BAB 5

25.8K 1K 3
                                    

Baju yang aku sudah lipat terus aku susun di dalam beg pakaian yang baru sahaja aku beli guna duit tabung yang masih bersisa. Walau pun aku agak berat hati untuk meninggalkan rumah namun sebagai seorang anak sulung, aku perlu jalankan tanggungjawab aku kepada ibu dan Aysha, adik aku yang seorang itu.

Semalam tiba-tiba sahaja aku termimpikan arwah abah. Dia minta aku jaga ibu dan Aysha sebaik mungkin sebagaimana dia jaga kami dahulu. Menangis jugalah aku bila dapat mimpi itu malam tadi. Habis kontang air mata aku dibuatnya bila teringatkan mimpi itu.

Sudah hampir dua tahun, jasad abah tidak bersama kami lagi. Perit.. sangat perit bila kita kehilangan orang yang kita sangat sayang. Aku tak pernah menjauh daripada keluarga namun tanggungjawab aku sebagai pelahar universiti buatkan aku terpaksa ambil keputusan untuk tinggalkan rumah.

"Belajar betul-betul, Sara. Nanti bila kamu dah berjaya, kamu boleh senang kan abah dan ibu. Adik kamu pun boleh ambil kamu sebagai contoh terbaik nya." luah abah.

Waktu itu aku sedang memakai kasut mahu bergerak pulang ke kolej ku semula. Mendengarkan kata-kata abah itu, aku mengukir senyum tipis. Wajah nya aku pandang. Bersih sama macam hari-hari lain.

"Sara janji abah yang Sara akan berjaya. Nanti, Sara akan belikan rumah besar untuk abah dengan ibu. Sara akan sekolahkan adik ke universiti yang mahal dan buat keluarga kita senang." ujarku sudah berjanji.

Aku yang tadi duduk di atas tangga terus berdiri setelah siap memakai kasut. Aku berdiri menghadap abah lalu tangannya aku sambut lalu aku kucup.

"Itulah semangat yang abah nak dengar dari kamu. Tak adalah abah rasa susah hati nanti kalau abah dah tak ada dengan keluarga kita." ujar abah berbaur nada gurau.

Aku menarik sengih pendek. Agak tak suka bila abah bahaskan soal ajal dan mati dengan ku.

"Abah janganlah cakap macam itu. Abah mesti akan hidup sampai Sara ada keluarga sendiri nanti. Isy, Sara tak sukalah abah cakap macam itu."  bahasku dalam nada tak suka.

Abah tidak melenting. Hanya senyum nipis dia berikan pada aku lalu rambut ku diusapnya perlahan.

"Ajal itu kita tak tahu bila, Sara. Kehendak Tuhan, abah tak boleh nak membantah."

Itulah kata-kata terakhir abah yang menyapa halwa telingaku sebelum aku dapat berita seminggu kemudian yang abah meninggal dunia kerana dipatuk ular ketika bekerja di ladang kelapa sawit. Abah lambat diselamatkan dan dia menghembuskan nafas terakhir nya sebelum tiba di hospital. Huh.. yurp, kehilangannya benar-benar buat rasa semangat aku untuk hidup sudah hilang.

Namun, aku cuba sedarkan diriku sendiri. Ya, aku masih ada keluarga yang perlu aku jaga. Kalau aku gagal, maksudnya aku takkan dapat kota kan janji aku pada abah dan mungkin abah akan sedih bila dapat tahu semua itu.

Selepas kematian abah, ibu sempat sakit selama seminggu. Ibu kurung kan diri dalam bilik sampai taknak jumpa aku ataupun Aysha. Aysha juga turut sama terkesan dengan perkara itu. Namun, aku cuba pujuk dia untuk kuatkan semangatnya memandangkan tahun itu adalah tahun dia mengambil peperiksaan PT3 nya. Aku taknak dia rosakkan masa depannya yang cerah itu dengan cara bersedih.

"Sara.."seru ibu sekaligus mematikan lamunanku yang panjang tadi.

Terus aku kalihkan pandanganku ke arah ibu yang sudah menyusun langkah masuk ke dalam bilik tidur ku yang sedikit sempit dan bersepah itu. Ya, ibu tak kisah pun. Dia tahu aku ni jenis yang malas nak bersih kan bilik sendiri.. so, butakan mata aje dulu.

"Ya, ibu? Kenapa?" soalku bila lihat ibu sudah melabuhkan punggung nya di atas katil bujangku.

Matanya ralit perhatikan aku yang sedang leka menyusun baju ke dalam beg pakaianku. Tanpa aku sedar, wajah sedih ibu terpampang.

"Kamu betul ke nak bekerja kat KL itu?"soal ibu cuba mengawal nada risaunya.

