Setelah membuat tiga scene yang berbeza, akhirnya kami tiba di lokasi yang terakhir penggambaran iaitu Chapel street, Pahran. Suasana nya yang seakan-akan suasana dalam filem itu memang sangat cantik. Aku sendiri pun suka bila berada di situ. Romantik suasananya. Sedikit Metro namun masih kena pada gaya klasik Eropahnya.
"This is our last destination!! Yeah, Kat sini banyak...." aku di sebelah Ryle sekadar menganggukkan kepala mendengar penerangan Ryle itu. Senyuman lebarku aku paksakan meniti di wajahku.
Sepanjang hari ini, Ryle layan aku sangat dingin. Bila depan kamera sahaja dia buat muka mesra nya dengan aku tapi bila belakang kamera. Dia jadi diam dan mengelak daripada aku. Entah kenapa, perbuatannya sedikit sebanyak melukakan hati aku. Apa silap aku? Apa salah aku pada dia sampai dia jadi dingin macam itu dengan aku?
Semalam elok aje dia bergurau senda dengan aku. Walaupun semalam aku agak sebal juga dengan perangai dia yang suka memperdajalkan aku tapi aku rasa seronok. Ergh?! Apsal aku rasa seronok pula?! Huh, apa yang jadi pada aku sekarang ni?
Kenapa kau perlu kisah dia nak layan kau macam mana, Sara? Selama ini, dia tak wujud dalam hidup kau..okey aje kau? Kenapa bila tiba-tiba dia buat tak layan, kau rasa resah macam ni?
Aku sudah ketap bibir. Aku pun tak ada jawapan untuk setiap soalan yang aku hamburkan itu. Tak semena-mena senyum palsuku berubah pudar. Wajah sebakku bertayang dan tanpa disangka, pandanganku menunduk ke bawah.
"So, Sara nak beli apa kat sini?"soal Ryle sudah mengalihkan wajahnya ke arah aku.
Kerana terlalu melayan perasaan sendiri, aku terus leka dengan rasa ku sendiri. Para kru yang lain sudah pandang hairan pada aku namun mereka masih meneruskan rakaman scene itu.
"Sara... cakap."bisikan Syukri itu berjaya mematikan lamunanku.
Tak semena-mena aku mengalihkan pandangan ku ke arah Ryle yang ketika itu turut sama memandang ke arah aku. Pandangan kami bertaut dan itu buat aku rasa gelabah. Terus aku alihkan pandangan ku ke arah kamera dan Ryle silih berganti. Ergh? Apa aku nak cakap kan ni?!!
"Erm.. best kat sini."spontan ayat itu aku hamburkan.
"CUT!!"
Terkejut aku dibuatnya bila Syukri menyebut ayat keramatnya. Aku sudah mengeluh perlahan. Sah, mesti aku ada buat salah.. lagi. Hari ini, banyak kali jugalah aku buat kesalahan yang sama iaitu termenung depan kamera sampai beberapa kali kena shoot untuk scene yang sama.
"Sara okey tak? Ada benda yang ganggu fikiran Sara ke?" lembut saja Syukri menegur aku.
Aku ketap bibir. Wajah Ryle yang langsung tak memainkan sebarang reaksi itu aku kerling untuk seketika sebelum akhirnya satu senyuman nipis aku berikan sebagai jawapan.
"Boleh tak saya nak rehat sekejap? 15 minit aje.."ujarku sudah menayang muka berharap.
Syukri sudah berkira-kira. Namun akhirnya, dia patuh pada permintaan aku. Yang lain juga turut menarik nafas lega kerana dapat berehat untuk seketika.
"Kita rehat 15 minit then shoot." beritahu Syukri pada yang lain.
Terus mereka berempat melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di sekitar kawasan itu. Bahu yang sudah lenguh mereka urut perlahan. Syukri juga turut serta bersama mereka berempat. Aku sudah terpinga-pinga di sebelah Ryle. Hening. Tak ada bicara, tak ada sakat menyakat. Serious saja.
"Sekali tak susahkan orang tak boleh ke? Huh, cepat shoot cepat kita habis."gertaknya seakan-akan tak puas hati pada permintaan aku yang satu itu.
Setelah itu Ryle pergi dari situ. Jelas riak tergamam tatkala butir bicara nya itu menyapa halwa telinga aku. Yurp, sakit hati? Luka? yang pasti bukannya gembira.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Historia Corta@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...