BAB 63

29.7K 1K 28
                                    

Dari jauh lagi, telingaku sudah berjaya menangkap bunyi enjin kereta Audi milik Ryle. Namun, aku langsung tak menoleh ke belakang malah aku sibukkan diriku dengan membantu Puan Sri Maimon untuk minum. Wajahku yang tadi mekar dengan senyuman kerana bergurau senda dengan Puan Sri Maimon terus berubah kelat.


Satu keluhan berat aku lepaskan. Nak senyum? Yurp, mungkin aku boleh tipu dari luaran tapi dalam aku,entah kenapa rasa tercoret dengan luka. Sakit. Itu yang apa aku rasakan sekarang ini. Kerana itulah sejak semalam, aku langsung tak bertegur sapa dengan Ryle. Ditambah lagi dengan masalah Firzan.. aku jadi tak menentu.

"Assalamualaikum, nenda." suara garau itu menyapa kami di ruang tamu. Nadanya sangat ramah.

Puan Sri Maimon yang tadinya leka menonton televisyen, mengalihkan pandangan sejenak ke arah Ryle. Senyuman nipis dia berikan sebelum matanya dialihkan semula kepada televisyen. Sempat juga dia mengerling ke arahku tanpa aku sedar.

Mata Ryle dialihkan memandang ke arahku. Aku pula sudah pura-pura kononnya hanyut dengan drama televisyen yang bertayang. Konon ajelah. Walaupun hakikatnya, mata ke lain, fikiran pula ke lain.

"Kau dah bagi nenda makan?"soalnya perlahan. Takut-takut perbualannya menganggu perhatian Puan Sri Maimon.

"Dah."balasku sepatah. Itupun nadaku sedikit acuh tak acuh.

Ryle diam sejenak. Sempat matanya mengerling ke tempat lain sebelum dialihkannya kepada ku semula. "Makan apa?"

"Bubur."masih sama seperti tadi. Sepatah. Dingin.

Baru sahaja Ryle mahu tanya soalan lagi, aku terus bangun. Cawan dan juga mangkuk juga aku bawa. Tanpa mempedulikan Ryle, aku terus melangkah pergi menuju ke dapur. Makin sesak pula aku kalau dekat dengan Ryle lama-lama. Buat sesak hati, buat sesak jiwa.

Ryle yang tergamam dengan tindakan Aysara sudah terdiam. Sempat matanya melirik memandang langkah Aysara yang semakin menjauh darinya. Ryle mengerlingkan  matanya pada Puan Sri Maimon. Apabila melihatkan reaksi nendanya yang seakan-akan tidak terusik dengan perbuatan Aysara, dia melepaskan keluhan lemah.

Perlahan-lahan, Ryle menyusun langkah menuju ke arah dapur. Sempat sekali dua dia menoleh ke arah nenda. Takut-takut nendanya itu perasan dengan perbualannya bersama Aysara di dapur nanti. Setelah memastikan keadaan selamat, Ryle terus melajukan langkahnya.

Tiba sahaja di dapur, Ryle nampak kelibat Aysara yang sedang leka membersihkan gelas dan juga mangkuk yang digunakan. Aysara membelakanginya. Tanpa sedar, Ryle mendekati Aysara.

"Kau marahkan aku ke?"soalan Ryle itu berjaya membangkitkan rasa terkejut dalam hati aku.

Terus aku menoleh ke belakang. Terkedu aku tatkala melihat jarak wajah Ryle yang amat dekat denganku. Dadaku tiba-tiba sahaja berdebar hebat. Cepat-cepat aku basuh cawan yang ada dalam tanganku. Huh, kenapa ni?!

Cawan tersebut laju sahaja aku letak ke raknya yang bersebelahan dengan sinki. Kerana tidak betah lama-lama di situ, aku langsung tak menggelap tanganku yang masih basah dengan kain bersih yang tergantung.

Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi dari hadapan Ryle, pantas lengan kiriku dicengkamnya. Langkahku mati. Pantas, kepalaku menoleh ke arahnya sambil wajah geram aku tayangkan.

"Lepaslah, Encik Ryle. Saya nak buat kerja ni."gertakku dalam nada membisik. Takut-takut Puan Sri Maimon terdengar pula.

Ryle langsung tak pedulikan pada arahan kecilku. Matanya juga masih memandang ke arahku. Lebih tepat, matanya menatap anak mataku. Aku yang melihatkan itu sudah mulai gusar hati. Yurp, pandangannya itu berjaya buatkan aku rasa kalah dengan ego ku.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now