BAB 20

24.3K 817 9
                                    

Jus oren yang dibuatnya dihirup perlahan sambil fikirannya menerawang jauh. Yurp, entah kenapa sedari tadi dia asyik terfikir kan mimpinya malam tadi. Mimpi yang seakan-akan mengimbas kembali dosa lama yang telah dia buat seumur hidupnya.

"You, I nak explain apa sebenarnya yang terjadi. I-I dengan perempuan itu, kitorang tak ada apa-apa. I cuma sayangkan you, babe. Just you..!!" suara Ilham di hujung talian itu makin buatkan hati Kuza rasa berdarah.

Setelah empat tahun mereka bercinta, akhirnya hari ini Tuhan tunjukkan belang Ilham yang sebenar. Fikirnya, percutian ini akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidupnya namun nampak gayanya, cuti ini adalah percutian yang terburuk seumur hidup nya.

Semasa dia pulang daripada bersiar-siar, entah kenapa hatinya terdetik mahu singgah ke bilik teman lelaki nya itu. Mungkin mahu melepaskan rindu yang bersarang di hati. Kerana sehari- hari ini, Ilham kata dia tidak mahu keluar dari bilik tidurnya.

Langkah kakinya diatur merapati bilik 306 di mana tempat istirahat Ilham berada. Baru sahaja dia mahu membuka pintu, tak semena-mena pintu bilik hotel itu terbuka dari dalam.

Tergamam Kuza dibuatnya. Terbeliak matanya tatkala melihat seorang gadis berpakaian ketat dan seksi keluar dari bilik itu. Namun yang lebih parah lagi apabila dengan mata kepalanya sendiri, dia lihat teman lelakinya, Ilham hanya memakai boxer dan singlet. Lidah Kuza terasa kelu.

"Ap-apa yang you buat ni, sayang?" soal Kuza dalam keadaan yang dia sukar percaya.

Lelaki yang sangat dia cinta, permain kan hatinya dan lebih parah lagi, lelaki itu rosakkan seluruh percutian terindah nya ini?! Kuza tersangatlah tak percaya. Perasaan benci, marah, kecewa dan rasa dikhianati kini saling berlaga dalam jiwanya.

Ilham nampak terkejut apabila melihat kelibat Kuza yang tiba-tiba sahaja muncul depan pintu biliknya. Terus Ilham berlari mendapatkan Kuza di muka pintu. Gadis yang berpakaian sendat itu pula sudah terundur ke belakang. Jelas senyum sinisnya terukir.

"I boleh explain sayang. I-I.." belum sempat Ilham mahu menerangkan alasannya, Kuza terus berlari meninggalkan lelaki itu terkial-kial bersama lelaki itu.

Sakit. Sungguh sakit bila cinta yang selama ini, kau tulus berikan akhirnya diduakan dengan perempuan lain. Lebih jijik bila diduakan dengan seorang pelacur. Kuza rasa sangat dikhianati.

"Diamlah, Ilham. I know apa yang terjadi. I tak bodoh!!! I tahu you ada scandal dengan pelacur itu.. Lelaki tak guna!!! Kejam!!! Sanggup you buat I macam ni?!" lirih Kuza menghambur kan kata kecewanya.

Air matanya sedari tadi tak henti mengalir. Pemanduan keretanya sedikit sebanyak terganggu kerana pandangannya yang sedikit kabur. Lagipun, mana boleh dia fokus kalau perasaannya kini sudahpun tersakiti.

"Kuza, I sayangkan you, babe. Just you. Please..sayang" Ilham masih merayu di corong speaker.

Mana mungkin Kuza mampu menutur kan maaf bila hatinya sudah dikecewa. Depan mata, bukti kecurangan Ilham jelas terpampang.

"Sudahlah, Ilham. I malas nak dengar. I nampak semuanya. You.. dengan perempuan itu.."

Belum sempat Kuza menghamburkan bicaranya, tak semena-mena kereta yang dipandunya hampir saja melanggar kereta BMW yang turut sama menghala ke arahnya. Kuza tidak sedar kereta yang dipandunya sudah masuk ke lorong yang salah. Nasibnya baik, kerana dia sempat menekan brek keretanya.

Namun, lidah Kuza terasa kelu tatkala depan matanya.. dia lihat kereta BMW yang hampir melanggar keretanya itu sempat mengelak namun kereta tersebut jatuh ke dalam jurang. Kuza sudah tergamam.

Cepat-cepat Kuza keluar daripada keretanya. Telefonnya yang masih berhubung dengan Ilham masih ditekapnya ke telinga. Dengan rasa berani, Kuza lihat ke bawah. Apa yang dia nampak sungguh buatkan bulu romanya terasa berdiri. Dia lihat tiga jasad di bawah. Ketiga-tiganya tak bergerak.

