BAB 49

26.5K 949 27
                                    

Angin malam yang menyapa kulit lengannya dibiarkan begitu sahaja. Yurp, sekali sekala.. menikmati alam dan merasai kesejukan semulajadi lagi bagus daripada menikmati masa rehat di bawah air-cond. Kepala pun jadi tenang.

Sambil matanya liar memandang suasana bandar yang masih bertebaran cahaya bandar yang tidak jauh dari kawasan perumahannya, fikirannya masih lagi mengolah sesuatu untuk difikirkan. Kejadian tengahhari tadi masih tak lekang menerpa fikirannya.

"Huzryle Khayril" Ryle sedikit tergamam bila mulut Aysara berjaya menyebut nama penuhnya. Bibirnya menguntum senyum sinis.

Huh, apalagi agaknya perempuan ni mahukan lagi? Masih tak nak mengaku bersalah atas apa yang dibuat ke?! Masih nak buktikan dia adalah mangsa keadaan?! Pfft..

"What?" Ryle bagi peluang. Keningnya diangkat, mahu tahu bicara gadis itu selanjutnya.

Pandangan Ryle melirik ke arah tangan Aysara yang sudah memegang perutnya. Kali ini, dahi Ryle berkerut. Apsal perempuan itu pegang perut pula? Sakit perut ke apa?! Ryle buat andaian.

"Saya pregnant anak awak.." terketar-ketar Aysara mahu menyebut ayat keramat itu.

Kali ini, riak wajah Ryle berubah kelat. Kaku tubuhnya bila dengar berita tak disangka-sangkanya itu.. pregnant?!

Wajahnya diraup kasar. Selepas sahaja dengar apa yang Aysara mahu sampaikan, tiba-tiba sahaja Ryle berlalu masuk ke dalam kereta. Kereta Audinya dipecut meninggal kan Aysara sendirian di tepi jalan. Huh!! Gentleman?

Akhirnya, satu keluhan berat meniti keluar dari mulut Ryle. Terus, pandangannya jadi tak fokus apabila teringatkan perkara itu semula. Anak?! Dengan perempuan itu..??! Huh, no way no more..

Ryle ketap bibir. Kejadian semasa di hotel Sydney itu masih segar dalam ingatannya. Bagaimana tergodanya dia bila lihat Aysara malam itu, bagaimana bibirnya berjaya menerpa lembut bibir gadis itu dan juga bagaimana hanyutnya dia malam itu. Hmm.. semua itu Ryle masih ingat dengan jelas.

Tapi.. takkanlah baru sekali buat, dah sangkut?

Terus Ryle menggosok kepalanya. Huh!! Makin serabut kepala Ryle dibuat nya. Kalau betullah itu anak dia, macam mana?! Patut ke dia terima atau abaikan. Mungkin... anak dalam perut Aysara itu, anak lelaki lain?!

"Haih, betul ke Aysara jenis macam itu, Ryle?" soalnya pada diri sendiri.

Yurp, Ryle pun ragu untuk buat tuduhan begitu. Muka kanak-kanak ribena Aysara itu memang jelas menggambarkan dia takkan berani nak buat benda terkutuk itu dengan lelaki lain. Hmm.. Ryle diam sekali lagi.

Jadi, kalau betul dia tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki.. maka anak itu adalah anak aku?! Ryle sudah garu dagu. Memang sudah terang lagi bersuluh yang dia tidur dengan Aysara malam itu. Kalau nak nafikan pun, tak boleh.. Akhirnya, satu keluhan berat Ryle lepaskan.

Pelik pula rasanya kalau ada anak ni. Lagipun, Ryle memang sukakan budak. Selama ini, dia cuma mampu dukung anak orang aje. Selalu juga, Ryle terbayang dapat dukung anak sendiri kalau dia berkahwin dengan Kuza nanti. Hmm.. tapi tak sangka, dia terlanjur dengan perempuan lain pula. Perempuan yang secara tak sengaja jadi isterinya itu.

Hmm.. Kalau betul anak dalam perut Aysara itu anak dia, Ryle tak tahulah nak feeling apa. Suka? Teruja? atau.. marah?!

Ryle mendengus lemah.

"Mestilah aku kena gembira kan? Anak aku.. hmm, cuma mak dia aje.."tiba-tiba Ryle teringatkan fasal Aysara.

Terus Ryle gelengkan kepala. "Kau tak payah nak kisah sangat fasal Aysara.. yang penting, budak itu." keluh Ryle sendirian.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now