Selesai sahaja membeli barang yang patut, Encik Ilham terus mengajak aku untuk makan. Tiba-tiba pula aku rasa untung sangat sebab dapat ikut Encik Ilham. Rugi betul si Mina itu sebab tolak pelawaan Encik Ilham tadi.
Bukan setakat Encik Ilham belanja barang aje, malah dia juga belanja aku makan di Cheese and Grillz. Melahap lah juga aku makan. Tak ingat dunia sebab sedap sangat.
Sedari tadi, Ilham asyik perhatikan saja aku makan. Steak yang terhidang depannya langsung tidak disentuhnya. Aku perasan jugalah kelakuannya itu tapi.. aku buat tak peduli. Kalau dia tak habiskan stik nya itu, dia boleh bagi aku. Hahaha!!
"Awak dengan Mina itu sudah lama jadi kawan ke, Sara?" soalan Ilham itu berjaya buatkan aku tergamam sejenak.
Aku yang tadinya gelojoh menikmati fries terus mendongak memandang lelaki kulit hitam manis itu. Mukanya nampak bersahaja tapi terselit riak seriusnya di situ.
Nak tak nak, aku balas anggukan. "Sejak sekolah menengah lagi. Kenapa encik Ilham tanya?" soalku sengaja buat innocent.
Walaupun hakikatnya aku sudah tahu apa yang lelaki itu mahukan. Kalau dah ada lelaki bertanya pasal seseorang perempuan itu, maknanya dia berkenanlah itu dengan si empunya badan. Well, baik betul nasib badan Mina kali ini.
Dapat Encik Ilham yang tampan ni. Kalau aku jadi Mina, mau aku berkepit 24 jam dengan lelaki itu. Sudahlah kaya, kacak pula itu. Al-maklumlah taste aku jenis lelaki berkulit sawo matang. Nampak manis tapi sedikit mengancam. Aumm gitu!! Hahaha!!
"Tak adalah. Saya cuma nak tahu aje macam mana awak boleh tahan dengan perangai membawang nya itu. Kalau sehari tak bergosip memang tak sah." Ilham cuba buat coverline sambil matanya meliar dari bertembung anak mataku.
Guguplah kot. Huh, ingat aku tak dapat baca perasaan orang ke? Sah, mesti lelaki itu tengah falling in love dengan Mina. Pfft..
"Memang sejak sekolah lagi, Mina itu suka buat pakatan bergosip. Sayalah salah satu ahlinya itu. Biasalah itu, encik Ilham. Orang perempuan ni memang macam itu. Kalau encik Ilham kenal dia lagi dalam, baru encik tahu yang Mina itu baik sebenarnya." sempat pula aku buat promosi pasal Mina ni.
Maklumlah, alang-alang dah ada yang berkenan itu, terus ajelah promote buat bakal bini kan?!! Aku pun dah lama tak merasa nasi minyak kawan sendiri ni.
Kali ini tawa kecil Ilham menjengah. Aku pula sudah angkat kening. Ada yang lawak ke pada bicara aku? And, hello...?!! Aku serious okey!
"Tak tahulah macam mana hidup saya kalau tiap hari tadah telinga dengar dia bergossip memanjang. Mau berdosa saya tiap hari. Pahala saya ni bukannya banyak mana nak sedekah kat orang."amboi, pandai encik Ilham selit ayat sentap di situ. Ahaha!!
"Aih, bunyi macam encik Ilham dah ada niat nak ambil Mina jadi bini aje. Bagus juga itu, encik Ilham kalau dah ada niat. Kesian juga saya tengok Mina itu. Sampai sekarang, single." sempat aku perli Mina belakang-belaakng.
Mesti dia sedang tersedak sekarang ni. Pfft..
Encik Ilham tak ambil serius pada lawak aku itu. Tawanya itu makin menguatkan lagi perasaan aku yang Encik Ilham itu sebenarnya dah berkenan dengan si Mina. Kalau tak minat, dia takkan gelak. Betul tak?!
"Ada-ada ajelah awak ni, Sara. Habis, awak itu dah taken ke?!" soalnya sudah berseloroh.
Aku hanya mampu tersenyum nipis. Soalan encik Ilham yang satu itu aku tidak balas. Memang dah taken pun, encik Ilham.
Selesai sahaja menikmati makan petang kami, Ilham terus bergegas ke arah lif. Kami mahu segera balik memandangkan ini masih waktu bekerja. Ketika kami berdua mahu menuju ke arah lif, pada masa yang sama.. terdapat sepasang kekasih yang turut sama keluar dari lif.
