BAB 14

21.5K 873 5
                                    

Baru sahaja aku mahu mendekati rumah kampungku, aku sudah lihat kelibat ibu dan Aysha di luar. Aysha masih lagi tersarung baju kurung sekolah pada tubuhnya manakala ibu pula masih sama. Kain batik, baju kurung kedahnya. Maklumlah ibu aku ni jenis perempuan melayu terakhir sikit.

Sopan orangnya, jauh betul bezanya dengan aku yang jenis cakap berterabur, kadang adalah juga kasar nya itu. Aysha? Haha.. dua kali lima juga kami dua beradik cuma Aysha lebih feminim sikit. Aku feminim lagi sikit daripada Aysha.

"Haih, kenapa tak suruh Aysha jemput?" soal ibu apabila aku sudah mulai menghampiri mereka berdua.

Tangan ibu aku capai lalu aku cium perlahan. Setelah itu, Aysha juga capai tangan aku lalu diciumnya. Senyuman tak bersalahku terukir. Yurp, tak bersalah.

"Entah kak Sara ni. Bukan Aysha ada kelas tambahan pun hari ni." ujarnya sudah buat muka cemberut.

Aku tarik sengih. Terus aku tarik Aysha dalam pelukanku. Haih, dua minggu tak jumpa rasa macam rindu teramat sangat. Rindu nak membuli dia, rindu nak bertekak dengan dia dan rindu nak memerli artis kesayangannya itu.

Kalau kat rumah Mina, aku tak boleh bertekak sangat sebab Mina jenis berat punggung. Kerjanya memanjang tidur aje. Waktu bangun dia cuma bila drama kesukaannya bertayang lepas itu tidur balik. Apalagi kalau perempuan itu cuti, seharian dia membongkang atas katil. Dasar perempuan zaman sekarang..!!

"Alah, sekali sekala jalan kaki buang lemak. Tak salah pun kan?" aku menjawab dengan sengihan minta kaki. Gurau.

"Hmm.. sedar pun diri itu gemuk." perli Aysha bila aku kata fasal lemak. Tak guna punya sister..

Ibu yang melihat telatah manja kami berdua itu sekadar menggelengkan kepala. Kalau kakak dan adik memang takkan sah kalau tak bergaduh. Kadang bergaduh manja-manja itulah yang mengukirkan kenangan bahagia pada masa depan. Kan?

"Berapa hari kamu cuti ni?" soal ibu tidak mahu dengar perbalahan kami adik beradik.

Terus aku alihkan pandangan ku memandang ibu. "Dalam tiga hari aje, bu. Hari khamis ni, Sara kena kerja semula." beritahuku.

"Alah sekejapnya? Kenapa tak seminggu?" soal Aysha yang sudah berjaya lepas dari pelukanku.

Muka monyoknya ditayang. Terus aku menjeling Aysha dengan rasa acah-acah tak puas hati. "Akak kan kerja. Kalau tak kerja, dah lama akak duduk rumah goyang kaki." ujarku bagi pihak diri sendiri.

Ibu yang mendengar juga, terus mencubit bahu Aysha. Aysha mengaduh manja lalu bibirnya muncung sedepa.

"Kamu ni pun. Kakak kamu kan dah bekerja? Haih. Itu, tolong kak Sara angkat barang." ujar ibu sudah menjuihkan bibirnya ke arah beg sandang yang aku bawa.

Dengan malas-malasnya, Aysha merapati aku. Muka muram nya itu masih jelas kelihatan di mataku dan aku pula sudah tarik sengih kerang. Alang-alang ibu dah suruh dia itu, time tu lah aku kena manfaatkan sebaik mungkin. Heheh..

"Bawa elok-elok tau. Banyak benda berharga dalam ni." ujarku sudah menepuk-nepuk beg sandangku yang kononnya berharga itu.

Aysha sudah buat muka pelik. Namun senyum penuh tersiratnya terukir. "Akak bawa tak apa yang adik nak itu?" soal Aysha sudah angkat kening.

Sudah agak dah, Aysha takkan lupa pada benda yang satu itu. "Bawa." aku pun dengan muka confident nya terus jawab.

Kali ini, wajah muramnya mulai mekar dengan senyuman. Laju sahaja dia ambil beg aku lalu dibawa nya masuk ke dalam rumah. Siap melompat-lompat lagi itu. Haih, tak semengah dengar umur 17 tahun nya itu.

Ibu yang melihat telatah Aysha itu sudah buat muka buntu. Terus dia alihkan matanya pada aku. "Kenapa dengan adik kamu itu? Tadi monyok, sekarang siap package melompat bagai. Apa yang kamu cakapkan pada dia itu?" soal ibu ingin tahu.

