BAB 30

25.9K 843 2
                                    

Terus aku menerobos masuk ke dalam tandas. Bajuku dan juga wajahku yang sudah basah lecun aku belek di hadapan cermin. Huh.. mahu sahaja air mataku gugur namun aku cuba untuk tahan. Kesal dan juga sakit hati aku bila ada orang perlakukan aku sebegini rupa.

Apa dia ingat dengan menyimbah aku dengan air, semua masalah akan selesai? Ke.. ini jalan untuk dia sakit kan hati aku?

Sebelum lakonanku bermula, sempat aku melihat wajah Ryle yang sedari tadi pandang tak puas hati dengan aku. Tajam sahaja dia mencerlung ke arah aku. Huh!! Mungkin dia masih tak puas hati lagi dengan perbincangan yang aku rasakan tiada noktah itu.

"Action!!!"

Setelah beberapa minit menunggu Ryle melakonkan babaknya. Terus, seseorang meminta aku untuk masuk ke dalam babak.

Seperti tadi, aku sekadar menunduk kan pandanganku memandang lantai. Aku takut menghadap kamera. Jadi aku jalan aje terus tanpa mainkan apa-apa riak. Bergetar juga tangan aku ni apabila menatang dulang dan bawa nya mendekati Ryle.

Perlahan-lahan, Ryle angkat wajah nya seperti dalam babaknya. Aku letakkan gelas tersebut di hadapan Ryle. Kali ini, aku angkat wajahku dan mataku memandangnya.

Sinis. Ryle pandang aku. Pandangan yang penuh makna.

"Masuk semula." aku dengar ada bisikan halus dari seseorang yang menyuruh aku untuk masuk kembali. Terus aku ikut arahan yang diberikan.

Baru setapak sahaja aku melangkah, tak semena-mena Ryle menyeru nama aku sebagai pelayan. Terpana aku seketika. Terus aku pusingkan tubuh ku memandangnya.

"Ya?" soalku.

Senyuman sinisnya terukir. Gelas berisi jus tembikai itu dikacaunya lalu terus disimbahnya air itu ke arah aku. Tergamam aku dibuatnya. Orang yang berada di situ juga turut sama tergamam dengan apa yang Ryle buat pada aku.

"Cut!!"

Wajah aku yang sudah basah, aku sapu lalu aku mendengus kasar. Tajam mata aku mencerlung ke arahnya. Alangkah bagusnya kalau pandangan aku ini berubah seperti tusukan pisau yang membunuh. Kan bagus?

Huh, dasar lelaki tak guna!!

Aku lihat jelas senyuman kemenangan nya tatkala melihat aku basah kuyup begitu. Tiada belas inikan lagi simpati. Namun yang pasti tersemat dendam.

"Kenapa you simbah dia, Ryle?"soal Dato' Irman sedikit tergamam dengan perilaku Ryle yang dianggapnya luar batasan itu.

"Bukan dalam skrip, tuan suruh saya simbah dia ke?" soalan berbalas soalan. Tangannya terus menuding ke arah aku.

Dato' Irman terus memandang aku. Dahinya sedikit berkerut apabila mendengarkan kata-kata Ryle itu. "Dalam skrip awak suruh buat macam itu?"

"Yurp. There's a problem on your script, director. Ada orang tambahkan babak itu." ujar Ryle dalam nada tak bersalah.

Dato' Irman sudah ketap bibir. "Someone, please check Ryle's script then betulkan secepat yang mungkin. Now!!" gertak Dato' Irman tak puas hati.

Ryle sudah menarik sengih sinis. Puas hatinya bila berjaya memalukan gadis itu depan semua orang. Huh.. tapi nampaknya balasan itu masih belum setimpal.

"Alang-alang waiter ni dah basah, boleh tukar dengan yang lain tak?!" bukannya kata maaf yang dihambur, malah dia menghalau aku dari lokasi penggambaran.

Akhirnya air mataku mengalir deras. Huh, kenapa semuanya perlu jadi begini? Aku tak pernah mahukan masalah dalam hidup aku tapi kenapa masalah itu tiba-tiba sahaja datang menjelma? Apa salah aku sampai aku diperlakukan sebegini rupa?

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now