Satu persatu laman web yang bertayang di skrin laptop ku aku belek satu persatu. Setiap job yang ditawarkan dalam laman kerjaya Jobstreet itu aku cuba buat perbandingan dengan keinginan dan juga keperluan aku ketika ini.
Sia-sia sahaja kalau aku ambil job itu tapi pekerjaannya tak berkenan dengan hati sendiri. Aku tak mahu jadi mayat hidup yang hanya membazir seumur hidupnya hanya semata-mata mahu mendapatkan duit padahal dirinya terseksa. Lebih baik aku pilih kerja yang senang dan tak buat aku stress untuk hidup.!
'Agen insurans diperlukan, memiliki pengalaman bekerja selama 2 tahun, mempunyai perwatakan yang menarik.. gaji permulaan yang ditawar kan RM1000++'
Aku mengeluh perlahan. Gaji dah okey tapi.. erm, pengalaman bekerja selama 2 tahun itu aku tak ada. Aku ni fresh graduate. Budak baru keluar dari ladang.. mana boleh tup tup dapat pengalaman 2 tahun? Merepek!
Aku pergi ke pekerjaan lain yang ditawarkan. Yurp, ilmu perlu ada di dada kalau kau nak mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri sendiri. Ada banyak benda yang kau perlu pertimbangkan kalau nak mencari pekerjaan ni. Pertama, gaji yang ditawarkan.. kedua, jarak tempat kerja kau dengan rumah.. terakhir, komitmen kau nak bekerja dengan benda yang kau minta itu.
'Retail Assistant, pengalaman kerja tak diperlukan, pandai menarik minat pelanggan, peramah,... gaji yang ditawarkan sebagai retail assistant : RM1 200++'
Aku sudah ketap bibir bila tengok peluang pekerjaan yang satu ini. Yurp, memang apa yang aku cari. Memandangkan aku ni fresh graduate yang tak ada pengalaman bekerja jadi.. aku dengan mudah akan dapatkan kerja itu. Hmm.. tapi, mesti orang kampung kata apa pula kan?
Aku sebenarnya tak kisah kalau orang kampung nak mengata apa pun tapi masalahnya bila kata-kata mereka itu menyapa halwa telinga ibu, ibu yang akan rasa malu. Yurp, ibu memang tabah tapi kalau tiap hari kena cela dengan orang kampung.. confrim, hatinya pasti akan berdarah.
Kalau aku ambil job sebagai retail assistant ni, mesti orang akan cakap yang lepasan diploma macam aku ni lebih suka pilih kerja low class berbanding kerja yang peringkat setaraf aku. Yalah, sekarang mana ada orang pandang kerja RM2000 ke bawah ni. Semua kalau boleh nak gaji RM3000++..walaupun kenyataannya kerja tak bagus mana.
"Yow!! Akak buat apa itu?" sergah Aysha dari belakang sekaligus membuat kan aku terus terkejut.
Nasib baik tak melatah kalau tak mau si Aysha itu tak jumpa hari esok. Sempat aku mengerling ke arah Aysha yang masih berdiri di belakangku. Kedua-dua bahuku dipegangnya sambil matanya ralit memerhati skrin laptop ku yang masih terpasang.
"Buat homework." balasku spontan.
Terus aku alihkan perhatian ku memandang ke arah skrin semula. Sesi mencari kerja yang tertangguh tadi, aku sambung semula.
Aysha sekadar menganggukkan kepala. Dia layan saja apa yang aku bicarakan.
"Baguslah akak Aysha ni. Lepas belajar pun, still buat homework. Lecture sem lepas yang bagi ke apa?" sempat adik aku itu menganjing aku. Nasib baik adik, kalau tak mau makan cap tangan aku ni.
Aku cuba tak pedulikan apa yang Aysha katakan. Mataku masih ralit memerhati pekerjaan yang ditawar kan di laman sesawang jobstreet itu.
Sebenarnya banyak aje kerja yang sesuai dengan aku, kemampuan aku, level aku cuma.. banyak sangat kepala aku ni membuat keputusan sampai aku nampak lebih banyak keburukan daripada kelebihan. Yah, mungkin sebab itulah sampai sekarang aku jadi penganggur sejati kot?!"Kak, cuba tengok yang ni." Aysha terus menjedakan tindakanku.
Salah satu job yang terpampang di skrin laptop ditudingnya. Tak semena-mena, mata aku juga turut sama terarah ke tempat yang sama. Sempat job itu aku belek untuk seketika.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...