BAB 29

21.7K 849 24
                                    

Sambil menanti, sempat jam tangan nya dikerling. Jam di tangan sudah menuding angka 3 petang namun kelibat gadis yang ditunggunya masih belum berkunjung datang. Satu keluhan berat meniti lepas dari mulutnya.

"Tolonglah, Dayana.. Tolong datang.. A-aku nak minta maaf.. Please.." ucap Hazeem sendirian.

Matanya melilau memandang sekeliling restoran. Mungkin Dayana memang sudah tiba namun rasa benci gadis itu terhadapnya membuatkan gadis itu langsung tidak mahu menghadap wajah Hazeem. Namun hampa, batang hidung Dayana langsung tak kelihatan.

Sedang leka menunggu, hadir seorang pelayan sambil membawa gelas yang dipesannya. Pandangan yang ditunduk memandang lantai di halakan ke arah pelayan itu. Fikirnya, itu adalah Dayana tetapi rupanya..

"Kau?!!" tersentak suara Hazeem tatkala melihat gerangan pelayan tersebut.

Aku yang sedang asyik menyembunyikan wajah daripada lensa kamera juga turut sama memandang ke arah punca suara tersebut. Entah kenapa, aku seperti kenal suara tersebut. Tergamam aku tatkala melihat wajah yang sudah menjadi sesuatu dalam hidup aku.

"R-Ryle?!"

"CUT!!" jerit Dato' Irman lantang.

Aku dan Ryle masih saling berpandangan. Riak wajahnya nampak kesal, riak wajah aku masih sama. Terkejut.

Dato' Irman segera datang mendekati kami berdua. Wajah Ryle yang masih menikam tajam ke arah aku dipandangnya. Seketika, Dato' Irman mengerling ke arah aku sebelum pandangannya kembali jatuh kepada Ryle.

"Kenapa ni, Ryle? Kamu kenal ke Sara ni?" soalnya dalam nada hairan.

Aku sudah telan liur. Sempat mataku melirik ke arah Vivian, Mina dan juga Julia yang sedari tadi asyik perhati kan aku. Huh, habislah!!! Macam mana aku boleh terjumpa dia kat sini ni?!!

Ryle pandang wajah Dato' Irman. "T-tak. Saya tak kenal dia. Erm.. Dato' saya nak minta rehat kejap. Saya rasa saya lupa skrip." ujar Ryle dalam nada yang cuba untuk bertenang.

Mana mungkin Ryle dapat bertenang kalau sekarang dia sedang berhadapan dengan masalah yang paling besar dalam hidupnya. Setelah hampir seminggu dia tak berjumpa dengan gadis itu, entah kenapa tiba-tiba sahaja dia dipertemukan semula dengan gadis itu. Depan khalayak ramai pula itu. Masalah, masalah..

"Lupa skrip?" soal Dato' Irman hairan.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. "Boleh tak, Dato'? Saya rasa saya masih belum dapat mendalami watak Hazeem dalam scene ni lagi." dalih Ryle sudah berlakon kesal.

Aku yang mendengar perbualan Ryle itu sekadar mencebik dalam hati. Hmm.. sebagai seorang pelakon, dia boleh tahan juga menipu orang ini. Getusku dalam hati. Aku masih tak menghadapnya. Tak mahu dan tak kan mungkin aku nak pandang lelaki macam itu. Penipu! Pemfitnah!!

'Ryle mengaku yang awak dengan dia ada buat kesalahan itu'

Masih terimbau lagi bicara Aini itu. Sampai sekarang, aku masih tak faham kenapa Ryle sanggup mengaku benda bodoh itu? Kenapa tak cakap aje yang aku dengan dia memang tak ada apa-apa?! Huh!!!

Lama Dato' Irman mendiamkan diri sebelum akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan. "Okey. Saya bagi awak peluang untuk rehat tapi tiga puluh minit aje, lepas itu kita sambung shoot." lelaki tua itu sudah beralah.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Dia terus berdiri dari duduk nya. Kakinya terus disusun melintasi aku lalu dia berhenti seketika di sisi aku.

"Jumpa aku belakang cafe sekarang juga." bisiknya perlahan sebelum pergi menghilang daripada pandangan mataku.

Tergamam aku dibuatnya. Hmm.. kenapa nak kena jumpa pula ni?
...
Secara kasar Ryle menarik lengan aku agar berada lebih jauh lagi daripada cafe tersebut. Aku sempat meronta agar dia melepaskan tangannya daripada aku namun langsung Ryle tak endahkan.

Dia terus berjalan sedikit jauh. Boleh aku katakan kawasan kami ini betul-betul berada di kawasan lorong yang jarang orang guna. Sunyi dan hening.

