BAB 9

23.1K 906 7
                                    

Hari pertama aku bekerja dan tidak lah sesusah yang aku bayangkan. Ya, untuk hari pertama bekerja dan aku mulai disapa rasa seronok. Bukan setakat suasana cafe yang kadang meriah dengan pelanggan malah juga kawan-kawan sekerja yang sama-sama masuk air juga buatkan aku rasa hari bekerja aku mungkin tak membosan mana.

Atas bawah aku ditiliknya sambil dagunya digaru lembut. Aku dihadapannya sudah mulai diterpa rasa serba tak kena.

Sempat juga mata ku mengerling ke arah Mina yang jauh beberapa jarak daripada aku. Dia yang acah-acah lap meja itu asyik mengerling ke arah Mina. Aku tahu dia risau kalau aku tak dapat kerja ni.

"Apa aje pengalaman kerja kau pernah buat sebelum ni?" soalnya dalam nada serious. Dagunya yang ditumbuhi bulu-bulu halus itu masih diurutnya. Wajah aku dipandang.

Aku pandang dia. "Saya pernah jadi promoter sebelum sambung belajar selama lima bulan." ujarku menjawab soalannya dengan jelas.

Dia sekadar memberikan anggukan mengiakan jawapan aku. Suasana kembali sunyi lagi. Serious dan juga menegangkan. Yurp, itulah apa yang aku rasakan ketika ini.

Mina kata Encik Nordin ni biasa-biasa aje. Tak adalah garang mana tapi boleh tahanlah perangai singanya itu kalau ada benda tak kena. Aku pun angguk aje bila Mina kata begitu. Memang patut pun seorang bos ada perangai macam itu.. garang plus cerewet.

"Kenapa kau nak kerja bahagian kafe pula kalau sebelum ni kau belajar insurans?" soalnya sudah menyentuh hal akademik aku.

Fail yang aku berikan padanya itu masih dibelek.Memang semua dokumen berkenaan akademik aku, aku simpan dalam fail itu.Dari tingkatan 4 sampailah ke diploma.

"Saya dah try mohon kat mana-mana tempat tapi semua resume saya kena tolak. Jadi, daripada saya buang masa tak buat apa, jadi saya rasa lebih baik saya kerja apa yang ada dulu." balas ku dengan nada yang agak spontan.

Dia mengangguk lagi. Fail yang tadi dibeleknya terus dilipat lalu diserahkan kepada aku semula. Teragak-agak aku mahu ambil fail aku semula. Terus dia berlipat tangan memandang ke arahku.

"Aku terima kau bekerja kat sini tapi jangan bantah setiap apa yang aku suruh. Kalau hari ni aku suruh kau jadi waiter, kau jadi waiter.. kalau hari ini aku suruh jadi kitchen helper, kau kena jadi kitchen helper. Boleh?" nadanya mendatar sahaja bertanya.

Terus aku anggukkan kepala tanda setuju. Huh, setakat ikut arahan itu.. semua orang boleh buat cuma yang bezanya ikhlas ke tak?

"So, bila saya boleh mula kerja, Encik Nordin?"

"Hari ini. Shift kau sama macam shift Mina. Balik petang." ujarnya dan terus berlalu meninggalkan aku.

Meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan, aku kemas. Pinggan dan juga cawan yang berada di atas meja aku angkat lalu aku serahkan kepada Mina yang ketika itu turut sama membantu aku.

Setelah selesai menyusun kerusi, aku terus merapati kaunter. Di sana aku lihat kelibat Vivian dan juga Julia. Memandangkan waktu begini, pelanggan tidak terlalu padat, maka suasana juga sedikit lenggang.

"Haih, bagusnya si Sara ni. Baru stary kerja, dah perform habis." ujar Vivian seperti memuji aku.

Aku sudah menarik sengih. Keringat yang membasahi ubun kepalaku, aku sapu lalu kain kotor yang aku guna kan untuk bersihkan meja tadi, aku selit ke dalam kocek seluar slack yang aku pakai.

"Baguslah, first day dah perform. Kau pun dulu dua kali lima aje dengan si Sara ni. First day kerja, rajin sangat kalau boleh semua benda kau nak bersihkan. Hari ini aje, nampak sangat rajin kau itu fake semata-mata." cebik Mina dalam nada bergurau.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now