BAB 56

27.3K 901 33
                                    

Tubuhku aku pusing ke kiri, kadang aku pusingkan juga tubuh aku ke kanan. Namun, mata aku masih tak mampu untuk aku lelapkan. Aku sudah cuba bermacam gaya tidur. Terlentang, tertungkup.. semuanya aku sudah cuba namun ia masih tak berjaya menjentik mata aku untuk terus terlena. Akhirnya, satu keluhan berat aku lepaskan.

Suasana bilik yang sedikit suram itu aku pandang sekeliling. Memang inilah aku. Aku tak biasa tinggal dalam bilik yang tersangat asing macam ini. Bilik kat rumah Mina itupun aku ambil masa dua tiga hari untuk rasa selesa. Sewaktu belajar di diploma dulu pun, aku perlukan masa dengan bilik tidur aku itu. Hmm.. pelik tapi inilah aku.

Nak-nak lagi bilik yang Ryle berikan pada aku ini tersangatlah luasnya. Air-cond yang terpasang pun sedikit sebanyak buatkan tidurku rasa tak lena. Hmm.. pelik pula bila tidur bawah air-cond ini. Menggigil aje aku dibuatnya.

Kerana tidak tahan,duduk sendirian dalam bilik tersebut akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik tidurku. Buka sahaja pintu, kepalaku sudah terjengul keluar. Kiri kanan aku pandang. Takut-takut terserempak kelibat Ryle di situ. Sempat juga mataku memandang ke arah pintu bilik Ryle yang masih tertutup rapat.

Setelah memastikan suasana tingkat yang sudah selamat,aku terus menyusun langkah menuruni anak tangga. Memandangkan ini adalah rumah orang jadi.. aku kenalah jaga adab dan tertib. Aku turun ini pun sebab nak ke dapur. Aku mahu hilangkan rasa dahaga yang sedari tadi asyik membelengu tekakku.

Sepanjang menuruni tangga, aku jengketkan langkahku. Takut-takut kalau aku menapak dengan gelajah, bunyi tapak kaki aku itu akan mengganggu penghuni rumah ini. Senang cerita, takut mengejutkan si Huzryle Khayril itu.

"Kau pilih..sama ada aku ataupun dia?!" suara lantang seseorang itu berjaya mengejutkan aku yang ketika itu sedang melintasi ruang tamu.

Terus aku menoleh ke arah ruang tamu. Terpempam aku tatkala melihat kelibat Ryle berada di situ. Dia sedang duduk sambil menilik benda berbentuk buku dalam tangannya. Aku sudah terkaku di situ. Rasa macam nak lari tapi entah kenapa langkahku bagai terpaku di situ.

Ryle yang sedang leka membaca buku skripnya turut merasakan ada sesuatu di sekitar ruang tamu. Terus matanya menoleh ke sisi. Keningnya sudah terjungkit tatkala matanya sudah terlihat aku berada di situ. Buku skripnya dilipat lalu wajah aku dipandangnya.

"Kau tak tidur lagi ke?"soal Ryle sudah berkerut dahi.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Soalan biar logik sikit boleh tak? Dah sah-sah aku ada depan dia ni, confirm lah aku tak tidur lagi. Pfft..

"Kau nak pergi mana?"soalnya sudah beralih topik.

"Pergi dapur."

"Untuk?"

Mandi..

"Hmm.. minum air." balasku pendek. Kalau boleh, memang nak cakap mandi tapi bila fikir baik buruknya, erm.. tak payahlah. Kang tak fasal-fasal kena halau pagi-pagi buta macam ini! Sia-sia aje.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Sempat wajah aku dibeleknya. Lalu sengihannya menyinggah. Aku yang melihat gelagat Ryle itu sudah jungkit kening tanda hairan. Tiba-tiba tersengih pula mamat ni. Gila ke?!

"Kenapa awak gelak?"

Ryle tarik senyum. "Erm..Memang kau sepanjang masa akan pakai tudung ke apa? Tak rimas ke 24 jam pakai tudung?"spontan soalan Ryle menyapa halwa telinga aku.

Aku sedikit tergamam. Terus aku menyentuh tudung bawal berwarna margenta yang menutupi mahkota rambutku. Wajah Ryle aku pandang sejenak. "Aurat saya.."

Kali ini, Ryle tertawa kecil. Terselit juga tawa mengejeknya itu di situ. "Aku suami kau. Ada pembatas aurat ke antara aku dengan kau?"

"Shhttt!! Awak boleh perlahankan suara awak itu tak?! Kalau Puan Sri dengar macam mana? Awak tak takut ke?!" aku sudah cemas bila suara lantang Ryle itu mengisi keheningan ruang tamu tersebut.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now