Ketukan bertalu pada pintu hanya aku biarkan menyapa halwa telinga ku. Bukannya aku tak tahu siapakah gerangan yang berada di luar sana. Tak lain dan tak bukan pasti si Mina itu, kawan aku sejak sekolah menengah.
"Sara!!!" laungnya apabil pintu rumah terbuka. Lagak suaranya seakan terkejut melihat keberadaan aku di situ.
Tanpa salam ataupun apa, Mina terus menyerbu masuk ke rumah dan mengambil tempat bersebelahan ku. Tindakannya itu sedikit sebanyak mengganggu perhatian aku untuk seketika. Tak senang aku mahu menonton program kecantikan yang sedang bersiar di kaca tv.
"Aphal kau ni?" soalku bila lihat tindakan Mina yang sudah membelek seluruh tubuh aku.
Tangan aku diangkatnya, wajah aku dibeleknya dan tak terkecuali juga kakiku. Terus aku menepis lembut tangan Mina yang seakan-akan orang sawan minta pelempang. Nasib baik kawan, kalau tidak sudah singgah setepek ke pipi merahnya itu.
"Mana kau pergi semalam? Risau aku tunggu kau tahu tak.. Tak balik, balik!" gerutu Mina dalam nada risau. Jelas wajah resahnya terpampang.
Kali ini aku sudah mengetap bibir. Tak mungkin. Takkan mungkin aku akan ceritakan segala pahit dan perit yang aku lalui semalam.
Dari hampir menjadi mangsa rogol Firzan sampai lah aku tahu bahawa aku sekarang sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang kini sudah menempah nama di dunia industri. Aku yakin yang Mina takkan percayakan cerita karut ku itu. Yurp, tersangatlah karut.
"Aku jumpa kawan lama aku semalam." beritahuku dalam nada cuba aku spontankan.
Dahi Mina sudah berkerut. "Kawan kau?"
Laju aku menganggukkan kepala. Sempat aku larikan pandangan aku daripada bertemu sepasang mata Mina dan aku pasti yang aku akan pecahkan rahsia kalau mata aku dan mata Mina bersua. Itu adalah pasti.
"Kawan aku masa diploma dulu." aku jawab dengan tenang.
"Then? Kenapa kau tak balik rumah?" soal Mina sudah mulai hairan.
Aku menarik nafas dalam. Akhirnya, aku beranikan diriku menentang mata Mina. Percaya diri, Sara. Kau kena pandang mata Mina supaya dia takkan curigakan apa-apa daripada kau. Bisikku cuba menyemangatkan diri sendiri.
"Kau faham sendiri kan.. Kalau dah jumpa kawan lama, mana nak reti balik dah. Dia ajak aku duduk rumah dia semalam. Bangun-bangun aje, dah terlajak siang jadi aku pun.. tak pergi kerja." spontan aku menyusun ayat pembohongan ku.
Wajah Mina masih tak berubah. Ada perasaan was-was pada riaknya untuk percayakan aku. Walaupun agak cuak juga bila wajah Mina itu menyapa, jadi aku berlagak selamba. Ingat! Yang penting selamba.
"Apsal kau tak call aku?" soal Mina lagi seakan-akan detektif muda yang diberi amanah untuk ambil tahu butiran hidup aku. Pfft..
"Phone aku habis bateri." balasku spontan.
Dan, akhirnya Mina mengangguk perlahan. Wajahnya dipaling menghadap ke arah televisyen yang masih terpasang. Remote control yang ada di sebelahku dicapainya lalu satu persatu saluran tv ditukar nya.
Aku disebelah Mina sudah melepas kan nafas lega. Phuh.. nasib baik Mina tak banyak tanya banyak benda tadi. Kalau tidak.. gagap aku nak menjawab.
"Tak kisahlah apa yang jadi pada kau semalam tapi yang penting kau sihat walafiat kat sini. Itu yang aku nak dengar." ujar Mina sambil menikmati cikedis yang aku buka.
Aku tidak menyahut kata-kata Mina. Aku juga turut sama beralih menonton televisyen yang sedang memaparkan iklan Dunkin Donut. Cikedis yang aku buka juga, aku turut nikmati.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...