Aku menarik sengih. "Hadiah hari jadi dia lah, bu."ujarku sudah memeluk erat lengan ibu. Ibu sekadar membiarkan.

Ibu tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. "Ni mesti hadiah fasal Ryle kan?" tebak ibu sudah mulai mengatur langkah masuk ke rumah.

Aku menganggukkan kepala. "Siapa lagi kalau bukan dia, ibu. Mamat itu ajelah yang mampu buat anak ibu yang seorang itu jadi angau." sempat aku menyindir Aysha.

"Ibu pun minatkan Ryle juga. Kacak." nampaknya ibu juga berdiri di pihak lelaki yang langsung tak ada kaitan dalam hidup kami anak beranak itu.

Pfft.. kacak kalau perangai tak serupa bikin pun, tak kemana juga ibu, desisku hanya mampu dalam hati.
...
Filem inggeris yang bertayang di kaca televisyen, aku tonton penuh ralit. Ini yang best ni kalau balik hari sabtu ni, mesti banyak filem box office akan bertayang di TV3. Dari maghrib tadi sampailah ke Isyak, tempat aku kat ruang tamu aje. Layan movie tanpa henti.

"Kak Sara." seruan dari arah sisi ku buatkan aku mengalihkan pandanganku ke sisi.

Aysha yang masih bertelekung aku pandang. Mungkin, baru lepas menunaikan solat fardhu Isyak kot, tebakku dalam hati. Aku kembali mengalihkan perhatianku ke tv semula. Tv lagi penting.

"Apa?" soalku dalam nada acuh tak acuh.

"Nak hadiah." jawapannya itu buat kan pandanganku serta merta beralih padanya semula.

Dia sudah buat minta terima sedekah. Tangannya ditadah sambil muka comelnya itu ditayang. Erk, comel ke?

Aku menggelengkan kepala kecil sambil senyumku ditayang. "Ambil kan beg dalam bilik itu. Hadiah Aysha ada dalam itu." perintah ku sambil menjuih ke arah bilik.

Selalunya, kalau aku suruh Aysha ambilkan barang mesti banyak betul alasannya tapi hari ini, tiba-tiba dia terajin. Siap dengan senyuman lagi. Cepat sahaja dia menghilang lalu kembali semula dengan beg pakaian ku di tangan.

Terus dia berikan beg itu pada aku semula lalu aku sambut hulurannya itu. Tempat kosong yang tadinya dia duduki, didudukinya semula. Mata nya elok saja pandang beg aku. Ghairah betul dia ni dengan beg aku ni.

Aku peluk beg aku lalu aku alihkan pandangan ku pada Aysha. " Macam mana trial spm? Okay?!" soalku ingin tahu.

Aysha sudah angkat kening. "Come on lah, kak Sara. Aysha dapat 8A 1B dalam trial baru-baru ini." dengan rasa bongkaknya dia menutur bicara.

Aku sekadar anggukkan kepala. Tak dapat dinafikan, otak Aysha ni geliga sikit daripada otak aku. Dia, Tuhan beri kelebihan sikit.Aysha bukannya jenis yang kuat belajar tapi dia selalu dapat keputusan tersangatlah baik nya. Dalam diam, aku bangga juga.

Nak dibandingkan aku, baru satu hari tak belajar.. ke laut result aku. Pfft.. sedih.

Apabila rasakan sudah puas hati, aku terus mengeluarkan bantal mini yang elok tercetak wajah Ryle di permukaannya. Belum lagi nak bagi, Aysha terus menyambar bantal mini itu lalu terus meracau gembira. Aku pula yang rasa seram dibuatnya.

Memang ini ke reaksi manusia bila jumpa orang yang dia minat? Menyeramkan. Bukan setakat peluk, malah adik aku terus cium bantal tersebut. Aku sudah buat muka jengkel.

"Thanks kak Sara. Suka sangat hadiah ni!!" teruja dia mengucap aku.

Aku sekadar mencebik. "Cuba teka harga dia berapa." aku sudah mulai sebut harga.

"Berapa?"
"RM150." spontan jumlah itu aku sebut.

Aysha tersengih. "Murahnya." watdehek? Murah apa ke bendanya. Jumlah itu boleh tanggung makan aku selama seminggu tau!

"So, hadiah hari jadi akak nanti.. akak nak hadiah harga mahal juga. Tak kira."aku sudah buat rundingan harga hadiah hari jadi ku nanti.

"Fine. Nanti Aysha bagi hadiah sama mahal juga. Akak tenang aje, okay?" tutur Aysha selamba.

Aku sekadar mencebik. Okay kita tengok tahap mana kata-kata nya itu.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now