Sepanjang perjalanan menuju ke arah rumah Ryle, aku cuba rapikan apa yang patut. Boleh tahan jauh jugalah aku nak pergi rumah dia ni. Dua kali bas aku kena naik. Hmm.. kalau pergi guna teksi pula, confirm habis puluhan ringgit. Baru pergi kerja aje, belum balik lagi..
Jejak sahaja depan pintu rumah banglo itu, pintu rumahnya aku ketuk perlahan. Sesekali, ucapan salam aku hulurkan sebagai penghulur bicara.
Beberapa kali aku mengetuk pintu, barulah pintu rumah tersebut dibuka. Tak semena-mena terlihat kelibat yang sangat tidak asing berdiri di hadapan ku. Senyuman ku yang tadi nya mekar di birai bibir berubah pudar sedikit demi sedikit.
Pandangan mata yang diberikan nya pada aku cukup buatkan aku jadi resah. Sempat wajahnya aku belek sebelum pandangan aku jatuh memandang lantai.
"This is your first day and you're late." ujar Ryle sambil menilik jam tangan yang melingkar pada pergelangan tangannya.
Aku sudah ketap bibir. Memandang kan hari ini aku terlupa nak pakai jam jadi, aku tak tahu masa sekarang ni adalah pukul berapa. Seingat aku, aku dah keluar satu setengah jam lebih awal untuk sampai ke sini. Tak kanlah lambat lagi?
Wajah Ryle aku pandang dengan mengharap simpati. "Saya dah keluar awal tadi. Mungkin bas yang saya naik, lambat kot." dalihku sudah memberi sebab.
Ryle sekadar angkat kening. Tubuhnya disandar pada pintu sambil wajah aku dibeleknya. Muka jengkelnya ditayang.
"Kau memang selalu macam ni, eiyh? Buat salah sikit, terus buat alasan. Hmm.. patutlah kau kena pecat." spontan Ryle lemparkan ayat perlinya itu pada aku.
Tergamam aku dibuatnya. "Saya bukannya buat alasan lah. Awak tak tahu jarak rumah saya dengan rumah awak ini jauh..!"Sebal ku sedikit tak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan lelaki itu kepada aku.
"So.. why? Kalau susah sangat, minta ajelah berhenti." balas Ryle dalam nada mendatar.
Aku ketap bibir. Geram betul bila tengok wajahnya yang sangat menyakitkan hati itu. Pagi-pagi lagi dah buat aku marah! Macam mana hidup nak berkat macam itu, kalau suka sangat sakitkan hati orang?!
Bila dengar kata-katanya itu langsung tak disahut. Ryle tarik sengih. Sempat matanya meliar memandang ke arah perutku yang masih kempis.
Aku yang sedar akan pandangan nya itu, terus menutup perutku. Dahiku sudah berkerut. Ryle pula yang sedar perilaku aku itu terus alihkan pandangannya ke tempat lain. Deheman kecil dia berikan.
"Kau.. masih simpan budak itu ke?"soal Ryle cuba mengelak dari memandang wajah aku.
"Kenapa awak tanya?" soalan berbalas soalan.
Soalan ku Ryle tidak balas. Malah dia diam membiarkan soalan aku itu pergi tanpa sebarang jawapan. Wajah aku dipandangnya serius.
"Masuklah. Aku nak bawa kau jumpa nenda." ujar Ryle dan terus menyusun langkah masuk ke dalam rumah.
Aku sekadar menuruti langkah Ryle dari belakang. Walaupun ini adalah kedua kalinya aku masuk ke dalam rumah Ryle namun aku masih lagi taksub dengan reka bentuk dalaman rumah banglo itu. Sangat cantik dan memukau.
Di ruang tamu rumah itu, aku lihat kelibat seorang wanita tua yang berada di atas kerusi rodanya. Tv yang dipasang ditontonnya dalam senyap. Ryle menghampiri wanita itu dan aku juga turut merapati Ryle.
"Ini.. nenda aku. Kau kena panggil dia Puan Sri sebab dia ma'am besar dalam rumah ini." ujar Ryle memper kenalkan aku kepada Puan Sri Maimon.
Wanita itu yang sedari tadi melihat tv terus menoleh ke arah kami berdua. Bibirnya mengukir senyum nipis bila melihat aku.
"Ttt..taakk.. p..paaya..ahh.." sebut wanita itu sambil bibir pucat nya masih menutur bicara.
Aku yang memahami bicara Puan Sri Maimon sudah tersenyum pendek. Sempat aku jeling wajah Ryle yang sudah tunjuk muka tak puas hati.
"Kenapa tak payah pula nenda? Baguslah dipanggil ma'am besar. Bukan itu ke yang nenda nak?!" tempelak Ryle bila rasakan Puan Sri Maimon seakan-akan mahu berdiri di pihak aku.
