Spaggeti bolognese daging yang dipesan aku bawa ke meja yang ditetapkan. Aku dapat lihat senyuman lebar mereka apabila kelibatku menghampiri mereka berdua. Dengan senyum manis, aku hidangkan makanan tersebut di atas meja sambil menjamu mereka makan.
Tiptop!
"Terima kasih, cik." ucap wanita tersebut kepada aku.
Spontan aku membalas ucapan terima kasihnya itu. Selesai itu, aku kembali mengatur langkah menuju ke arah kaunter. Memandangkan hari ini Vivian cuti jadi, di kaunter hanya kelibat Mina dan Julia sahaja. Julia sedang mengemas kaunter manakala Mina pula sedari tadi asyik perhatikan aku buat kerja.
Senyuman Mina makin melebar apabila jasad aku makin menghampiri. Lalu tepukan kecil dia berikan kepada aku. Julia buat tak layan. Kerjanya lebih penting.
"Wau, semenjak sebulan bekerja ni.. aku tengok kau makin banyak perubahan lah. Ramai pelanggan suka kau serve kau. Confirm naik gaji bulan ni." duga Mina dengan bangga.
Aku menarik senyum nipis. Dulang yang aku bawa tadi, aku hulur kepada Mina. Dia terus menyimpan pinggan itu di laci bawah kaunter. Peluh yang merenek membasahi dahiku aku sapu guna lengan baju kemeja ku.
"Biasa ajelah. Kau pun apa kurang nya. Semalam aku tengok, tak cukup tangan kau buat kerja. Perform habess!!" pujiku dan aku yakin pujian ku itu mampu buatkan si Mina itu kembang semangkuk.
"Dia tak cukup tangan semalam pun sebab kau tukar kitchen helper semalam. Kalau tak, maybe kau kot yang tak cukup tangan semalam." celah Julia yang tiba-tiba sahaja kacau daun.
Mina yang mendengar bicara Julia sudah pusing mata. "Kau ni.. sekali tak puji aku, tak boleh ke?" entah sejak bila pula si Mina itu pandai terasa.
Aku yang mendengar ayat rajuk Mina sudah mengekek ketawa. Nak rasa kesian itu memang tak ada sebab si Mina itupun selalu juga bahan aku dengan yang lain. Selamba dia ketawa berdekah bila mengejek aku ataupun si Julia.
"Pujilah ni.. tapi pada masa yang sama, aku beritahu yang betul. Mana tau kot-kot kau lupa ke?" spontan ayat perli dihamburkan oleh Julia buat kali kedua.
Kali ini bukan setakat pusing mata malah siap dengan package menjeling ke arah kami berdua. Mengekek kami ketawa sampai tak sedar beberapa orang pelanggan memandang ke arah kami. Cepat-cepat kami berhenti ketawa. Habis kitorang kalau ada pelanggan yang buat aduan pasal kitorang pada encik Nordin. Silap hari bulan mau kena potong gaji.
Dengan rasa menyampah, Mina terus mengeluarkan akhbar harian. Satu persatu berita sensasi yang berlaku dalam dan luar negara dipandang dengan rasa sebal.
Aku dan Julia sudah mengerling satu sama lain. Hahah.. nampaknya, hakak Mina kita ni dah merajuk betullah. Kami sudah tersenyum satu sama lain dan sesekali kerlingan ku teralih kepada Mina yang sibuk selak suratkhabar. Nampak sangat tak bacanya, cik kak oit!
"Weiyh!!!" sentakan kecil Mina itu berjaya menarik perhatian kami yang sedari tadi asyik 'bertolak ansur' untuk pilihkan siapa yang layak mahu memujuk si Mina itu.
Surat khabar yang dihadapannya terus ditolak merapati kami berdua. Dia juga turut tumpang sekaki. Wajahnya seakan-akan terkejut nampak sesuatu. Buntang mata Mina sambil berkali-kali dia menuding ke salah satu artikel dalam akhbar tersebut.
Aku dan Julia yang saling penasaran terus membaca artikel tersebut. Serta-merta aku tergamam. Kaku aku di situ untuk seketika.
'Peminat Yang Bertuah Bakal Bercuti Bersama Ryle Khairyl dan ditaja sepenuhnya oleh Astro.'.
"Seriouslah?!!!" Julia nampak berminat dengan artikel tersebut. Dia, Mina dan Julia memang peminat abadi pelakon lelaki itu.
Aku yang berada di depan mereka berdua masih diam membisu. Entah kenapa, setiap kali aku terbaca artikel mengenai Ryle, kejadian malam itu pasti terimbas dalam kepala aku. Setiap kali itu jugalah aku dapat rasakan lagi sentuhan yang Firzan buat pada aku.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...