Tak semena-mena Ryle menghumbankan aku ke dinding. Nasib baik aku sempat mengelak belakang badanku daripada terhempas dinding namun bahuku terkena tempiasnya. Sakit di bahu aku urut perlahan. Tajam mata aku menikam wajah bersih milik Ryle.

Setelah hampir seminggu tak berjumpa, akhirnya aku bersua muka juga dengan lelaki bernama Ryle ini. Huh, lelaki yang sanggup fitnah aku dan tinggalkan aku di balai itu dengan gelaran seorang isteri. Benda itu takkan aku lupakan seumur hidup aku!

Ryle juga turut sama memandang tajam ke arahku. Wajahnya nampak tak puas hati. Atas bawah Aysara dipandangnya dengan rasa sinis dan benci.

"Kau buat apa kat sini, hah?! Nak buat hal sama macam apa yang terjadi minggu lepas?!" gertak Ryle dalam nada perlahan tapi cukup mengancam nadanya.

Aku sudah berkerut dahi. "Apa yang awak merepek ni? Hal apa yang saya dah buat pada awak?! Seingat saya, awak yang buat hal dengan saya!!" aku memalingkan paku serpih kepada Ryle semula.

Aku fikirkan wajahny akan kesal semacam tetapi nampaknya aku silap. Dia menarik sengih yang paling sinis yang aku belum pernah lihat pada sesiapa.

"Oh, sekarang nak buat tak tahu pula? Lepas kau mengaku aku rogol kau.. sekarang kau nak bagitahu semua orang fasal itu. Apa lagi yang kau tak puas hati lagi daripada aku ni, hah?!" jerkah Ryle menolak bahu aku kasar.

Kali ini, kata-katanya buat aku tergamam. Entah sejak bila pula aku tuduh dia seorang perogol pun aku tak tahulah.. ke ada?

"Apa yang awak merepek ni. Untuk pengetahuan awak, saya.. memang.. tak.. faham.. apa yang awak cakap kan sekarang ni? Bila masa saya tuduh awak rogol saya?!" aku sudah mulai rasa tak puas hati atas segala tuduhan yang dia berikan pada aku.

Sekali lagi, Ryle tarik sengih sinis. Dalam dan nampak jelas perliannya itu.

"Kau ingat aku ni bodoh ke? Huh, aku tahu kau fans berat aku tapi jangan sampai libatkan aku dalam masalah. Puas sekarang kenakan aku? Puas?!! Sekarang kau dah jadi isteri aku, then.. kau nak apa pula?"

Aku sudah mendengus kasar mendengar bicaranya yang seakan-akan meletak sepenuh kesalahan itu pada bahu aku. Tajam mata aku menikam anak mata hazelnya. Menyampah pula apabila dia sebut aku ni adalah fans beratnya? Pfft.. nak tengok kau berlakon pun aku rasa geli!

"Fans berat? Pleaselah, apa yang encik Ryle cakapkan ni? Saya pun tak sukalah dengan encik Ryle. Kalau boleh saya pun taknak masalah ni jadi."

"Liar."sepatah dia balas untuk kata-kata yang aku kemukan.

"Why you call me, liar?"

Ryle menyengih sinis. Wajah aku dipandangnya. Perlahan-lahan dia datang merapati aku membuatkan aku sedikit tersentak. Serentak itu juga, aku turut sama mengundurkan tubuhku ke belakang sedikit. Telan liur aku dibuatnya apabila jarak kami semakin menghampiri.

"A-awak nak buat apa ni, Ryle?!" jerkah ku cuba memukul tubuhnya namun tak berjaya.

Ryle terus menekankan tangan aku ke dinding secara kasar. Tubuhnya amat rapat dengan ku.

"Kau.. nak sangat jadi isteri akukan? Sekarang kau dah jadi tapi kau kena ingat satu perkara..aku takkan pernah nak tengok muka kau depan mata aku lagi. Faham?!!!" perlahan namun penuh ugutan bicara Ryle kali ini.

Setelah itu dia berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil di lorong itu sendiri. Kata-katanya itu masih terngiang- ngiang dalam kepala aku. Tanganku yang digenggamnya erat, aku urut perlahan.

Aku betul-betul tak faham. Apa yang dia maksud kan dengan 'aku tuduh dia sebagai perogol?'. Entah sejak bila pula.. ke aku yang lupa sebenar nya?

Apa yang aku tahu, malam itu.. Firzan yang hampir rogol aku. Bukan nya Ryle!

Huh, aku tak fahamlah..!!
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now