Apa yang Kuza sedar adalah pandangan wanita tua ke arahnya sebelum wanita itu akhirnya menutup mata. Kuza tak semena-mena rebah ke lantai tar jalan. Terketar-ketar dibuat nya. Tak sangka yang dia sudah bunuh orang.

"Ku-Kuza, kenapa ni? Sayang, you okay ke?!"soal Ilham apabila Kuza langsung tak menghamburkan bicara.

"Il-Ilham, I rasa I dah bu-bunuh orang." terketar-ketar Kuza menuturkan bicara nya itu.

Perlahan-lahan, Kuza meraup wajah nya. Dia masih ingat lagi apa yang terjadi selepas itu. Kerana terlampau takut, Kuza langsung tidak menghubungi pihak polis ataupun sesiapa. Dia terus memandu laju meninggalkan tempat kejadian lalu bersembunyi di tempat yang dia rasa selamat.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Kuza dapat tahu dua orang daripada mangsa meninggal di tempat kejadian manakala seorang wanita selamat namun kecederaan parah pada kepalanya membuatkan wanita itu cacat sekarang.

Satu dengusan Kuza lepaskan. Puan Sri Maimon..

Wanita itulah mangsa yang berjaya selamat daripada kemalangan itu. Wanita itu jugalah menjadi saksi bahawa Kuza ada di tempat kejadian dan mungkin wanita itu jugalah yang tahu bahawa Kuza adalah punca kemalangan itu terjadi.

Setelah empat tahun berlalu, akhir nya Kuza menjadi kekasih kepada Ryle selama tiga tahun. Dan, tanpa dia sangka wanita yang pernah selamat daripada kemalangan itu adalah nenek kandung kepada kekasih nya yang sekarang?

Petunjuk apakah yang Tuhan mahu berikan? Adakah ianya mendatang kan kebaikan atau sebaliknya?!

Buat masa sekarang, Kuza rasa selamat kerana melihat keadaan Puan Sri Maimon yang tidak mampu bercakap dan berbual. Selagi wanita itu ada depan matanya, Kuza akan terus rasa terancam. Mahu tak mahu, dia perlu singkirkan wanita itu dari depan matanya.
...
Solat fardhu Isyak yang aku lakukan sedikit sebanyak rasa terganggu dengan bunyi deringan telefon yang berkumandang. Selesai sahaja memberi salam, aku terus menyambar telefonku yang masih tak henti berdering sedari tadi.

Dengusan geramku terlepas. Terus, nombor telefon penghubung aku belek. Dahiku sudah berkerut tatkala panggilan itu adalah panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Mahu tak mahu, terpaksa nombor telefon itu aku angkat.

"Sara~~" mendayu namaku diseru nya di hujung talian.

Seruannya itu mengundang rasa tergamam aku. Bukannya aku tak kenal pemilik suara tersebut. Fir-Firzan?!

"Macam mana kau boleh dapat nombor telefon aku ni, hah?!!!" gertakku dalam nada marah. Marah kerana lelaki sengal itu menghubungi aku.

"Kau tak perlu tahu, sayang. Yang penting sekarang ni, aku dapat lepas kan rindu aku pada kau kan?!" ujar Firzan seperti orang kurang siuman.

Aku sudah ketap bibir menahan geram. Firzan memang benar-benar sudah tidak waras. Huh, cubalah belajar untuk move on, Firzan..

"Aku dah tolak pinangan kau kan? Apa lagi yang kau tak faham kat situ.. Kalau aku tolak itu, maksudnya aku tak hingin nakkan kau. Faham tak!" jerkahku dalam nada marah.

Di hujung talian, aku dengar tawa sinis Firzan berhamburan. Nampak nya, kata-kataku tak berjaya menjentik rasa sedar diri dalam hati lelaki bernama Firzan itu.

"Kau rasa semudah itu ke untuk aku lepaskan kau. Aku akan cuba cari cara untuk dapatkan kau. Dengarkan, Aysara?!" hambur Firzan disertai tawa jahatnya.

"Cubalah. Aku akan cuba reject kau sampai kau berhenti buat kerja gila kau ni." sahut ku tanpa rasa gentar.

"Aku gila pun sebab kau, sayang." kali ini nadanya berubah sebak. Yurp, tak ubah seperti orang sakit mental yang perlukan rawatan segera.

Aku tersengih sumbing. Kau nak gila ke kau nak sihat ke, apa aku peduli. Cemuhku dalam hati. "Gila!" aku akhiri panggilan ku lalu serta-merta aku menamatkan panggilan ku.

Tak semena-mena telefon yang aku pegang, aku campak ke atas katil. Senyumku penuh perli bila teringat kan kata-kata Firzan yang tak ubah seperti mahu mengugut aku. Pfft.. dia fikir aku akan termakan ke kata- katanya.

Jarak Kampung Sungai Selamat dengan Kuala Lumpur ni beratus batu jauhnya. Macam mana dia nak dapatkan aku. Sah, si Firzan itu perlukan rawatan mental dengan segera agaknya.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now