BAB 62

29.5K 998 33
                                    

"A-Aku...huh..!!"

"CUT!!!"

Ryle mengeluh perlahan. Wajahnya diraup lalu punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang tersedia di set penggambaran. Apsal dengan kau ni, Ryle?!

"Ryle, ini sudah kali keempat kita buat shooting untuk scene yang sama. Kau ada masalah ke? Ada benda yang ganggu fikiran kau ke?"soal Encik Imran, pengarah drama yang dibintangi oleh Ryle.

Berlapis dahinya kerana hairan. Sudah dua kali dia bekerja dengan Ryle. Pada drama pertama nya yang pernah dilakonkan oleh Ryle, dia rasakan tiada sebarang masalah sepanjang waktu itu tetapi semenjak dua menjak ini, dia rasakan ada sedikit masalah kecil yang membelengu Ryle.

Ryle mendongak memandang lelaki di hadapannya itu. Senyuman hambar dia berikan.

"Sorry. Hmm.. aku rasa aku nak rehat sekejap. Badan aku tak berapa nak sihat sangat so hope you can understand me."ujar Ryle dalam nada meminta.

Encik Imran sudah menggaru dagunya. Keberatan juga dia mahu memberi rehat tapi kalau Ryle tak ada, mereka memang tak dapat nak teruskan scene seterusnya. Memang hari ini, kesemua scene perlukan Ryle. Huh.. nak tak nak, Imran terpaksa akur.

"Okey, aku harap 30 minit cukup untuk kau berehat. Kalau kau ada masalah, aku harap kau simpan dulu. Aku tak nak disebabkan kau ada masalah, benda itu rosakkan mutu lakonan kau." ujar lelaki itu sambil menepuk-nepuk bahu Ryle perlahan.

Ryle tidak mengangguk, tidak menggeleng. Terus Ryle bangun lalu pergi ke arah  meja yang terletak di kawasan yang agak terselindung dari para pelakon dan krew lain. Air mineral yang terhidang di atas meja dicapainya lalu diteguk bagi menghilangkan rasa dahaga yang tiba-tiba timbul tanpa dia sedar.

Bibirnya diketap. Kata-kata kasar yang dilontarkannya pada Aysara pagi tadi masih menghantui fikirannya. Pelipis matanya diurut perlahan. Huh, entah kenapa.. rasa bersalahnya bertandang.

'Kau kena ingat, kita kahwin sebab kena tangkap basah. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Punca benda itu jadi pun aku tak tahu! Sekarang, kau nak aku terima kau?! Huh, kau tak malu ke?!'

Kejam sangat ke aku kat dia?

Bangun sahaja pagi itu, Ryle menguis-nguis matanya yang masih terasa mengantuknya. Matanya dibuka dengan perlahan dan dia dihidangkan dengan wajah lena milik Aysara. Kedengaran dengkuran halus menyapa halwa telinga Ryle dan itu membuatkan bibir Ryle mengukir senyum nipis.

Tangan kanannya erat memeluk pinggang Aysara berlapik selimut. Sesekali tangannya gatal membelai lembut wajah gadis itu. Tak cukup alis mata Aysara, jarinya terus turun mengurut bibir nipis Aysara. Yurp, kucupan hangat yang Aysara berikan pada dia semalam masih menjadi dambaannya.

Kalau tak ditahankan nafsu jantannya, sudah lama bibirnya memagut kembali bibir gadis itu. Terus Ryle mengukir senyum nakal. Helaian rambut yang menutupi wajah Aysara disauknya ketepi. Dia mahu lihat jelas wajah gadis itu. Wajah gadis yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya.

Sedang leka dia mengurut wajah gadis itu, tak semena-mena tangan Aysara mendarat memeluk tubuhnya. Erat. Kepala gadis itu juga turut menyandar rapat pada dada bidangnya yang masih terdedah. Hangat. Ryle hanya membiarkan. Malah, dia suka bila diperlakukan sebegitu rupa.

Rasa diri ini melindungi dua insan lemah dalam hidupnya. Satu adalah Aysara dan seorang lagi, adalah anak mereka.

Baru sahaja Ryle mahu menyambung tidurnya kembali, bunyi telefon pintarnya berdering di atas laci meja buatkan dia tidak terus menyambung niatnya. Aysara juga turut sama menggeliat lalu melepaskan pelukannya pada tubuh Ryle. Mungkin agak terganggu dengan bunyi bising yang menganggu ketenteraman tidurnya.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now