BAB 32

22.7K 916 14
                                    

"Cik, cik tak boleh buat macam ni. Cik sendiri yang daftar nama dan cik juga dah setuju dengan syarat yang kami tetapkan." ujar Syukri dalam talian.

Ryle di hadapan lelaki itu sudah angkat kening. Nescafe panas yang terhidang depan matanya langsung tak menarik seleranya ketika. Sekarang ni, dia mahu tahu apa yang terjadi pada rancangan bercuti ke Sydney nya itu.

Selepas dua hari pengumuman siapa peminat bertuah itu, Ryle ingat takkan ada masalah namun nampak nya sangkaannya meleset seratus peratus. Pihak produser rancangan tersebut beritahunya bahawa 'peminat' tersebut mahu menarik diri daripada menyertai program tersebut.

Pelik juga Ryle mendengarnya. Belum pernah lagi dalam seumur hidupnya, peminat mahu menarik diri daripadanya. Kebanyakannya lebih rela tinggalkan kerja mereka yang penting semata-mata mahu melihat Ryle depan mata. Kali ini, kesnya memang rare semacam.

"Okey, saya akan tunggu cik." putus Syukri sebelum menamatkan talian.

Satu keluhan lemah dia lepaskan sebelum akhirnya matanya meratap ke arah Ryle yang turut sama menanti jawapan. Wajah Syukri yang nampak sedikit kusut cukup menggambarkan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

"So, macam mana? Dia still nak tolak ke?" soal Ryle. Nescafe panas yang sedari tadi mencabar seleranya dihirup perlahan sambil matanya tak lepas daripada menatap Syukri.

"Dia still tolak." balas Syukri lemah.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Ruang pejabat Syukri ditilik nya sebentar. Yurp, seorang staf yang penting dalam pembikinan program memang layak mendapat kan sebuah ruang pejabat yang sedikit tertutup untuk meneruskan perbincangan sulit.

"Ini first time ada peminat taknak keluar dengan aku. Sebelum ini, fans okay aje dengan aku. Tak adalah kalut macam minah ni." sempat Ryle memerli gadis yang 'bertuah' itu.

Hanya tinggal lagi 4 hari, episod itu akan direkodkan dan tiba-tiba gadis itu mahu menarik diri. Siapa aje yang tak bengang. Kalau memang dah dari awal taknak ikut program, kenapa perlu susahkan diri daftar nama untuk pencalonan? Ryle pun kadang tak faham.

"Minah ni cakap kawan dia yang masukkan nama dia dalam pencalonan ni. Dia tak tahu apa-apa then dia biar aje. Maybe dia fikir, dia takkan dapat." Syukri membuat andaian.

Ryle menarik sengih. "So, kau nak kata minah ni bukannya peminat aku lah? Hmm.. then, kenapa taknak ganti dengan orang lain?" soal Ryle ingin tahu.

"Kalau boleh, memang aku nak ganti pun tapi masalahnya semua tiket dengan hotel kitorang dah tempah dan semua dokumen juga dah isi nama dia. Kau fahamlah pihak atasan taknak benda leceh-leceh ni. Kalau tak rugilah, syarikat kitorang. Nak kena buat semula. Empat hari mana cukup nak cover semua benda." jelas Syukri panjang lebar.

Memandangkan Ryle sekadar orang seni yang hanya terlibat dalam lakonan semata-mata jadi dia pun tak berapa fasih sangat kerja orang penerbitan ni. Sebuah anggukan saja yang mampu Ryle berikan sebagai tanda yang kononnya dia faham. Nescafe yang tinggal separuh dihirupnya semula.

Syukri sudah mengerling Ryle. Senyum sengetnya terbit. "Tapi.. minah ni boleh tahan lawa juga lah, Ryle. Asal Perak. Kau dah tengok dokumen yang aku pass kat Afzal itu? Dalam itu, ada gambar dia." beritahu Syukri sudah mulai menarik senyum gatal.

Ryle tayang wajah tak minat. "Afzal tak pass pun benda itu kat aku. Kau fahamlah Afzal itu, dia itu last minute punya orang." ujar Ryle sempat memerli rakan seperjuangannya itu.

"Haah weiyh, apsal kau tak.." belum sempat Syukri mahu membalas, tak semena-mena sebuah ketukan dari luar menyinggah.

Ryle juga turut sama mengalihkan pandangannya ke arah pintu apabila ketukan kali kedua diberikan. Terus Ryle meminta orang tersebut untuk masuk.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now