Selesai sahaja memakai pakaian tidur, aku terus mengatur langkah mahu keluar dari bilik. Awalnya, aku fikir tiada siapa di ruang tamu disebabkan tiada bunyi ataupun suara Mina di luar. Jadi,aku pun keluarlah. Lagipun, sekarang ini aku nak mengelak daripada bertemu empat mata dengan dia.
Yurp, puncanya tak lain dan tak bukan adalah mengelak daripada soalan Mina tentang kerja baru yang hari ini aku apply! Huh!!!
No way! Aku taknak langsung buka cerita fasal hal itu dalam rumah ini. Aku betul-betul hairan dengan jalan cerita hidup aku sekarang ini. Berapa banyak kali pun aku cuba mengelak daripada bersua muka dengan lelaki bernama Huzryle Khayril itu, aku mesti akan jumpa dia juga! Entah petunjuk apa yang Tuhan mahu tunjuk pada aku agaknya?
Baru sahaja aku melangkah ke dapur, nama aku diseru dari seseorang yang berada di ruang tamu. And, yurp. Aku kenal suara itu. Itu suara milik si Mina. Hmm.. terus aku alihkan pandangan aku ke arah Mina.
Mina sudah tayang wajah terujanya bila lihat aku. Senyum lebarnya terukir.
"So, macam mana? Dapat tak job itu?!" soal Mina sudah tersengih kerang.
Aku ketap bibir. Otak aku nak fikir lari aje sekarang ini, bila dapat soalan cepumas daripada Mina. Punyalah lama aku terperuk dalam bilik, semata-mata nak mengelak daripada jumpa dia?! Huh!
"Apsal buat muka sedih tu? Kau tak dapat job itu ke?" soal Mina seperti dapat baca apa yang bermain di wajah aku ketika ini.
Satu keluhan berat aku lepaskan. Nak tak nak, terpaksa aku berjalan ke arah Mina. Dalam kepala, sudah mulai fikir cara untuk mengelak daripada soalan Mina yang seterus nya.
Tempat duduk bersebelahan Mina aku duduki. Wajah Mina aku pandang sebelum senyuman nipis dia berikan kepada Mina.
"Aku dapat.."pendek sahaja jawapan yang aku berikan. Taknak cakap lebih.
"So..?? Kenapa buat muka sedih?!" soal Mina sudah mulai diserbu rasa curiga.
Haih, ini yang malas ni kalau bersembang dengan Mina ni. Dia mesti nak tahu lebih fasal aku. Tak cukup satu soalan, dia tanya soalan lagi sampailah apa yang rahsia, jadi tak rahsia!
"Erm.. mana ada aku sedih? A-aku gembira lah! Kau tak nampak ke aku senyum ni?"terus aku lebarkan senyumanku sampai nampak gigi.
Mina masih buat muka tak percaya. Dahinya sudah berkerut sambil dagu ny digaru. Aku sudah telan liur bila lihat gelagatnya itu. Phuh.. macam tak ada peluang untuk kantoi aje aku rasakan sekarang ni!
"Senyum kau nampak pelik. Macam terpaksa pun ada. Hmm.. kau sembunyikan sesuatu daripada aku kan, Aysara?" soal Mina sudah buat tebakan.
Yurp!!! Aku rasa macam nak terkeluar jantung bila dengar Mina kata begitu. Aku ni sudahlah tak pandai menipu orangnya. Mataku sudah meliar memandang sekeliling.
"Kau tipu aku kan, Sara?! Better kau beritahu aku cepat!"Mina sudah mendesak bila dia dapat hidu penipuan aku.
Aku sudah berkeras untuk tutup mulut. Mina masih terus menerus mendesak. Dia bukannya jenis pantang menyerah. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan cuba untuk dapatkannya.
Beberapa kali, tubuh aku Mina goyang. Dan, itu buatkan aku rasa sangat rimas. Makin lama dia buat begitu, aku sudah mulai rasa sebal.
"Fine!! Memang aku sembunyikan sesuatu pun!"lantang aku membalas dengan nada sedikit marah.
Mina sudah berkerut dahi. Matanya masih tak beralih daripada memandang wajah aku. Gayanya itu seperti mahu menilik jawapan daripada air muka ku.
"Apa dia?"soal Mina ingin tahu.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...