Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mina, boleh tahan juga topik yang kami bualkan. Topik paling hot semestinya kejadian pelanggaran tadi antara aku dengan si mamat poyo itu. Kaw-kaw aku kutuk mamat itu belakang-belakang. Hope tersedak orang itu!
Motorsikal jenama Yamaha yang dinaiki oleh kami berdua akhirnya tiba di hadapan rumah apartment lima tingkat. Di sekitar apartment itu, aku lihat ada taman permainan di mana tempat untuk anak-anak bermain dan bersuka ria. Senyum ku simpul bila lihat suasana itu. Tersangatlah meriah dan tak adalah sunyi sangat.
"Sorrylah kalau kau tak selesa dengan rumah aku ni. Well, aku ni tak senang so mampu sewa rumah macam inilah." ujar Mina yang sudah berdiri di sebelahku. Tangannya pula sedang ralit menanggalkan topi keledar yang melindungi kepalanya.
Aku alihkan pandanganku padi Mina. Senyum sindir ku terukir. "Rumah ni lebih elok kalau nk compare dengan rumah kayu aku kat kampung itu. Haih, kau ni pun.. aku okay ajelah." ujarku sudah memeluk bahu Mina.
Gadis itu menarik senyum. Topi keledar yang sudah ditanggalkan dari kepala dikepitnya di celah tangan lalu tanpa menunggu masa yang lama, aku dan Mina saling bergandingan menuju ke arah tangga.
Mina kata rumahnya itu cuma lima tingkat jadi orang yang bina rumah ni nak jimatkan kos so dia lebih prefer untuk buat tangga daripada lif. Hmm.. lenguh jugalah aku nak memanjat tangga ni. Nasib baik rumah sewa si Mina ni tingkat dua jadi tak adalah lenguh mana.
Tiba sahaja di hadapan rumah sewa Mina, Mina terus membuka pintu rumahnya. Buka sahaja pintu, aku terpegun untuk sejenak. Tak sangka pula si Mina ni pandai menghias rumah, cantik.
"Inilah rumah aku. Kecil sikit tapi bolehlah untuk dua orang tinggal. Bilik aku sebelah bilik kau tau. Kat sana tu.." jari telunjuk Mina terus menghala ke salah sebuah pintu yang tertutup rapat.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Barang yang aku bawa terus aku angkat lalu aku bawa masuk. Langkah kakiku aku turutkan membuntuti Mina menuju ke arah bilik aku itu. Pintu bilik dibukanya dan ruang dalam bilik itu menyapa pandanganku.
Kecil tapi boleh tahan selesalah. Not so bad I think. Bolehlah untuk aku seorang.
"Ini bilik kau. Sebelum ini, ada kawan aku duduk sini tapi lepas dia berhenti kerja, terus bilik ni kosong. So, ini bilik kau sekarang. Sorrylah kalau kecil." ujar Mina dalam nada serba salah.
Aku melirik senyum. "Aku tak kisah pun. Asal ada bilik pun okay. Hmm.. kecil tapi selesa. Bolehlah ni untuk seorang." balasku cuba menyedap kan hati Mina.
Dia tersengih. Birai katil bujang itu didudukinya manakala aku pula sudah mulai duduk bersila di lantai mahu menyelongkar barang-barang yang ada dalam beg pakaian yang aku bawa. Tatkala aku mengeluar kan baju aku yang sudah kotor dengan air cappucino itu, Mina terus terjerit kecil.
Tergamam aku dibuatnya. Terus aku alihkan pandanganku ke arah Mina.
"Aphal?" soalku.
"Itu. Kenapa kotor sangat baju kau itu? Kalau ya pun tak rajin, hantarlah dobi.." balas Mina masih buat muka suspens. Matanya tak henti meralit baju kotor yang aku pegang itu.
Aku mengetap bibir. Baju kotor yang aku pegang tu terus aku bawa mendekati Mina.
"Kalau kau nak tahu, lelaki yang aku cerita kat kau itulah yang buat benda ni kat aku. Tengok ni. Habis kotor baju ni. Huh!!!! Tak guna betul. Sudahlah ni baju yang baru aku beli." aku sudah mulai buka cerita runtun jiwa.
Mina sekadar menganggukkan kepala. "Lelaki jenis apalah yang tak mengaku salah sendiri itu? Kalau dah buat salah tapi minta maaf tak apalah juga.. Ini, main lepas tangan aje. Aku pula yang rasa nak sepak mamat yang kau cakap itu." Mina sudah mulai berdiri di pihak aku.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...