BAB 57

26.6K 923 6
                                    

Kerusi roda tempat Puan Sri Maimon aku tolak berjalan di sekitar halaman rumah. Wanita itu suka kalau aku bawa dia keluar begini. Baru nampak dia senyum sikit. Kalau duduk dalam rumah aje mesti dia minta mahu keluar rumah. Lagipun siapa aje yang nak duduk dalam rumah kan?

Urm.. Aku ajelah kot yang suka duduk dalam rumah. Nak-nak lagi kalau rumah sebesae rumah Puan Sri Maimon. Mau bertahun aku duduk dalam ini. Kerja aku? Hmm.. aku akan makan tidur tengok tv sepanjang hari. Yalah, sudah kaya kan.. nak cari harta apa lagi?

Setelah bawa wanita itu berjalan-jalan, aku bawa dia ke gazebo pula. Puan Sri Maimon jenis tak banyak ulah. Apa yang aku buat padanya, dia hanya biarkan saja. Kalau tak suka, dia cakap tak. Kalau dia suka, dia cakap ya. Bagus kan?!

"Puan Sri nak makan tak?" soalku sudah mengangkat mangkuk bubur untuj ditunjukkan kepada wanita itu.

Dia tersenyum pandang aku lalu perlahan dia mengangguk. "Y..yyaa." balasnya pendek.

Tanpa membuang masa, aku terus menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulut wanita itu. Tak membantah, dia menganga kan mulutnya lalu dengan mudahnya makanan itu masuk ke dalam rongga mulutnya. Aku yang melihatkan itu sudah tersenyum teruja.

"Puan Sri taknak makan benda lain ke? Mesti Puan Sri bosan kan asyik selalu makan bubur aje.."aku sengaja mahu ajak wanita itu berbicara.

Wanita itu tersenyum sahaja mendengarkan bicara aku itu. Tanpa sedar, dia menilik wajah aku dalam.

"Bbo...ss..sann..t..ta..pi.. k.. ke.. na.. ma..kann..."balas Puan Sri dengan nada tersekat-sekat.

"Bagus itu, Puan Sri. Saya yakin yang Puan Sri mesti akan sembuh suatu hari nanti. Kalau Puan Sri sembuh, mesti Encik Ryle pun akan gembira." balasku tidak mahu perbualan itu terhenti begitu sahaja.

Wanita itu menganggukkan kepala. "S..sa..yy..aa..n..nak.. sem..sembuh. Tt..tak..a..ada..yy..yang..t..tak..n..nak."balasnya. Jawapannya kali ini lebih jelas dan terang.

Aku sudah melirik senyum teruja. Orang kata kalau nak orang itu boleh bercakap semula, kita kena ajak dia untuk berbual. Jadi, aku teruskan perbualan aku dengan wanita itu. Makin lama aku dengar wanita itu makin jelas bicaranya.

Siapa tak gembira kalau dengar semua itu?

Sedang leka aku ajak Puan Sri berbicara, bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah buatkan sesi bercakap kami terjeda sebentar. Aku lihat kelibat Ryle keluar dari perut kereta tersebut.

Langsung tak mempedulikan kehadirannya, aku kembali suapkan bubur ayam itu ke dalam mulut Puan Sri Maimon. Tanpa aku sedar, lelaki itu mengatur langkah mendekati kami berdua.

Tiba sahaja di gazebo, Ryle terus menggapai tangan nendanya lalu dikucupnya perlahan. Aku yang melihat sekadar jadi pemerhati. Entah kenapa, aku boleh nampak betapa tulusnya Ryle sayangkan nendanya yang seorang itu.

"Nenda dah makan?"soal Ryle sudah duduk mencangkung di hadapan nendanya itu.

Aku tersenyum mendengarkan soalannya itu. Hmm.. tak nampak ke aku tengah suapkan nenda makan sekarang ni? Dia fikir aku buat apa sekarang ni?! Haih, nak gelak pula bila dengar soalannya iti tapi aku pilih untuk diam.

"Nen.. d..a.. te..ng..ah...mm..ma.. kan.."balas wanita itu sedikit demi sedikit.

Ryle tersenyum melihat nendanya. Terus wajahnya dialihkan ke arah aku. Senyumannya juga turut pudar bila melihat kelibat aku di situ.

Atas bawah aku dibeleknya lalu senyum sinisnya menyinggah. "Ni.. kau pakai baju semalam ke?" soal Ryle sedikit perli.

Aku tergamam untuk seketika. Baju blouse yang aku pakai semalam, aku belek sejenak. Hmm... disebabkan semalam aku tak balik rumah jadi, aku pun nak tak nak terpaksalah pakai baju semalam. Pakaian dalam pun semalam punya. Hmm..

"Ini aje yang saya ada. Lagipun, manalah saya tahu yang encik Ryle akan suruh saya tidur rumah encik Ryle."ujarku memberikan jawapan.

Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala. Kali ini, dia diam untuk sejenak sebelum akhirnya pandangan dihamburkan pada aku.

"Kau kata rumah kau jauh kan dari sini. Berapa kali bas kau kena naik?" soal Ryle.

"Dua kali bas."balasku straight to the point.

Ryle menganggukkan kepala. Sekali lagi, dia diam. "Hmm.. kalau kau tak kisah, aku boleh pinjamkan satu bilik untuk kau. Ini untuk mudahkan kau. Kalau kau nak, aku boleh proceed.. kalau kau taknak, yurp.. thats not my problem anymore."jelasnya dalam nada macam tak kisah.

Aku sedikit tergamam. "Encik Ryle nak pinjamkan saya bilik? Dalam rumah ni?" soalku dalam nada sedikit terkejut.

Ryle tersengih pendek. "Yalah. Kau nak aku repeat berapa kali lagi? Hmm.. kau nak tak?"

"Nak."balasku pendek.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Baru sahaja dia berura-ura mahu pergi, aku terus menyeru namanya semula. Ryle terus mematikan langkahnya lalu wajah aku dipandangnya dengan rasa hairan.

"Apa dia?"

"Hmm.. boleh saya balik rumah sekejap tak? Saya nak ambil barang saya. Erm.. saya rasa tak selesa." rungutku sudah mengusap lenganku yang sedikit gatal.

Ryle diam sejenak lalu dia angguk kan kepala tanda setuju. "Lepas kau tidurkan nenda, aku akan hantar kau balik rumah kau. Pandai-pandailah kau tunjukkan jalan."ujarnya sebelum berlalu tinggalkan aku.

Senyumanku meleret. Dia tak adalah kejam sangat sebenarnya. Baik..
...
Beberapa kali ketukan di pintu menyinggah sehinggalah akhirnya pintu dibuka dari dalam. Lihat sahaja kelibat aku, Mina sudah terlonjak-lonjak gembira. Excited betul dia bila nampak aku depan mata.

Mesti rindu. Yalah, satu malam tak jumpa. Baru satu malam, belum lagi berhari.

"Aik, awalnya kau balik?"soal Mina sudah tunjuk riak terkejut.

Sempat matanya menoleh ke arah jam dinding. Baru pukul 5 petang. Encik Ryle bagi keluar awal ke apa?!

Aku menarik senyum nipis. Tangan Mina aku genggam erat. "Weiyh, sorry kalau selama aku jadi housemate kau.. aku ada susahkan kau. Aku betul-betul minta maaf." ujarku dalam nada perlahan.

Mina sudah berkerut hairan bila dengar ayat maaf itu meluncur keluar dari mulut aku. "Kenapa kau ni?"

"Ryle minta aku duduk dalam rumah dia. Hmm.. so, aku kena kemas barang untuk pindah rumah dia. Sebulan aje aku kat sana, lepas itu.. aku balik ke sini semula."jelasku sedikit pendek.

Buntang mata Mina dibuatnya. Wajah terkejutnya bertayang. "K-kau tinggal rumah Ryle?!"

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Haah. Dia cakap kalau rumah jauh, tinggallah tempat dia sekejap. Tak lama mana pu. Sebulan aje. So.. jangan sewa bilik aku pada sesiapa tau!" aku sudah beri peringatan kecil.

"Wah!!! Baiknya Ryle itu. Rupanya, tak sia-sia aku minat dia. Hmm.. dia still charming!" sorak Mina dalam nada menggedik minta kaki.

Aku sekadar mencebik. Kalau ya pun nak puji, tak payahlah sampai terloncat menggedik macam itu. Aku pula yang gatal kaki tengok gelagat Mina itu.

"Eh, wait!! Kau datang dengan siapa ni?!"soal Mina.

"Dengan Ryle." balasku acuh tak acuh.

"What?!!!!!! Kau datang dengan dia?!" lantang betul suara Mina kali ini.

Dia terus berlari ke luar rumah. Mata nya sudah meliar ke luar rumah. Manalah tahu ada kelibat artis kesayangannya di situ namun hampa, batang hidung pun tak nampak. Wajah cemberut Mina bertayang.

"Mana dia? Apsal tak ada?"kecewa aje nadanya itu.

"Dia taknak naik. Dia takut ada orang nampak dia so, dia duduk dalam kereta." balasku.

Mina sudah ketap bibir. Terus dia perlahankan langkahnya menghampiri aku. Tangan aku dipegangnya. Wajahnya sudah tersirat penuh makna.

"Weiyh, banyak tak barang yang kau nak bawa? Kalau banyak.. meh aku tolong angkat. Aku tengah mood rajin sekarang ini." ujar Mina sudah buat muka gediknya itu.

Aku sekadar mencebik. Huh! Dasar perempuan. Pantang betul nampak si Ryle itu, terus perangai mengada nya ditunjuk.

Pfft.. ingat aku tak tahu ke? Rajin Mina itu memang penuh dengan seribu makna. Hampeh..
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now