BAB 6

24.4K 995 20
                                    

Tudung bawal pastel yang tersarung di atas kepalaku aku betulkan untuk sementara. Senyuman manisku terukir setelah aku rasakan wajahku sudah lawa dan manis bertudung bawal itu. Hmm.. comel lah si Aysara ni. Ahaha..

Beg pakaian yang tersadai di atas katil aku angkat dan untuk seketika, mata bundarku membelek ruang bilik tidurku. Hmm.. entah kenapa, aku rasa mulai berat hati untuk meninggalkan bilik tidurku.

Huh!! Nope Sara.. kau kena pergi juga. Pergi cari kerja dan lepas itu dapatkan rumah yang terbaik untuk ibu dan adik kau. Yurp, aku cuba semangatkan diri ku sendiri bila mana aku rasakan semangatku mulai luntur.

Perlahan-lahan, langkah kakiku meninggalkan bilik lalu menuju ke ruang tamu. Aku lihat kelibat ibu dan Aysha di ruang tamu. Bila lihat kelibat aku, mereka berdua terus terkejar-kejar dapatkan aku namun dengan dua perasaan yang berbeza. Ibu mendekatiku dengan wajah resah manakala Aysha pula datang dengan senyuman mendekatiku.

"Kamu pasti ke nak kerja kat KL itu, Sara? Belum terlambat lagi kalau kamu nak ubah keputusan kamu itu." ujar ibu dalam nada merayu.

Senyum nipisku terukir. Kalau boleh, memang aku nak ikut ibu tapi masalahnya.. aku sudah tanam azam untuk bekerja. Di kampung ini, susah betul aku nak dapat kerja. Bukannya aku tak cuba mencari tapi.. rezeki itu tak ada.

"Tak apalah, bu. Kak Sara dah semangat itu nak bekerja. Ibu support aje." celah Aysha cuba meyakinkan ibu.

Ibu pandang Aysha dengan muka berbelah bahagi. "Ibu memang support dia bekerja tapi tak adalah sejauh ni. KL itu bukannya dekat. Jauh nun sana." balas ibu mendirkan penjelasannya.

"Alah ibu ni, sebelum ni kak Sara belajar pun jauh juga." celah Aysha berdiri di pihak aku untuk teruskan niatku bekerja di KL.

"Masa Sara belajar, tempat dia tak jauh macam KL itu. Jadi, ibu tak adalah risau sangat." ibu masih menegakkan pendapatnya.

Aku terus mendekati ibu lalu tubuh nya aku peluk erat. Yurp, aku tahu yang ibu sangat risaukan aku. Kalau tak risau maknanya dia tak sayang kan aku tapi masalahnya, sebab aku sayangkan ibu.. aku nakkan yang terbaik untuk diri aku supaya aku dapat senangkan keluarga kecil aku.

"Ibu jangan risau. Nanti kalau ibu call suruh balik, Sara akan balik. Sara bukannya kerja luar negara pun bu. Masih dalam Malaysia lagi kan?!" aku cuba tambah rasa senda dalam bicara ku. Taknak terlalu terbawa emosi perpisahan  sangat.

"Betul apa kak Sara cakap itu, bu. Ibu ni pun.. Macam mana nak ada bakal menantu luar negara macam ni, bu?" sempat pula si Aysha menyakat ibu.

Kerana bicara hambarnya itu, aku dan ibu sama-sama ketawa. Mungkin, terubat sikit rasa sedih ibu bila aku tinggalkan dia. Sebelum aku keluar rumah, sempat aku cium pipi ibu. Yurp, cium bau syurga sebelum keluar dari rumah.

Sedih? Siapa saja yang tak sedih bila tinggalkan rumah nak-nak lagi bila keluar dengan jiwa yang terpaksa direlakan?

Perhentian bas yang terletak tidak jauh dari rumah itu aku dekati. Memandangkan si Aysha itu ada kelas tambahan pagi ini jadi nak tak nak dia tak boleh nak hantar aku ke perhentian bas so.. terpaksalah berkorban sikit dengan berjalan kaki. Lagipun tak adalah jauh mana. Adalah dalam kira-kira 1 meter juga.. lah?

"Sara~~" mendayu seseorang menyapa aku dari belakang.

Daripada ritma suaranya, aku dapat rasa itu adalah suara seorang lelaki. Ditambah lagi dengan bunyi motor capuk yang semput tunggu ajal itu, aku tahu siapa lelaki itu. Terus aku alihkan pandangan ku ke arah lelaki itu. Wajah geram aku mainkan.

"Nak pergi mana ni?" soalnya sambil menaiki motor. Perlahan saja pedal minyak motor dibawanya.

Aku menggerutu geram. Langkahku cuba aku percepatkan. Serentak itu, pedal minyaknya ditekan agak kelajuan motorsikalnya selari dengan langkah kakiku.

"Kau sibuk apsal? Please lah, Firzan. Baliklah rumah kau.." nadaku bercampur baur. Nak merayu pun ada namun terselit juga nada rimas di awal kata.

"Nope. Aku takkan balik selagi aku tak tahu kau nak pergi mana.." dia sudah buat ugutan.

Aku menjeling menyampah. "Suka hati kaulah, Firzan. Bukan minyak motor aku yang habis kalau kau nak buat macam itu pun." tebikku dalam nada menyindir.

Firzan menarik sengih. Terus dia melajukan motorsikal capuknya lalu dia parkir di hadapanku sekaligus menghalang laluan ku. Nasib baiklah aku sempat berhenti, kalau tidak.. entah apalah jadi pada aku nanti.

Aku sudah mendengus geram memandang Firzan. Benci! Yurp, aku ni dahlah pantang kalau kena kacau dengan lelaki ini. Lagi-lagi lelaki tak ada kelas macam si Firzan ni. Hell, noo.. okay?!

"Kau jangan cari fasal dengan aku, Firzan. Kalau kau taknak makan kaki, cepat kau buang motor capuk kau ni daripada pandangan aku!" aku sudah mengugut.

Panas hati yang membelengu perasaanku kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Ikutkan hati memang aku nak kerat motor capuk Firzan ni supaya dia tahu aku ni bukannya boleh dibawa main!

"Aku takkan cari fasal kalau kau tak mulakan dulu. Tadi, aku tanya baik kan? Kau nak pergi mana then, kau taknak jawab. So, terimalah akibat
nya.." Firzan menutur bicara.

"Apsal kau nak kena tahu pula aku nak pergi mana? Siapa kau dalam hidup aku?!" gertakku dalam nada menyampah.

Dan, kali ini senyumannya terukir. Dia suka bila aku ajukan soalan itu padanya. Siapa dia pada Aysara?

"Aku bakal suami kau, ingat tak?" sengih minta kakinya itu buat aku rasa geli. Jijik pun ada juga.

Dia? Nak jadi suami aku? Mati hidup semula pun aku takkan ambil lelaki itu jadi suami and layak ke dia nak jadi suami Aysara? Pfft.. cermin muka dulu sebelum berkata benda bodoh, cik abang oit.

"Huh, aku takkan ambil kau jadi suami aku lah. Ingat tau, kau ibarat ludah aku.. Aku takkan jilat air liur yang aku dah pernah ludah." ujarku dan terus menolak bahunya kasar.

Tergamam Firzan apabila mendengar bicara aku. Geram, marah, malu kini kian bercampur baur dalam hatinya. Dihina seorang perempuan? Huh, itu belum pernah ada dalam sejarah hidupnya!

Dia takkan biarkan Aysara terlepas. Bibirnya mengukir senyum senget. Aysara, jangan terkejut kalau suatu hari nanti kau milik aku.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now