Sudah satu pusat beli-belah itu dijelajahinya namun perasaan kecewanya masih belum pudar. Dia pandang pakaian-pakaian terkini yang berasa di setiap butik mahal yang ada dalam pusat beli-belah Pavillion itu namun ianya masih tak mampu mengubat rasa sedih yang masih bersarang dalam hati.
Fikirannya masih ingat pada gerangan Huzryle Khayril itu. Dia fikir Ryle berbeza dengan Ilham namun nampaknya lelaki itu juga berjaya lukakan hatinya. Tak berhakkah untuk dia dicintai? Tak berhak ke dia untuk disayangi? Kenapa Tuhan tak pernah adil dengannya.
Ketika langkah kakinya diatur memansuki butik Channel, tubuh nya dilanggar dari arah sisi membuatkan tubuhnya hampir sahaja jaruh menghempas lantai berkeramik itu namun pantas ada tangan yang menyambar tangannya. Membantu dia agar tidak jatuh seperti nangka busuk di situ.
Tergamam Kuza dibuatnya tatkala melihatkan kelibat seorang lelaki yang pernah hadir dalam hatinya sebelum ini. Gerangan itu juga turut sama terkejut melihat Kuza di depan matanya.
Tangan Kuza dia tidak lepaskan malah tangan gadis itu ditariknya untuk bangun. Kuza terus tepis tangan Ilham apabila dia sudah dapat berdiri semula. Pandangan tajam dia berikan pada Ilham.
"Thanks." ucap Kuza dalam nada acuh tak acuh.
Ilham tidak membalas ucapan Kuza itu. Dia terus berura-ura mahu pergi dari situ namun seruan halus yang meniti dari mulut Kuza berjaya mematikan langkahnya untuk seketika. Wajah Kuza dipandangnya dalam.
"Sombongnya you. Mentang-mentang you dah bahagia sekarang, you buat macam tak kenal I aje kan sekarang?" tutur Kuza perlahan namun berjaya menyapa halwa pendengaran Ilham.
Ilham tarik nafas dalam. "Same goes to you. Lepas dapat lelaki lagi bagus dari I, you pun buat I macam orang yang you tak kenal. Kita ni sama aje, tak beza pun."
Sengih Kuza meleret. Matanya menatap wajah Ilham. Tangannya sudah berpeluk tubuh. Gayanya sangat angkuh.
"We are not same anymore. You.. guna cara kotor untuk rampas kebahagian I. Tak cukup you sakit kan hati I, now you upah perempuan lain untuk sakitkan hati I lagi? Hati apa you ni, Ilham?!"
Dahi Ilham sudah berkerut. Dia langsung tak dapat hadam dengan kata-kata Kuza itu. Wajah gadis itu dipandangnya hairan.
"Apa maksud you?"
"You upah perempuan bernama Aysara itu untuk ganggu Ryle kan?! You upah dia sebab you nak balas dendam kat I fasal kes masa kat cafe ayah you tu. Cis, you ingat I tak tahu ke rancangan jijik you ni?" tebak Kuza dengan yakin.
Tergamam Ilham dibuatnya. "Bila masa pula I suruh dia ganggu Ryle? Dia dengan I pun tak ada kaitan dalam hal ini. Better you siasat dari terus tuduh orang macam ni." Ilham sudah meninggi suara.
Kuza pula sekadar mencebik. Dia langsung tidak takut pada pandangan tajam yang diberikan Ilham padanya. Nak marah? Silakan..
"Pandai you berlakon? Huh.. konon you mangsa padahal you sama aje dengan I. Tak ada beza. You still licik, Ilham. Sama macam dulu. Masa I nampak you tidur dengan perempuan lain." tutur Kuza dalam nada bercampur baur.Bila mengimbau semula detik itu, Kuza rasa pedih. Diduakan oleh Ilham memang sakit. Beberapa kali Kuza cuba untuk lupakan perkara itu namun, dia tak mampu. Kenangan itu sudah menjadi sebahagian takdir buruk dalam hidupnya.
"You ni..."
"Sayang.."
Belum sempat Ilham menghabiskan bicaranya, ada suara seseorang mencelah memanggil namanya. Serentak itu kedua-dua pasang mata milik Ilham dan Kuza menoleh ke arah punca suara tersebut.
Tergamam Ilham dibuatnya apabila melihat kelibat Mina berada di situ. Mina sudah pandang hairan apabila melihat Ilham bersama-sama Kuza.
"Mina.."
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...