BAB 69

33.1K 1.1K 23
                                    

Filem Avengers yang bertayang di kaca televisyen aku pandang dengan fokus. Aku kalau bab filem aksi ni memang tak boleh dipisahkan. Sejak zaman Iron-Man sampailah ke siri Avengers yang terbaru ini memang aku akan follow. Kadang, sampai berharap aku boleh jadi salah satu anggotanya. Berangan di siang hari itu, perkara biasa.

"Tengok apa itu?" sapa seseorang dari belakang.

Terus hilang fokus aku apabila suara garau itu menyapa gegendang telingaku. Yurp, siapa aje yang ada suara garau dalam rumah ni kalau bukan dia.. Huzryle Khayril?!

Tanpa izin, Ryle terus melabuhkan punggungnya bersebelahanku. Terkedu aku dibuatnya. Walaupun wajahku tak menghadap Ryle namun aku sudah melirik batas jasad kami. Ryle sengaja mendekat, mahu merapatkan lagi 'halal gap' antara kami berdua.

Bila aku kesot ke tepi, Ryle juga turut menganjakkan punggungnya untuk mendekat. Beberapa kali juga aku buat begitu sehinggalah akhirnya aku buat keputusan untuk pergi dari situ.

Baru sahaja aku mahu bangun, Ryle terus menarik tanganku agak kuat menyebab kan aku hilang keseimbangan. Baru sahaja aku mahu jatuh terduduk, Ryle sudahpun menadahkan pehanya.

Tak semena-mena, aku jatuh terduduk atas riba lelaki itu. Bukan main gamak lagi terkejut aku waktu itu. Gulp! Duduk atas riba Ryle. Aku sudah panas pipi.

"Kan bagus macam itu, duduk elok-elok atas riba aku." tutur Ryle masih tak melepaskan tanganku.

Aku sudah mulai merona merah. Ni, kalau ibu nampak, mau malu tujuh keturunan aku dibuatnya! Isy, Ryle ni pun satu! Time ibu ada kt rumah jugalah dia nak menyakat!!

"Saya nak pergilah. Lepaslah.." bisik ku sudah cuba mahu meloloskan diri.

Namun, Ryle cuma pekakkan telinga nya sahaja. Dia melepaskan tangan ku lalu lembut tangannya melingkar memeluk pinggangku. Aku terpaku.

Aku dapat rasakan kepala Ryle menekur ke belakang badanku. Hembusan hangatnya menyapa kulit belakangku dan ia sangat menghangatkan ku.

"Aku minta maaf."bisiknya perlahan namun ia berjaya ditangkap oleh halwa telingaku.

Untuk seketika aku diam. Aku yang tadinya meronta akhirnya memati kan tindakan ku itu. Entah kenapa, aku beranikan diri menggenggam tangan Ryle.

Ryle dibelakangku sudah menunjuk kan reaksi tergamam bila tanganku menyentuh tangannya.

"Saya yang patut minta maaf."ucap ku perlahan.

"Aku.."

Belum sempat Ryle mahu membalas, sorakan ibu dari dapur buatkan kami terus bangun serentak. Bukan main gamak lagi kami berdiri. Bila tengok depan mata, confirm ramai yang gelak. Gelabah betul!

Ibu keluar dari dapur sambil membelek senarai barang dapur yang dia mahukan. Setelah itu, matanya beralih memandang kami berdua. Pelik bila tengok menantu dengan anak berdiri sambil tayang sengih kerang.

"Kenapa Sara dengan Ryle ni? Semangat betul bila ibu panggil." tebik ibu hairan. Yalah, selalunya aku lah yang paling luak nak dengar arahannya itu. Malas.

Aku masih tayang senyum kerang. "Tak adalah, ibu. Erm.. ibu suruh beli apa ni?"soalku mahu menepis andaian ibu.

Terus aku merapati ibu. Ryle pula masih berdiri tidak berganjak. Mata nya ralit memerhati aku dari belakang. Tiba-tiba senyum senget nya menyinggah.

"Ini, barang-barang yang ibu nak suruh kamu beli. Cepat pergi beli. Kalau tidak, lambat lauk ibu nak siap nanti." ujar ibu sambil menyerahkan senarai barang yang mahu dibeli.

Aku sambut huluran ibu itu. Untuk seketika, senarai barang itu aku belek.

"Kalau macam itu, Ryle temankan Sara sekalilah. Bolehlah sambil-sambil itu, Ryle makan angin kejap." celah Ryle sudah mengukir senyum mengharap.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now