BAB 4

26.1K 1K 24
                                    

Kereta jenama Audi yang dipandu olehnya memasuki perkarangan rumah villa yang tersergam gah di atas Bukit Angsana. Selesai sahaja memarkirkan kereta bersebelahan kereta milik Ryle, terus bibirnya menguntum senyum bahagia tatkala melihat kelibat Ryle sedang menunggunya di muka pintu.

Sebelum keluar dari perut kereta, sempat Kuza betulkan apa yang patut. Rambutnya yang lurus dirapi kan semula begitu juga dengan pakaian yang dipakainya. Yurp, sebagai seorang teman wanita kepada seorang artis yang terkenal, dia perlu nampak kemas dan elegan.

Huzryle Khayril, seorang lelaki yang berjaya menempah nama dalam bidang industri lakonan selama 3 tahun. Pada awalnya, lelaki itu bekerja sebagai seorang model sambilan dan dalam pada masa yang sama menguruskan syarikat keluarganya namun setelah mendapat tawaran untuk berlakon, akhirnya Ryle terus mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Bagaimana Kuza boleh mengenali Ryle? Hmm.. Kuza adalah seorang model yang kini cuba masuk ke pasaran antarabangsa. Dahulu, dia dan Ryle menjadi model pada jenama yang sama. Sejak itulah, Kuza dan Ryle cuba mengenali hati budi masing-masing.

Ryle katakan itu cinta bila dia selalu ada dekat dengan Kuza dan Kuza terima itu. Sejak itulah, mereka bercinta sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan umum dan juga pihak media.

Namun setelah Ryle membongkar kebenaran perhubungan mereka kepada umum, Kuza jadi lega sedikit. Siapa tak lega bila akhirnya dia dapat berjumpa empat mata dengan Ryle tanpa rasa takut atau kena kecam? So now, matlamat seterusnya adalah untuk menjadi milik Ryle sepenuh nya.

"Sorry sayang, I lambat." ucap Kuza menghampiri Ryle yang sedang menantinya di muka pintu.

Ryle menarik senyum pendek. Kuza yang cantik mengenakan blouse merah dan berseluar slack itu dipandangnya dengan rasa suka. Yurp, apa yang dipakai oleh Kuza semuanya lawa belaka. Tiba-tiba sahaja dia rasa tak rugi bila dapat menjadi teman lelaki kepada model cantik itu.

"No problem. Since you dah sampai dengan selamat, I tak kisah." balas Ryle mengurut lengan Kuza yang terdedah lembut.

Kuza sekadar membiarkan. Tak semena-mena tangan Ryle disambut nya lalu digenggamnya erat. Sempat matanya melilau mahu mencari kelibat Puan Sri Maimon di sekitar nya namun tidak kelihatan.

"Where's your nenda? I tak nampak pun?" soal Kuza apabila dia merasa kan sudah pasrah mencari kelibat nenda Ryle.

Ryle menarik sengih pendek. Sempat dia menoleh ke belakang. Ruang tamu rumahnya yang samar-samar kelihatan dari tempatnya berdiri di pandang. Kelihatan kelibat nenda nya sedang duduk di ruang tamu. Erm.. duduk di atas kerusi rodanya sambil menonton televisyen.

"Nenda I ada kat dalam. You dah prepare ke?" soal Ryle cuba buat kepastian kali terakhir.

Bibir Kuza mengukir senyum lebar. Wajahnya kelihatan semangat mahu berjumpa dengan nenda teman lelaki nya itu. Yurp, hari ini matlamatnya hanya satu iaitu mencuri hati Puan Sri Maimon untuk menyayanginya.

"I dah sedia. Dari semalam you tau.." ujar Kuza dalam nada bercanda.

Ryle yang mendengarnya turut sama tercuit lucu. "Baguslah you ni. Makin sayang I dengan you." luah Ryle dalam nada suka.

Tanpa membuang masa, Ryle menarik tangan Kuza untuk menuruti nya masuk ke dalam rumah. Berdebar juga Ryle mahu membawa Kuza berjumpa nendanya. Bukan nendanya itu tak pernah bagi amaran tapi.. bila sayang, dia takkan lepas kan Kuza.

"Nenda.." sapa Ryle bila jasadnya menghampiri Puan Sri Maimon.

Tak semena-mena, Puan Sri Maimon menoleh memandang ke arah Ryle. Senyumannya yang tadi terukir berubah kelam tatkala matanya terlihat kelibat Kuza yang berselindung di balik tubuh sasa Ryle.

Dia yang tak bisa bercakap hanya mampu berkerut dahi menandakan dia tak suka melihat Kuza di situ. Ryle yang dapat baca itu cuba buat tak faham. Senyuman masih dihadiahkan pada nendanya. Yurp, jangan peduli pada masam nenda nya itu dulu.

"Nenda, erm.. Ryle ada bawakan girlfriend Ryle datang. Dia teringin sangat nak jumpa nenda.. " beritahu Ryle dalam nada memujuk.

