BAB 68

32.6K 1K 32
                                    

Selesai sahaja melipat sejadah dan telekung, aku terus mengatur langkah perlahan mendekati langsir. Sedari aku solat tadi sampailah sekarang, bunyi suara Aysha dan suara Ryle tak henti-henti menyapa halwa telinga aku.

Rancak betul si Aysha itu bersembang sakan dengan Ryle. Siap huha-huha lagi. Ryle pun boleh tahan juga dia melayan. Hmm.. aku pula yang rasa janggal bila lihat dia ada di ruang tamu.

Sejak Ryle sampai pagi tadi sampai lah ke malam ini, aku tak pernah bercakap dengan Ryle. Angguk geleng sahaja aku bila diberi kan soalan oleh dia. Dalam rumah pun, kalau boleh memang aku tak nak nampak dia langsung.

Janggal tahu tak kalau ada suami dalam rumah ni. Nak-nak lagi bila mak dengan adik kau, peminat setia pada suami kau. Huh.. serba tak kena aku jadinya.

Ibu pun yang sebelum ni sekali sebulan puji aku terus melambung pujiannya tentang aku untuk segala hal. Sajalah itu nak tunjuk kat Ryle yang anak sulungnya itu memang gene gred A++. Aysha pun sama. Tiba-tiba manja dengan aku. Kadang nak hempuk juga dia bila dia bermanja dengan aku tapi aku sabar kan aje hati. Yurp, terpaksa layan karenahnya itu.

Di balik langsir, sempat aku intip apa yang Aysha dengan Ryle sedang buat. Huh? Tengok tv pun nak gelak ke? Aku mencebik dalam hati apabila dengar Aysha gelak manja. Berbulu mata aku bila tengok Aysha duduk sebelah-menyebelah dengan Ryle walaupun ada lah dua tiga jarak juga jasad mereka itu.

Haih, Aysha ni pun. Tak sedar dengan gelaran budak SPM! Orang tua yang berumur 28 tahun macam Ryle pun dia ada hati! Ergh..!!

Aku sudah fikir cara macam mana nak keluar dari bilik. Hmm, tiba-tiba pula rasa gatal nak ganggu saat bermakna Ryle dengan Aysha itu. Aku sudah gigit bibir.

Tak semena-mena, aku mengatur langkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Pandangan ku langsung tak menoleh ke arah kelibat Aysha dan juga Ryle.

"Kak Sara, mai lah tengoh cerita Spiderman dengan kitorang. Tengah best ni, kak."spontan suara Aysha memanggil.

Serta-merta, aku mematikan langkah ku. Wajah Aysha aku pandang. Sempatlah juga aku curi-curi pandang wajah Ryle. Dia juga seakan-akan melirik memandang aku. Tergamam aku tatkala melihat kan bibirnya menguntum senyum nipis memandang aku.

Kalau ada perempuan tengok senyumnya itu, mesti cair. Aku yang 'bekas haters' ini pun cair. Erk?!

"Tak apalah. Lagipun, akak nak tidur. Akak nak pergi dapur sekejap, nak minum air." aku berdalih.

Aysha sekadar menganggukkan kepala. Dia tidak lagi bertanya kan soalan.

Kerana tidak mahu berlama di situ, aku terus menyambung langkahku semula. Huh, kalau boleh.. aku taknak berdebar. Yurp, bila jumpa Ryle, setiap kali itu.. dadaku akan berkobar hebat.

Sedang aku meneguk air itu, sesekali mataku meliar memandang ke ruang tamu. Bila Ryle pandang dapur, aku terus berlakon macam tak peduli.

"Aysha, boleh tolong buatkan abang Ryle kopi tak?" telingaku berjaya menangkap permintaan Ryle yang satu itu.

Semangat Aysha menyahut. "Okey, abang Ryle!"

Laju sahaja Aysha melangkah memasuki dapur. Jejak sahaja kaki ke dapur, Aysha terus menyambar cawan. Ketika adik aku itu mahu menyambar serbuk kopi, tangan ku pantas mengambilnya dahulu. Aysha sudah buat memek muka.

"Apa ni, kak? Main rampas-rampas pula." soal Aysha dalam nada tak puas hati.

Aku buat muka tak peduli. Sesekali, aku pandang ke ruang tamu. Takut-takut Ryle sedar pula komunikasi rahsia kami ini. Apabila merasakan keadaan sudah selamat, aku pandang wajah Aysha semula.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now