BAB 66

30.9K 1K 24
                                    

Langit pagi di luar rumah, aku pandang dengan rasa bercampur baur. Aku gembira kerana dapat menyaksikan langit yang telah Allah ciptakan. Bukan selalu aku dapat nikmati langit seindah itu.

Hmm, namun dalam pada masa yang sama, hatiku dirundum sebak. Rasa kehilangan, rasa kecewa, rasa kesal.. semuanya menjadi satu.

"Kak Sara.."seruan lembut dari seseorang itu membantutkan lamunanku.

Aku yang tadi membuang pandangan ke luar tingkap terus mengalihkan ke wajah Aysha. Gadis yang sudah siap memakai baju kurung sekolahnya itu sudah berdiri memandangku. Beg sekolah sudah disandangnya di belakang badan. Hmm.. nampak macam dia sudah mahu berangkat ke sekolah.

"Kenapa, Aysha?"soalku sedikit pelik.

Aysha mengeluh perlahan. Satu senyuman dia sematkan sebelum akhirnya dia mengatur langkah mendapatkan aku. Tiba-tiba,gadis itu tarik tanganku untuk duduk di birai katilku. Matanya masih tak lekang memandang wajah aku.

Pandangan yang tersimpan beribu makna.

"Sampai bila akak nak terus macam ni?"soalan berbalas soalan. Nada Aysha seakan serius.

Aku buat muka kononnya tak faham. Keningku sudah terangkat. "Macam ni macam mana? Kenapa? Ada apa yang salah pada akak ke sekarang ni?"

Aysha mengeluh geram. Haih, orang tengah mood serious ni.. pandai pula si kak Sara ni buat loya buruknya, getus Aysha dalam hati.

"Akak ni kan?! Hmm.. takkanlah akak nak terus menerus ada dalam rumah ni?"

"Kenapa? Tak boleh ke kalau akak ada dalam rumah ni?" aku masih buat loya buruk walaupun sebenarnya aku faham akan maksud yang cuba Aysha sampaikan.

"Bukan tak boleh tapi.. erm, akak faham kan? Akak itu dah jadi isteri orang. Kalau Ryle datang sini cari akak macam mana? Tak ke masalah besar macam itu?" sempat pula Aysha berfikir sampai tahap itu.

Aku sudah ketap bibir. Tak semena-mena pandanganku tunduk memandang lantai.

Sudah tiga hari berlalu semenjak aku tinggalkan rumah Ryle. Yurp, itu keputusan muktamad aku dan Ryle.. hmm, dia langsung tak membantah. Malah, hari di mana aku keluar dari rumah pun, dia langsung tak mahu lihat aku untuk kali terakhir.

Sedikit sebanyak, aku agak terasa dengan tindakannya yang satu itu. Siapa sahaja yang tak sebak bila diperlakukan sebegitu rupa? Hmm.. kalau ya pun, dia tak sokong keputusan aku ni tapi aku harap sangat dia akan ada untuk halang aku.

Huh, pelik betul aku ni?! Nak pergi jauh tapi rasa berat hati.

"Kenapa kamu pulang ni,Sara? Apa yang sudah terjadi pada kamu ni?" soal ibu yang sudah terpinga melihat kelibat aku di hadapan rumah. Dia yang tadinya sibuk membersihkan halaman rumah terus mematikan tindakannya. Perlahan, dia menghampiri jasad ku.

Aysha juga turut sama keluar rumah tatkala melihat aku ada di depan rumah. Riak wajah terkejutnya bertayang. "Kak Sara.."seru Aysha lalu berlari mendapatkan aku.

Aku tidak menjawab soalan ibu. Tubuh Aysha dan ibu aku bawa masuk ke rumah. Hal peribadi aku ni memang tidak patut dibuka di luar rumah. Takut-takut ada makcik bawang yang pasang telinga. Hmm.. nak-nak lagi, video aku dan Ryle sedang viral. Makin panaslah suasana dibuatnya.

Setelah mengunci pintu rumah, satu keluhan aku lepaskan. Terus aku pusingkan tubuhku menghadap wajah Aysha dan ibu silih berganti. Aysha tayang muka ingin tahu, ibu pula tayang muka mahu tahu. Yurp, dua reaksi yang berbeza.

Perlahan Aysha menghampiriku. Telefon yang ada dalam tangannya disuakan pada ku. Wajah ingin tahunya bertayang. "Kak, betul ke yang ada dalam video ni akak?"soal Aysha teragak-agak.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now