BAB 31

23.6K 837 17
                                    

Bola bowling yang berwarna ungu dicapainya sebelum akhirnya dibawa ke arah gelanggang bowling. Mata nya diselaraskan dengan pin bowling yang cantik tersusun pada tempat nya. Sempat dia buat anggaran berapa banyak bowling yang dia akan jatuhkan.

Setelah itu, akhirnya bola tersebut dibaling menghala ke arah pin bowling tersebut. Tajam matanya melirik ke arah bola yang laju bergolek sebelum akhirnya..

"Nice, Ryle! Fullmark! Again!!" sorak Afzal sudah bertepuk tangan melihat rakannya itu berjaya menjatuhkan ke semua pin bowling yang ada atas track.

Ryle sudah menyungging sengih bangga. Setakat bowling ini ibarat celah kaki aje. Senang sangat. Lagipun, dia memang dari kalangan keluarga yang memang pandai bermain bowling. Jadi, ehemm.. no matter man.

"Kalah lah aku kalau macam ni. Habislah.." rungut Tahar, salah seorang member berlima yang datang untuk ikut serta bermain bowling.

Ryle diam tidak membalas. Dengan penuh riaknya, dia mengatur langkah kembali ke tempat duduknya semula. Sesekali dia membelek papan markah yang terpapar. Hmm.. not bad. Nampaknya dia mendahului.

"Ingat, bro. Siapa kalah malam ini, belanja perut siapa yang menang. I just remember it to you, bro!" celah Zuki sengaja mahu pancing rasa kecut Tahar.

Tak semena-mena tawanya berhamburan apabila mendapat jelingan maut daripada Tahar. Mereka yang lain juga turut sama ketawa apabila melihat jelingan 'manja' yang Tahar berikan. Aumm!!

"Aku tak sangkalah sekarang kita dapat luangkan masa. Semenjak semua busy ni, tak dapat nak lepak ramai-ramai macam dulu-dulu." tiba-tiba Afzal luah rasa sebaknya yang acah itu. Entah kenapa tiba-tiba mamat itu boleh berubah sentimental macam itu.

"Bro, semua tak adalah busy macam kau. Time ajak lepak, banyak betul busy kau itu."celah Mushraf sengaja membetulkan statement yang Afzal buat.

Yang lain galak ketawakan Afzal. Terus, Afzal tarik sengih senget. Cover malu.

"Alah, aku busy pun sebab nak jaga member korang yang seorang ni. Dia busy, aku pun busylah. Kalau dia tak busy, aku pun tak busy." ujar Afzal sudah menarik Ryle dalam pelukan nya.

Terus Ryle meleraikan pelukan Afzal. Geli bhai kena peluk dengan member lelaki ini. Kalau dipeluk kawan perempuan itu, boleh fikir dua tiga kali jugalah. Peluk perempuan dapat nikmat, peluk lelaki.. pfft, tak fasal-fasal keluar akhbar artis tempatan seorang gay. Mau parah Ryle tanggung malu.

Kadang media dan paparazzi ni pun ada sengalnya juga.

"Kau macam mana Ryle? Apa projek terbaru kau sekarang?" soal Jabar sebelum air cola diteguknya perlahan bagi menghilangkan dahaga di tekaknya.

Ryle mengukir senyum tipis. "Drama, drama, drama.  adalah dua tiga selit dalam program realiti show." ringkas sahaja Ryle menjelaskan aktiviti sehari-harinya.

"Untunglah, muka kacak dapat jual. Tayang sikit, beribu orang nak. Muka macam aku ni, pfft.. haram." sempat si Zuki sindir diri sendiri.

Yang lain sudah galak ketawakan si Zuki. Geli-gelaman dengar luahan perasaan seorang lelaki ini. Siapa kata hati lelaki itu kental hah?! Lelaki pun boleh senti- juga kadang masa, kaum hawa aje yang tak tahu.

"Rilekslah brother. Kau dah buka gym kan sekarang, confirm ramai beratur. Al-maklumlah, perempuan zaman sekarang suka yang badan sado. Habang-habang." sengaja Tahar menyelit.

Tahar tersengih kerang. Sukalah itu, dipuji sado. Maklumlah otot badan nya itu memang jadi idaman. Dari kering lidi sampailah sasa begitu. Bertambah followernya di instagram.

"Aku dengar cerita kau ada rancangan bercuti dengan astro. Bila itu?" soal Mushraf sudah beralih topik.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. "Minggu depan. Tiga hari dua malam macam biasa." ujar Ryle serba sedikit.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now