BAB 18

21.6K 828 28
                                    

"Sara, Sara!!! Tunggu aku, Sara!!"

Laungan dari belakang itu langsung aku tak pedulikan. Makin cepat aku mengatur langkah meninggalkan dia di belakang namun kudrat jantina menjadi halangan. Akhirnya, tangan lelaki itu berjaya memaut lenganku dan terus mematikan langkahku secara paksa.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang dengan rasa benci. Meluat. Yurp, bukan meluat sebab cinta aku dikhianati tapi meluat dengan kata cintanya selama ini. Janji untuk setia tapi nampaknya itu semua adalah satu pembohongan yang mutlak.

"Lepaslah!" gertakku apabil tangan lelaki itu masih pegang lenganku yang berlapik baju sekolah.

Aku tak sangka ketua pengawas yang menjadi kebanggaan satu sekolah ini adalah munafik semata-mata. Guru puji tapi belakang perangai jalangnya ditunjuk. Dasar, playboy munafik!

"Tolong jangan berontak. Apa yang kau nampak itu semuanya salah faham belaka. Aku dengan Lina tak ada apa- apalah. D-dia.." tergagap Firzan mahu menuturkan bicaranya selepas itu.

Aku ketap bibir. Rasa amarahku makin meningkat. Marah bukan kerana kecewa tetapi marah kerana dia adalah seorang lelaki yang berjaya bodohkan aku bulat-bulat.

"Dia apa? Kawan kau? Scandal yang kau sembunyikan belakang aku? Macam itu ke?!" gertakku marah. Tajam mataku menikam wajahnya sambil tanganku masih berusa meronta minta dilepaskan.

Selamba Firzan menekup mulutku. Secara kasar dia menarik tubuhku masuk ke dalam tandas yang berada di aras itu. Selalunya aras itu tidak banyak digunakan pelajar dan tandas nya juga agak sepi. Pintu tandas dikuncinya lalu tubuhku ditekannya ke dinding.

"Apa kau nak buat dengan aku hah, Firzan?!!! Lepaslah!!!" rontaku cuba melepaskan diri daripada dia.

"Kau yang paksa aku buat macam ni. Aku nak jelaskan tapi kau tak nak dengar.Tolong diam, Sara.. aku sayang kau tahu tak." ucapnya masih cuba menutup mulutku.

Kelakuannya ketika itu aku rasakan sangatlah tak waras. Air mata jernih ku mengalir. Risau, takut.. silih berganti mengocak jiwaku ketika ini. Apa-apa pun boleh terjadi kalau aku dan dia berada di tempat sunyi begini.

"Lepaskan aku, Firzan." aku sudah mulai merayu. Air mata jernih ku mengalir. Untuk pertama kalinya, aku merayu pada seorang lelaki.

Firzan sudah tergamam bila lihat aku mulai memuntahkan air mata. Namun, rasa takut dan risaunya buatkan rasa belas Firzan akhirnya terkubur.

"Aku tak boleh, Sara. Aku takut kau akan lapor perkara ini pada cikgu disiplin. Aku cuma nak beritahu kau yang aku tak bersalah.." dia cuba beritahu perkara itu pada aku.

Aku langsung tak dengar apa yang dia bicarakan. Sedikit sebanyak aku mulai lemas bila ditekup mulut begitu. Dengan tenaga yang masih berbaki, aku terus menendang Firzan sehingga tubuh sasa lelaki itu jatuh ke lantai dan syukurnya aku berjaya meloloskan diri.

Bila teringatkan detik itu, ia bagaikan suatu mimpi ngeri pada aku. Kerana terlampau takut pada ugutan Firzan, aku langsung tak melaporkan perkara itu pada guru-guru dan aku biarkan Firzan bebas.

Semenjak kejadian itu, aku tak pernah bersemuka dengan Firzan. Kalau terjumpa dalam satu sekolah pun, Firzan akan mengelak dulu daripada aku. Mungkin dia takut kalau aku akan beritahu cikgu disiplin fasal kejadian itu.

"Sara.."seruan ibu itu berjaya mematikan lamunanku.

Aku terus menyambung semula kerjaku melipat kain dan menyusun nya ke dalam beg pakaian ku. Haih, tak fasal-fasal aku terimbau perkara tak berguna itu. Please, move on.. Sara!!

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now