Puan Sri Maimon mendengus. Sedari tadi, matanya tajam menikam wajah Kuza yang berdiri di belakang Ryle. Tak beralih langsung. Tak berkutik.

Ryle sendiri pun tak faham kenapa nendanya itu boleh sampai tak suka pada Kuza. Ini bukannya kali pertama dia bawa, Kuza berjumpa dengan Puan Sri Maimon tapi.. setiap kali detik pertemuan itu berlaku,  Puan Sri Maimon  pasti akan melontar rasa benci pada Kuza. Yurp, pandangan yang tersirat penuh dendam.

Kuza yang sedari tadi berdiri di belakang Ryle cuba melangkah ke hadapan. Tangan Puan Sri Maimon yang terletak di atas pemegang kerusi roda cuba dicapainya namun pantas wanita itu mengalihkan tangannya. Tergamam Kuza dibuat nya.

Sempat perhatiannya dialihkan pada Ryle disebelahnya cuba menagih simpati.

"Kenapa nenda buat macam itu pada Kuza? Dia datang cuma nak rawat nenda aje." luah Ryle dalam nada kecewa.

Puan Sri Maimon buat muka tak peduli. Wajahnya dialihkan ke kaca tv semula. Nampak sangat wanita itu jenis tak makan kata.

"Tak apalah, Ryle. I tak kisah pun. Erm, I yakin mesti nenda masih terkejut dengan apa yang jadi antara kita sekarang ni." luah Kuza dalam nada sopan.

Tempat duduk bersebelahan Puan Sri Maimon diduduki nya lalu dia mengukir senyum nipis memandang wanita itu. Rasa kasih dan sayang dia berikan pandangannya pada wanita itu namun Puan Sri Maimon langsung tak pedulikan. Matanya masih menatap kaca tv yang terpasang.

Terukir senyum di birai bibir Ryle apabila melihat layanan yang Kuza berikan pada nendanya itu. Lega sedikit hatinya bila lihat Kuza langsung tak ambil hati pada perilaku Puan Sri Maimon yang seperti tidak sudi menerima kehadirannya di situ. Yurp, jelas kelihatan.

Telefon pintar yang bergetar di kocek seluar jeans nya terus mematikan lamunan Ryle untuk seketika. iPhone nya dibelek lalu tertera nama direktor drama terbarunya pada skrin. Terus Ryle alihkan pandangannya pada Kuza yang ketika itu turut sama memandangnya.

"Siapa itu?" soal Kuza ingin tahu.

Ryle tersenyum nipis. "Direktor. I nak keluar dulu. You jaga nenda sekejap. Boleh tak, sayang?" soal Ryle berbelah bahagi.

Kuza terus menganggukkan kepala. "I tak kisah nak jaga nenda you, hmm.. tak lama lagikan Puan Sri akan jadi nenda I juga kan?" luah Kuza dalam nada manja.

Setelah pamitan, Ryle terus menyusun langkah seribu keluar dri rumah. Sempat mata Kuza melirik langkah Ryle sehingga akhirnya lelaki itu hilang daripada pandangan mata.

Suasana hening membelengu ruang antara Kuza dan juga Puan Sri Maimon. Entah kenapa Puan Sri Maimon sudah mulai diterpa rasa seram sejuk namun.. dia cuba untuk berlagak biasa.

"Puan Sri nampaknya tak dapat lupa kan kejadian itu lagi kan? Hmm, sebagai orang tua yang makin lanjut usia.. saya respect Puan Sri." luah Kuza dalam nada yang agak perli tapi terselit kagum.

Kali ini, Puan Sri Maimon menjeling ke arah Kuza. Panas hatinya bila dikatakan begitu. Kalau lah dia dapat bercakap, sudah lama dia menghalau Kuza untuk berambus keluar dari rumahnya namun.. huh, kudratnya itu terbatas.

Senyuman Kuza meleret panjang bila mendapat jelingan maut daripada Puan Sri Maimon. Uuuu.. takutnya..

"Marah lagi ke, Puan Sri? Benda itu dah lama jadi kan?" soal Kuza dalam nada perli.

'Tak guna punya betina! Pembunuh!!'- gertak Puan Sri Maimon dalam hati. Kalaulah dia boleh luahkan, dia akan cakap.

Mungkin, itu akan dapat pisahkan Ryle daripada mendekati pembunuh itu. Huh!!! Tuhan, kenapa kau perlu cabut deria bercakap aku? Aku perlu buktikan kebenaran.. yurp, kebenaran!

"Puan Sri suka ataupun tak, saya akan cuba dapatkan Ryle. Waktu itu, nak taknak kenalah nenda terima saya sebagai cucu perempuan. okey?!" perlinya sinis lalu tawanya berhamburan.

Pipi Puan Sri Maimon dibelainya lembut dan serentak wanita itu mengelakkan pipinya dari disentuh oleh Kuza. Namun, Kuza buat tak kisah.

Huh, kau takkan dapat Ryle! Dengar itu, Kuza. Kau takkan dapat jadi sebahagian dari keluarga aku!
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now