BAB 58

27.5K 1K 45
                                    

Sudah lima hari berlalu sejak hari pertama aku bekerja dalam rumah banglo Ryle ini. Yurp, semuanya baik-baik sahaja. Tak ada apa pun masalah yang timbul antara aku dengan Puan Sri Maimon tapi kebanyakannya masalah aku timbul bila bersemuka dengan Ryle. Entah lah, semenjak dua menjak ini.. dia suka 'usik' aku. Usik ke?

"Erm.. aku rasa aku nak makan kat rumah aje. Make sure setiap kali aku balik rumah, kau dah hidangkan makanan atas meja.."ujarnya melihat aku.

Dahiku sudah berkerut. "Saya digaji untuk jadi pengasuh Puan Sri bukan nya awak.."balasku sedikit membangkang dengan arahannya itu.

Ryle ketap bibir lalu senyumannya meleret. "Takkanlah apa yang suami minta pun nak kena gaji? Bukan itu tanggungjawab kau ke?" kali ini soalan Ryle buatkan aku tergamam.

Apakah?!! Kenapa tiba-tiba dia bahas kan tugas aku sebagai isteri pula ni? Bukan memang dari awal, perkahwinan  kami hanya atas kertas sahaja ke?!! Aku sudah diam.

"Jadi, awak nak cakap saya kena jalan kan tugas saya sebagai isteri awak dalam rumah ni?" soalku mahu mendapatkan kepastian.

Ryle tarik sengih. "Ke kau nak aku anggap kau jadi bibik? Bibik yang dibayar gaji. Hmm.. tak sangka kau akan pilih title bibik berbanding isteri." jawapannya kali ini sangat buat aku rasa terkedu.

Selepas aje peristiwa kena perli kaw-kaw itu, aku terus masakkan makanan dia tanpa membantah. Cuma.. masalahnya adalah si Ryle itu banyak sangat songeh. Tak nak itulah, tak nak inilah... Huh!! Aku sabarkan aje hati aku layan karenah nya itu.

Hari ini mood mengemas aku tengah high, jadi memandangkan Puan Sri Maimon sedang tidur di biliknya.. aku pun ambil peluang untuk kemas ruang tamu. Sesekali itu, aku belek lah apa yang patut.

Kebanyakan gambar yang dipampang adalah gambar seorang budak sehinggalah ke seseorang yang sudah remaja. Tengok dari hidung pun, aku tahu itu siapa. Tak lain dan tak bukan mesti Ryle. Hmm.. muka dari kecil sampailah ke besar sama aje. Haha..

Sedang aku leka mengemas, mata aku tiba-tiba sahaja teralih ke arah sebingkai gambar keluarga. Terus gambar tersebut aku capai lalu senyumanku terukir. Gambar di mana Ryle sedang menggenggam segulung ijazah bersama kedua ibu bapanya. Sweet sangat..

Haih, tiba-tiba pula aku teringat kat ibu dan Aysha kat kampung. Apa khabar agaknya mereka di sana.

"Kau tengok apa itu?" soal Ryle yang entah dari ceruk mana.

Terkejut aku dibuatnya. Cepat-cepat aku letakkan semula gambar itu ke tempatnya semula. Wajah Ryle terus aku pandang sambil senyum paksa aku terukir.

"B-Bila masa awak ada kat situ?" soal ku terselit resah.

Ryle tersengih. "Suka betul kau tengok gambar itu sampaikan aku yang ada kat sini pun.. kau tak perasan. Handsome sangat kot aku dalam gambar itu." sempat Ryle puji diri sendiri.

Aku sudah tayang muka jengkel. Ergh, pleaselah.. Tak habis-habis nak puji diri sendiri. Tidak mempeduli kan bicaranya itu, aku kembali buat kerja ku semula.

Penyedut hampagas kembali aku pasang. Ryle yang masih berdiri di sudut ruang tamu, aku buat tak kisah.

"Hmm.. apsal kau tiba-tiba rajin kemas rumah ni? Nak minta gaji lebih ke apa?" soal Ryle dalam nada perli.

Haih, sabar ajelah Sara. Wajah Ryle aku pandang.

"Puan Sri sedang tidur jadi daripada saya tak buat apa-apa lebih baik saya kemas rumah awak." ujarku menarik senyum.

Ryle tidak memberi sebarang respons. Matanya sedari tadi tak henti dari memandang ke arahku tanpa aku sedar lalu keluhan berat nya terlepas.

"Kau jangan paksa sangat diri kau buat kerja. Kalau ada masa rehat itu, rehat ajelah."kata-kata Ryle itu buat kan dahi aku berkerut. Pelik. Hmm.. tiba-tiba aje ambil berat.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now