Sudah dua minggu sejak kejadian Firzan serang depan rumahku berlaku. Selepas sahaja kejadian itu, ketua kampung terus bawa Firzan pergi ke balai polis. Walaupun Firzan itu adalah anaknya, namun dia cuba berlaku adil. Sebagai seorang pemimpin di kampungnya, dia perlu laksakan tanggungjawab dengan saksama dan telus.
Yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar walaupun semua itu berkaitan dengan ahli keluarga sendiri. Ramai orang kampung mengatakan sewaktu ketua kampung bawa Firzan ke balai polis, sempat dia mencuba nasib untuk meloloskan diri namun hari itu dia tidak bernasib baik.
Beberapa kali, Firzan merayu agar tidak diperlakukan sebegitu. Dia sempat juga mengangkat sumpah bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan pada aku namun permintaannya itu langsung tak mendapat layanan. Malah, ayah nya masih keras mahu membawa dia ke balai polis.
Nasib tidak menyebelahi Firzan apabila dia akhirnya terbukti bersalah. Bukan bersalah di bawah kanun keseksaan kerana kes mahu merogol aku tetapi kesalahan akibat mengedar dadah. Yurp, hukumannya yang dibicarakannya adalah hukuman gantung sampai mati. Hmm, aku tetap berpuas hati. Mungkin itu adalah yang terbaik buat Firzan.
Aku harap dia masih ada masa untuk mengesali kesalahannya dan bertaubat. Semua manusia layak mendapat pengampunan. Walaupun, Firzan banyak buat salah pada aku tapi sebagai seorang kawan, pastinya aku mahukan yang terbaik untuk dia. Aku harap sangat dia dapat bertaubat sebelum ajalnya menjemput di kemudian hari.
Sudah dua minggu jugalah, Aysha dan ibu tinggal dalam rumah banglo Ryle. Seronok bukan main lagi Aysha bila dapat duduk rumah sebesar itu. Ibu pun sama. Ryle kata semenjak Aysha dan ibu hadir dalam rumah nya, suasana rumah sudah tak suram. Meriah. Bising dengan celoteh ibu dan Aysha. Puan Sri Maimon pun nampak gembira bila lihat suasana itu.
Aku bersyukur kerana keluarga aku dapat diterima oleh Ryle dalam rumah ni. Aku fikir artis macamnya dia akan mencemuh keluarga miskin aku tapi nampaknya aku silap. Bak kata pepatah orang Inggeris. 'Don't judge people by its cover'. Nampak aje muka berlagak Ryle itu macam ada hati yang jahat tapi nampaknya aku salah.
Dia okey aje malah dia suka suasana ramai macam itu. Teringat pula dia pada suasana rumahnya dulu ketika papa dan mamanya masih hidup. Okey, aku taknak ungkit benda itu. Yurp, aku tahu itu perkara sensitif yang tak patut dibahaskan tentang Huzryle Khayril.
Untuk tacapan kali terakhir, Ryle membetulkan rambutnya yang dirasakan agak tidak kemas ketika itu. Sempatlah juga dia puji ketampanannya hari ini memakai sut hitam bersama kemeja. Gaya formal untuk seorang manusia yang bakal dilantik menjadi CEO syarikat.
Hari ini, Ryle bakal diumumkan sebagai CEO syarikat keluarganya. Sekaligus, pengumuman yang dia bakal bersara dari industri seni dan akan terus fokus dalam bidang perniagaan. Pengumumannya itu mendapat liputan pelbagai media.
Apabila merasakan gayanya sudah kena pada selera, Ryle terus mengatur langkah menuju ke luar dari tandas. Sempat tali leher coklat yang membelit lehernya dibetul kan. Tiba-tiba pula dia rasa macho bila mengenakan sut begini. Teringat pula pada arwah papanya sebelum pergi kerja. Dia suka lihat papnya pakai sut kerja, nampak tampan, nampak berwibawa.
"Ryle." seruan itu mematikan langkah kaki Ryle.
Lelaki itu sudah terkedu. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah punca suara tersebut. Mata Ryle tertancap pada sosok tubuh yang sudah dua minggu menghilang tanpa berita.
Senyuman nipis Kuza terukir. Langkahnya kemas diatur merapati Ryle. Gaun merah paras peha itu menyerlahkan kecantikannya ketika itu. Bibir merahnya mengukir senyum menggoda.
"Kuza.."sebut Ryle apabila melihat jasad gadis itu makin menghampiri.
"Hmm, I tunggu call you. I tunggu mesej daripada you tapi you langsung tak buat semua itu. You dah lupakan I ke, Ryle?" soal Kuza dalam nada merintih.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...