Wanita itu sekadar menggelengkan kepala. Terus wanita itu mengalih kan pandangannya ke arah aku. Tak semena-mena tangannya cuba diangkat untuk menggenggam tangan aku.
Aku yang sedikit terkedu dengan perbuatannya itu terus mengalih mata ke arahnya. Senyuman nipis nya itu aku pandang.
"Dd..du..duk.. lah.." pelawanya sambil ekor matanya melilau ke arah sofa yang berada di sebelahnya.
Kali ini, wajah Ryle aku pandang. Walaupun, Puan Sri Maimon adalah ma'am besar namun memandang kan Ryle macam ada ciri-ciri nak jadi king control jadi aku terpaksa follow arahan Ryle.
"Boleh ke saya duduk?" soalku memandang wajah Ryle.
Ryle sudah mengeluh perlahan. Fikir nya tadi nak kenakan Aysara cukup-cukup tapi memandang kan nenda macam terlebih sayangkan Aysara jadi.. nak tak nak, Ryle terpaksa beralah.
"Duduklah. Hmm..bolehlah aku proceed bagitahu kau, apa yang patut kau buat dan apa yang tak patut kau buat.." ujar Ryle dalam nada mendatar.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Sofa bersebelahan Puan Sri Maimon, aku duduki. Wanita itu hanya melirik memandang ke arah aku. Senyumannya masih terukir.
Ryle yang ketika itu baru sahaja mahu duduk terus menjedakan tindakannya itu apabila telefon pintar nya berbunyi. Aku juga turut sama memandang ke arah Ryle yang sudah membelek telefon pintarnya.
Gelagat terkejutnya itu aku perhati kan. Riak wajahnya berubah. Tak semena-mena Ryle memandang ke arah aku.
"Hmm.. aku nak keluar sekejap. Kau jaga nenda." ujarnya sebelum pergi meninggalkan aku dan Puan Sri Maimon berdua.
...
Restoran yang sedikit sesak dengan pelanggan itu sedikit sebanyak menyukarkan mata Ryle untuk mencaei kelibat yang ingin dia jumpa. Sempat matanya menoleh ke arah sekitar dalam restoran tersebut sehingga akhirnya pandangannya bertemu juga dengan gerangan gadis kesayangannya itu.Ryle terus mengatur langkah laju ke arah kelibat gadia yang berpakaian blouse biru pekat menampakkan bahu mulusnya itu.
Kuza yang perasan akan kehadiran Ryle buat muka cemberut. Langsung tak bertayang senyuman di birai bibir nya. Mana nak senyum, kalau sekarang perasaannya dicabar rasa tak puas hati?
"Babe..."lembut Ryle menyeru Kuza. Tempat duduk kosong di hadapan Kuza diduduki nya. Nadanya lembut sahaja mahu memujuk.
Kuza masih lagi diam membisu. Muka tak sukanya masih terpampang. Ryle sudah mengeluh dalam hati. Haih, payahnya lah nak pujuk perempuan merajuk ni.
"Sayang, you masih marah kan I ke?" soal Ryle dalam nada memujuk. Tangan Kuza yang berada di atas meja digapainya lalu digenggamnya erat.
Kuza hanya membiarkan. Yurp, sebagai seorang perempuan. Kita kenalah jual mahal kan?!
"Siapa tak marah? I ajak keluar, you tak nak. Still busy with your work. Nampak sangat yang you tak rindu kan I!" gertak Kuza sedikit marah. Mukanya sudah masam mencuka.
Ryle keluh perlahan. Kali ini, tangan nya membelai lembut pipi Kuza. Senyum manisnya terukir. Yurp, senyum yang mampu mencairkan mana-mana hati perempuan yang ada!
"I pun rindukan you. Siapa tak rindu kan perempuan yang dia cinta kan?! Kalau boleh tiap hari I nak nampak you depan mata I.."ujar Ryle sudah mengungkapkan kalimah keramat nya itu.
Kuza sudah sedikit terpujuk. "Then, why you taknak jumpa I semalam?!" soal Kuza masih dengan muka cemberut nya itu.
"I nak jaga nenda I. You tahu kan sekarang ni nenda I dalam proses penyembuhan?" balas Ryle sudah memberi punca.
Kuza ketap bibir. Huh!!! Tak habis-habis dengan perempuan tua yang menyusahkan hidup itu!!!! Nak rawat macam mana pun, perempuan itu takkan sembuh lah!!! Kuza hanya mampu membentak dalam hati.
"Fine. But, ini yang terakhir eiyh. Lepas ni, I takkan maafkan you kalau you buat I macam ni lagi." ugut Kuza dengan suara manja.
Ryle tersenyum nipis. Tangan Kuza yang berada dalam genggaman tangannya dikucup lembut sebelum wajah Kuza dipandangnya dengan penuh rasa kasih.
"I will."
...
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...