Aku hampir saja terpana tatkala wajah pasangan itu menyapa pandangan ku. Pasangan itu juga turut sama memandang ke arahku. Lebih-lebih lagi lelaki yang kini sedang brdiri di hadapan aku itu.
"Wou, tak sangka dapat jumpa you kat sini.. Ilham?" kata-kata gadis itu menyentakkan aku.
Terus aku alihkan pandangan aku ke arah Ilham yang beriak selamba. Gadis itu memang aku sangat kenali. Dialah model yang orang gembar-gemburkan akan berkahwin dengan Ryle, Kuza.
"I masih ada dalam Malaysia so.. memang kita akan jumpalah kan?" bersahaja Ilham membalas.
Ryle yang sempat memberikan pandangan tajam ke arah ku terus buatkan lidah ku terasa kelu. Nak-nak lagi bila aku tengok Kuza tanpa segan silu memeluk lengan sasa Ryle. Huh, apsal aku rasa sakit hati ha?!
"Who's this, Kuza?" soal Ryle cuba tak pedulikan aku. Pinggang ramping Mina dipeluknya erat dan yurp, aku rasa pelik. Sedih, kecewa?!
Kuza tarik sengih. "Hmm.. just my friend,Ilham." perkenalnya dalam nada acuh tak acuh.
Kali ini anak mata Kuza yang bercontact lens biru itu melirik ke arahku. Atas bawah aku dipandang nya sebelum senyum sinisnya menyinggah.
"Tak sangka, you bercinta dengan pekerja bapak you kan? How low your test, Ilham?!"sinis dia memerli aku.
Ilham tidak mudah melenting. Tidak mahu panjangkan masalah, Ilham terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Aku sekadar membuntuti langkah Ilham dari belakang. Sempat mata aku melirik ke arah Ryle.
Huh, sekarang aku rasa yang aku memang sekadar perempuan simpanannya! Aku adalah isteri nya tapi dengan mudah dan tak bersalah nya dia peluk perempuan lain depan aku!!! Huh?!!!
Tak guna.
...
Sejak beberapa hari ini, pening kepala aku asyik menyinggah sahaja. Makan tak selera, mandi pun tak semangat. Yang peliknya itu, tidur pun tak lena. Termasuk kali ini, sudah lima kali aku keluar masuk tandas.Mina pula sudah berjaga di luar pintu bilik air. Sesekali dia ketuk pintu bilik air.
"Kau okey tak, Sara. Nak jumpa doktor tak?!" soal Mina terselit risau.
Aku yang berada di dalam sekadar menggelengkan kepala. "Aku okey aje. Kau jangan risau. Kau pergilah kerja.." ujarku dari dalam.
Tekakku yang masih terasa loya aku urut perlahan. Erghh!! Peritnya. Belum pernah lagi aku rasa macam ni. Muntah-muntah bagai. Hmm.. Sakit kepala pula makin menyengat.
Selesai sahaja berkumur, aku keluar semula dari bilik air. Tubuhku yang masih lemah, Mina pimpin sampai ke sofa. Jelas wajah pucatku ketika ini dan itu makin mengundang rasa risah dalam hati Mina.
"Kau makan apa aje hari ini? Apsal sampai boleh jadi macam ni, ni?! Kau.. tersalah makan ke apa?!" soal nya sudah menyentuh tubuh aku.
Pelik. Badan aku dirasakannya sangat sejuk. Sempat peluk renek yang membasahi dahiku disapunya sambil sesekali Mina memicit-micit belakangku. Takut-takut, aku masuk angin ke?
"Aku masuk angin aje kot. Hmm.. kau jangan risau." ujarku sambil mengurut kepala.
Mina pula menidakkan andaian aku itu. Sambil mengurut belakangku, dia mengeluh perlahan.
"Aku nak bawa kau jumpa doktor dulu, baru aku pergi kerja. Ini, bukan demam biasa ni. Aku risau kes denggi ke apa.. aku tak sedia lagi nak kehilangan kau." sempat pula dia buat ayat sebak dada.
Terus aku siku perutnya. Kolot betul lah fikiran perempuan yang seorang ni!
"Yalah, yalah.. aku jumpa doktor tapi kau teman eiyh?!" aku sudah beralah..
Mina terus menganggukkan kepala. "Dah, pergi siap cepat. Aku tunggu kat sini." arah Mina lembut.
Tidak mahu berlengah, terus aku kuatkan langkah menuju ke bilik. Hmm.. tak sukalah kalau sakit-sakit macam ni..
...
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...