BAB 64

29.4K 993 19
                                    

Anak matanya melirik memandang ke arah pintu pejabat Afzal namun kelibat yang mahu dia jumpa masih lagi tidak kelihatan. Jam tangannya dibelek. Haih, mana pula si Afzal ini? Janji pukul 1.30 tapi sekarang pukul 2 tetapi masih tak muncul-muncul lagi. Hati Ryle sudah menggumam sendiri.

Kerana tidak mahu terus menerus diusik perasaan menyampah, Ryle menghirup kopi perisa mocha yang dipesannya. Sekurang-kurangnya ia mampu menjedakan rasa marah Ryle dalam hitungan detik.

Beberapa minit kemudian, akhirnya kelibat yang dicarinya muncul. Afzal terus meluru ke arah Ryle. Wajahnya nampak kusut. Seperti ada masalah pun ada juga.

"Hei, apsal kau pula yang over buat muka ni? Aku yang sepatutnya marah kau sebab kau lambat setengah jam dan buat aku tunggu kau kat sini."Ryle meluahkan rasa nya.

Tak adil pula, Afzal buat muka macam itu. Si Ryle yang menunggu 30 minit lebih pun masih boleh maintain senyum.

Afzal tidak menyahut kata-kata Ryle malah wajah resahnya makin bertayang. Sempat dia meneguk kopi mocha Ryle tanpa izin. Yurp, hanya mampu menjedakan rasa resahnya tak sampai 5 saat.

"Encik Zarul, pengusaha pakaian jenama lelaki yang bagi tawaran untuk kau jadi model dia itu tarik diri untuk ambil kau jadi duta." luah Afzal sudah resah.

Kali ini Ryle sedikit tergamam. Dahi nya sudah berkerut. Bukan dia kempunan nak jadi duta pun cuma dia pelik. Selama ini, Encik Zarul itu yang teringin sangat nak Ryle jadi duta tapi tiba-tiba pula lelaki itu tarik diri. Pfft.. pelik?!

"Apsal pula dia tarik diri?" Ryle sudah berwajah serius.

"Fasal video kau dengan seorang perempuan. Diorang fikir kau ada scandal." kali ini jawapan Afzal mengundang rasa terkejut dari Ryle.

Makin berkerut dahinya. Video dia dengan seorang perempuan? Ryle sudah diam memikirkan siapakah gerangan perempuan yang dimaksudkan Afzal itu. Aysara ke?! Erk.. tak mungkinlah.

Bila melihat reaksi Ryle yang seakan- akan tidak tahu isu semasa itu buat kan Afzal diterpa rasa hairan. Tak mungkinlah Ryle tak tahu?

"Jangan cakap yang k-kau tak tahu fasal video itu? Ada orang nak cuba jatuhkan kau ke, bro?!" soal Afzal sudah membuat andaian.

"Video apa ni? Apsal aku tak tahu apa-apa pun?!" Ryle sudah lantang bersuara.

Afzal terus menepuk bahu Ryle seperti tidak percaya. "Bro, benda ni viral kat youtube. Dah jadi trending. Ramai netizen yang tengok video 'scandal' kau itu!"

Ryle sedikit tergamam. Cuak juga bila Afzal tekankan fasal 'scandal' yang dia tak tahu itu. Memang sejak kebelakangan ni, Ryle agak menjauh kan media sosial. Hmm.. masa itu emas lah katakan.

Kalau tak berlatih skrip, dia akan jaga nendanya sikit.. kalau ada masa lebih sikit, dia mula lah kacau Aysara . Yurp, dia akui masa 24 jam nya itu hanya untuk tiga perkara itu sahaja. Tak ada yang lain. Mungkin kerana itulah, ramai peminat yang bising sebab dia sudah lama tidak update gambarnya di Instagram.

"Boleh kau tunjukkan video itu kat aku tak?" soal Ryle memandang Afzal.

Tidak mahu membuang masa, Afzal terus mengeluarkan telefon pintar nya. Video berdurasi 1.54 minit itu dimainkan di hadapan Ryle. Ryle sudah terpana.

Video itu menunjukkan video dimana dia dan Aysara berada di tempat letak kereta hospital private. Dia tarik tangan Aysara, Aysara pegang tangannya dan mereka jalan beriringan ke arah kereta sambil berpegangan tangan. Yurp, dalam samar-samar itu.. wajahnya memang nampak jelas. Lagi-lagi bila dia buka mask wajahnya.

"Betul ke kau dalam video itu Ryle?" soal Afzal apabila video itu tamat dimainkan.

Ryle hanya mampu ketap bibir. Dia termenung untuk seketika. "Siapa yang sebarkan benda itu? Aku nak tahu nama dia." mendatar Ryle memberi arahan. Dia masih rasa terpukul dengan video tadi.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now