Aku sudah berkerut dahi memandang ibu. Aik? Waktu itu, ibu sendiri yang minta aku bekerja? Bila dah dapat kerja, ibu nak minta aku tolak tawaran pula ke?

"Kenapa ibu? Ibu tak bagi ke?" soalan berbalas soalan. Aku cuba fahamkan air muka ibu yang sudah serba tak kena.

"Bukan ibu tak bagi kamu bekerja tapi.. takkanlah KL? Maksud ibu, kamu taknak cari dulu ke kerja kat tempat kita ni. Dekat sikit." ibu sudah menyuarakan keresahannya.

Tak semena-mena, senyuman ku bangkit. Wajah ibu aku pandang. Ececeh..  risau ke ibu?

"Orang dah janji dah dengan kawan nak kerja dengan dia. Hmm, nanti apa pula dia kata kalau Sara tolak pelawaan dia itu." ujarku sudah menggenggam tangan ibu erat.

"Ibu risaulah. Kalau dekat-dekat tak apalah juga, bolehlah ibu datang melawat tapi.. hmm, kamu tahukan jarak Perak dengan KL itu jauh? Susah ibu nak jumpa kamu selalu." luah ibu sudah serba serbi.

Aku menarik nafas dalam lalu bibirku mengukir senyum. "Alah, ibu ni. Nanti Sara sendiri yang akan balik sini jumpa ibu. Okey?" ujarku cuba menyedapkan hati ibu.

Ibu sudah mengeluh perlahan. Wajahnya masih berbaki perasaan risau. Yurp, risau. Siapalah yang tak risau tengok anak menjauh. Hidup kat KL pula itu?! Bukannya dia tak pernah dengar kehidupan KL itu macam mana. Orang banyak bisikkan sisi gelap KL dan itu makin menambah rasa gelisah dalam hati nya.

"Yalah. Kalau kamu dah kata macam itu. Hmm.. bila kamu ke sana?"

"Esok ibu."
...
"Abang!! Abang!!! Hati-hati abang!!!!" laungan Puan Rania mati apabila kereta yang dipandu suaminya akhir nya menjunam menuruni cerun.

Jasad Encik Daud sudahpun terlempar keluar dari kereta BMW yang dinaiki mereka. Dalam mata yang makin lama makin kabur, matanya sempat melihat jasad Encik Daud iaitu anak lelakinya sudah mati dengan luka yang dalam. Dahinya berdarah. Tubuhnya juga turut sama parah.

"Ma..ma.." sebutan halus itu berjaya mengalihkan anak mata Puan Sri Maimon ke arah menantunya yang masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan. Wajah Puan Rania yang sudah basah dengan darah merah menambahkan rasa sebak dalam hati Puan Sri Maimon.

Dalam perit, air matanya mengalir. Kalau dia mampu, dia pasti akan bantu Rania untuk keluar dari celah-celah kereta itu namun luka dan juga kesakitan yang dirasakannya ketika ini membataskan niatnya. Terpaksa.. Puan Sri Maimon hanya mampu saksi kan air mata Rania mengalir sakit sebelum akhirnya nafas terakhir dihembuskan.

Sakit kepala yang makin mencengkam buatkan pandangan Puan Sri Maimon makin kabur. Ketika matanya dialih kan ke atas dia lihat sesosok tubuh gadis sedang memerhati mereka dengan rasa cemas. Gadis itu tidak buat apa-apa. Sekadar memerhatikan jasad mereka bertiga yang tidak bermaya dan hilang dari pandangan untuk menghilangkan bukti bahawa dia adalah saksi atau mungkin suspek yang terkait dalam kemalangan itu..

Huh!?!!!

Terus mata Puan Sri Maimon terbuka tatkala mimpi ngeri itu kembali terpasang pada layar memorinya. Mimpi ngeri yang terjadi berdasarkan kisah silamnya. Ya, kejadian itu semuanya realiti dan kini sering menjadi mimpi ngeri buat Puan Sri Maimon untuk setiap hari.

Keringat-keringat yang meniti pada dahinya dibiarkan saja. Matanya sempat melilau memandang sekeliling bilik. Gelap dan tiada sesiapa di situ. Hanya dia sendiri.

Lama Puan Sri Maimon mendiamkan diri sebelum akhirnya air matanya membasahi pipi. Setiap kali mimpi itu menjelma, Puan Sri Maimon diterpa rasa rindu. Huh, rindu pada anak lelakinya, Encik Daud dan juga dia rindukan arwah menantunya, Rania.

"Da.. ud.. R-Ra... n..ia.." dia cuba sebut nama itu namun sangat sakit dan perit. Air matanya masih mengalir.

Hanya dua nama itu sahaja yang mampu dia sebutkan ketika ini. Daud dan juga Rania. Ibubapa kandung kepada Huzryle Khairyl yang mati kerana kemalangan..
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now