dapur semula. Mahu tak mahu, Puan Sri Riana terpaksa menuruti.

Akhirnya yang tinggal hanya Ryle dan juga Tan Sri Daud. Mereka kembali bersembang sakan. Kalau ada part lawak sikit, mulalah mereka berdua ketawa berdekah. Kelakar.

"Hmm.. papa lupa nak bagi Ryle something." ujar Tan Sri Daud apabila tawanya sudah mulai redha.

Ryle yang tadinya tersenyum terus memfokuskan pancainderanya pada papa kandungnya itu. "Apa dia, pa?" soal Ryle sudah berkerut dahi.

Dia lihat papanya seperti sedang menanggalkan sesuatu dari jari jemari nya. Ryle sudah angkat kening. Sebentuk cincin rotan kini menjadi fokus Ryle. Makin berkerut dahi Ryle dibuatnya.

"Ini untuk kamu." ujar Tuan Sri Daud lalu menyerahkan cincin itu kepada anak terunanya itu.

Ryle sudah tayang muka hairan. Mahu tak mahu, cincin itu disambutnya juga. Untuk seketika, dia belek cincin rotan itu. Pelik.

"Kenapa papa bagi cincin ni pada Ryle? Papa dah tak suka ke?" soal Ryle ingin tahu.

Tuan Sri Daud sekadar menarik senyum nipis. Cincin yang dipegang Ryle itu dipandangnya dengan rasa seperti sulit untuk lepaskan.

"Cincin itu atuk kamu yang hadiahkan pada papa. Jadi, sekarang nilah masa yang sesuai untuk papa serahkan pada kamu pula. Jaga cincin ni baik-baik. Kalau nanti kamu sudah ada anak, kamu beri cincin ni pada dia pula. Dengar itu."

Sampai saat ini, kata-kata papanya itu masih dipegang. Cincin rotan yang terselit di jari hantunya di belek untuk seketika. Senyuman sebaknya terukir.

"Ryle janji akan jaga cincin ni sebaik mungkin, pa. Ryle janji." ucap Ryle sendirian.
...
"Sara bangun Sara.. Bangun..!!"

Bahuku yang digoyang beberapa kali buatkan tidur ku yang tadinya selesa mulai diterjah rasa tak lena. Dalam mamai, aku buka mataku perlahan dan aku lihat kelibat ibu mengejut kan aku.

"Apa, bu..??" soalku masih dalam mengantuk.

"Jangan tanya lagi. Lebih baik kamu bersiap sekarang. Pakai cantik-cantik. Ada orang nak datang. " beritahu ibu masih tak lepas dari menggoyangkan tubuhku.

Dalam separuh sedar, aku berjaya menangkap bicara ibu itu. Dahiku sudah berkerut seribu. Ada orang nak datang? Jadi, apa pula kena- mengenanya dengan aku? Aku memang malas nak peduli kalau ada tetamu datang bertandang ke rumah.

"Biarlah diorang nak datang, ibu. Sara nak duduk dalam bilik aje." jawabku sudah kembali menutup mataku semula.

Ibu terus menarik lenganku secara paksa. Tak semena-mena tubuhku juga ditarik untuk bangun. Aku sudah merungut mengantuk. Hmm.. penat.

"Bangunlah. Kamu ni pun. Bangun lepas itu mandi. Pakai cantik-cantik." arah ibu sudah mengambilkan tuala untuk aku.

Wajahku sudah memuncung. Dalam mamai, aku masih pejam mata. Haih, special sangat ke tetamu itu sampai nak menggaggu waktu keemasan aku ni? Phuh..

"Kalau pakai biasa-biasa tak boleh ke, bu?" soalku sengaja buat loyar buruk.

Dengan mata yang dipicingkan, aku lihat pandangan tajam yang ibu berikan. Bolehlah buat bulu roma menegak kalau tengok ibu pandang macam itu.

"Kamu jangan nak mengada. Pakai cantik-cantik. Kalau boleh guna lipstik ibu sikit."ujar ibu dan terus berlalu pergi.

Aku sudah ketap bibir. Haih, ini mesti ibu nak kenalkan aku dengan anak kawannya lagi. Huh, yurp. Kalau betullah tebakanku ini maka.. ini sudah kali keempat ibu buat benda ni pada aku.

Memandangkan umur aku ni boleh tahan tua lah sikit jadi ibu pun mula lah melalut nakkan menantu. Ibu cemburu dengan anak Kak Leha yang sudah mempunyai dua orang anak. Umurnya tua setahun daripada aku jadi dari situlah misi ibu nakkan menantu terjadi.

Tak fasal-fasal keinginan ibu yang nakkan cucu itu menjadikan aku sebagai mangsa. Haih, tak apalah Sara. Kau hadap aje..

Dengan rasa malasnya, aku berlalu ke bilik air.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now