BAB 34

23.7K 968 21
                                    

Setelah empat hari berlalu, akhirnya hari yang 'dinanti-nantikan' muncul juga. Hari di mana, aku dan Ryle bercuti di Sydney itu. Hmm.. kalau ikutkan hati, memang aku tak semangat langaung nak fly pergi negara orang bersama-sama lelaki itu and 'kawan kamera' nya yang lain itu.

Rasa malas aku itu juga buatkan aku rasa malas sangat nak pack barang. Siapa yang siapkan semua barang aku ni? Haha.. tak lain dan tak bukan, housemate aku itulah. Dia aje yang semangat nak pack barang aku. Macam dia pula yang nak pergi holiday. Hahaha... kesian.

Tepat pada pukul 9 pagi, aku dan kru-kru yang terlibat menaiki kapal terbang menuju ke Sydney. Untuk pertama kalinya aku menaiki kapal terbang dan itu adalah pengalaman yang paling ngeri untuk aku lupakan. Banyak kali jugalah aku rasa mual dalam flight. Phuh, tak tahan babe.

Aku dan Ryle duduk dalam baris yang sama tapi sedikit jauh. Memandangkan tempat dia itu boleh nampak aku, jadi dia tersengih membahan aku. Pandangan yang dia beri juga cukup mengejek aku. Huh, tak guna punya artis!

Setelah 8 jam dalam pesawat, akhir nya kami tiba juga di lapangan penerbangan Sydney. Buntang mata aku apabila suasana yang aku rasakan di negara orang itu memang lain. Aku dapat rasakan angin sejuk menyapa tubuhku dan ia sempat membuatkan aku menggigil kesejukan.

Memandangkan aku pakai baju yang berkain agak nipis jadi aku punya menggigil itu boleh nampak. Siap urut-urut tangan lagi supaya rasa hangat sikit walaupun aku tak rasa hangat langsung. Phuh..

"Kau ingat ini Malaysia ke hah? Orang Malaysia pun tak pakai baju nipis macam ni pergi Sydney, kau ajelah satu-satunya yang pakai macam ni kat Sydney." perli Ryle bila krew-krew yang lain berdiri jauh dari kami berdua.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang marah. Dia fikir aku ni selalu sangat ke fly luar negara? Tempat paling jauh aku fly pun, KL.. itupun aku dah rasa jauh. Inikan pula tempat jauh yang dipisahkan lautan luas. Tiba-tiba pula aku rasa rindu Malaysia.

"Then, awak tak payahlah nak kisah sangat. Dasar berlagak.." ejekku dengan muka menyampah.

Ryle tarik sengih bila dapat jelingan maut aku. Rasa kelakar pula bila berhadapan dengan haters ni. Selama dia jadi artis ni, belum pernah lagi dia bertemu haters.. hari ini baru jumpa. Senyuman senget Ryle melirik. Comel juga perangai haters ni, macam nak bermanja pula.

"Bukan kisah tapi kesian. Kau tak buat research dulu ke pasal Sydney ke.. kau ni jenis yang tak tau nak buat searching macam mana?" sekali lagi, dia hamburkan ayat minta kakinya.

Aku sudah mendengus geram. Tajam pandangan aku berikan pada Ryle. Sakitnya hati aku. Kalau ikut kan hati ni, dah lama aku ajak dia bergaduh kat sini! Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku ni?

"Diam boleh tak?!! Jangan nak cari fasal kat sini." aku berikan amaran kecil pada dia.

"Kenapa? Kau rasa nak tumbuk aku ke? Meh, meh.. pipi kanan ke pipi kiri?"spontan Ryle menayangkan kedua-dua belah pipinya pada aku. Ih!!!!! Dia ni memang sengaja nak buat aku rasa meluat tengok dia ke apa?!

Aku sudah mengacip gigi menahan geram. Tajam pandangan aku berikan pada dia kali ini, rasa nak makan dia hidup-hidup pun ada juga. Huh!!

Baru sahaja aku nak membalas, para krew yang terlibat dalam penggambaran terus menghampiri kami berdua. Aku dan Ryle yang tadinya saling melemparkan pandangan benci cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua.

"So, malam ni korang rehat cukup-cukup. Esok kita akan start shoot. Hari ni, kitorang just record untuk scene kat lapangan terbang aje and hotel lepas itu done. Esok kita start scene merewang pula. Okey?" beritahu Syukri kepada  kami berdua.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Hmm.. walaupun, aku malas nak tahu apa yang diorang buat tapi kenalah juga tahu kan? Tak kisahlah diorang nak buat penggambaran ke apa yang penting balik ni.. aku nak tidur dalam air-cond.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now