Satu keluhan lemah, Ryle lepaskan sebelum pandangannya dialihkan ke arah pemandangan Sydney pada waktu malam itu. Memang indah namun tak mampu mengubat rasa risau yang bersarang dalam hatinya. Entah kenapa, sedari tadi, Ryle asyik diserbu rasa bersalah bila terkenang kan fasal Aysara.
"Baguslah Aysara. Saya harap awak dapat maintainkan performance awak untuk hari esok." puji Syukri di tempat duduk hadapan.
Aysara sekadar mengangguk kepala lemah. Entah kenapa, wajahnya nampak sangat kusam. Hembusan nafas lelahnya juga dapat didengar oleh Ryle yang mengambil tempat bersebelahan Aysara. Sesekali dia belek wajah Aysara yang nampak pucat.
Awalnya, Ryle buat tak kisah namun apabila kepala Aysara sudah mulai melentok ke arah tubuhnya. Ryle sudah hairan semacam. Sempat matanya melirik ke arah yang lain. Takut-takut ada yang perasan si Aysara itu mahu 'bermanja' dengan dia pula.
"Agaklah.. Minah ni. Kalau ya pun, nak ambil kesempatan.. janganlah sampai dalam kereta." bisik Ryle dalam nada yang tersangatlah. Hanya telinga dia aje yang mampu dengar apa yang dia bicarakan ketika itu.
Mulanya, Ryle hanya biarkan namun apabila kepala Aysara makin lama makin ke bawah, Ryle sudah angkat kening. Baru sahaja dia mahu menolak bahu Aysara tak semena-mena Ryle tergamam tatkala dia melihat tangan Aysara yang sudah biru.
"Aysara.."kejut Ryle terus menghadap wajah Aysara yang makin pucat.
Semua yang ada dalam kereta terus mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua. Syukri sudah buat muka terkejut gamaknya apabila melihat wajah pucat Aysara yang langsung tak berdarah. Yang lain juga turut cemas.
"Apsal dengan Sara ni, Ryle? Kau buat apa dengan dia ni?!" resah Syukri apabila melihat Aysara langsung tak sedarkan diri.
Ryle sudah geleng kepala. Sempat bahu gadis itu digoyangkannya beberapa kali namun Aysara masih tak sedarkan diri. Badan gadis itu juga turut sejuk dan dingin. Peluh renek yang membasahi dahi Aysara juga turut mengalir.
"Aku rasa dia pengsan lah. Call doctor sekarang." arah Ryle dalam cemas.
Entah kenapa, Ryle diserbu rasa bersalah. Memang awalnya, Ryle mengaku itu bukan salah dia tapi memandangkan dia yang cadang dulu untuk main rollercoaster itu jadi nak tak nak Ryle kena mengaku juga. Salah dia sebab nak sangatkan kena kan Aysara.
Dia suka bila tengok muka cuak Aysara bila diusik begitu. Muka tak puas hati Aysara juga entah kenapa mampu buatkan Ryle rasa nak usik gadis itu. Erghh?! Pelik betul.
Terus Ryle menyusun langkah menuju ke arah laci katilnya. Buka sahaja laci, tangan Ryle terus mencapai panadol yang dibawanya siap-siap dari Malaysia. Sebuah senyuman tipis terukir di birai bibir nya. Fikirnya, kalau dia bagi panadol itu mungkin rasa bersalah nya akan hilang.
Tidak menunggu masa yang lama, Ryle terus mengatur langkah keluar dari bilik hotelnya. Sempat matanya mengerling ke arah pintu bilik Syukri. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga. Habis kalau Syukri dapat tahu yang dia menghendap jumpa Aysara. Mau jadi gossip sepanjang zaman dibuatnya.
Ryle tarik nafas dalam. Dengan bakat lakonan yang masih ada, Ryle terus buat muka serius, muka tak kisah, muka minta kaki. Dia taknak lah nampak macam baik hati sangat. Kang tak fasal-fasal perempuan itu fikir aku minat dia pula. Phuh.. jatuh air muka aku kalau macam itu.
Ketuk untuk kali pertama. Tiada sahutan dari dalam. Ketuk buat kali kedua. Tiada sahutan juga. Ryle sudah kerut dahi. Sempat telinganya ditekap ke arah permukaan pintu bilik hotel Aysara. Manalah tahu dengar bunyi-bunyi pelik ke kat dalam. Ryle sudah tayang muka pelik. Dia ni hidup ke tak dalam itu?, getusnya sendiri.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...