BAB 24

22.1K 815 37
                                    

"Saya dah cakapkan encik! Saya langsung tak buat apa-apa dengan perempuan ini!!! Saya pun tak kenal dia." lantang Ryle menyuarakan kata-katanya.

Aku di sebelah Ryle sudah menundukkan kepala. Kejadian tadi, masih menghantui fikiranku. Ya, aku masih dapat rasakan apa yang Firzan buat pada tubuh aku sebentar tadi. Kucupannya, kesakitan yang aku rasa.. semuanya bagai menghantui aku ketika ini.

Arghhh!!!

Laungku dalam nada takut.  Akhir nya, air mata aku berbirai turun. Aku langsung tak pedulikan tatapan yang memandang aku. Mereka takkan faham apa yang aku rasakan. Menjadi seorang perempuan yang hampir saja dirogol bukannya perkara yang mudah.

"Tengok apa yang encik Ryle dah buat pada dia?" lelaki yang berkopiah putih di hadapan mereka berdua masih mempersalahkan Ryle.

Fikirnya, Ryle adalah punca kepada semua masalah ini. Ryle sudah meraup wajahnya kerana terlalu amarah. Terus dia melirik ke arah aku yang masih dengan dunia aku sendiri.

"Woi, perempuan.. Tolong jelaskan apa yang terjadi pada kau tadi. Jelas kan biarkan diorang semua ni faham apa yang jadi sebenarnya!" arah Ryle yang sudah mulai mengalih.

Aku langsung tak pedulikan kata-kata Ryle. Kejadian tadi masih berulang bagaikan pita rosak yang sengaja mengganggu akal waras ku.  Sekali lagi, air mataku berbirai turun.

"D-dia rogol saya..D-Dia hampir rogol saya." ujarku masih dalam tangisan yang mulai deras.

Tergamam semua yang berada di situ apabila mendengar 'pengakuan' aku itu. Ryle yang mendengar bicara ku juga turut sama terpana. Terus dahinya berkerut geram. Apa yang perempuan ni merepek ni?!

"Apa kau cakapkan ni, perempuan? Bila masa pula aku rogol kau?!! Tolong jangan buat fitnah boleh tak!" herdik Ryle yang sudah mulai panas hati.

Baru sahaja Ryle berura-ura mahu menyentuh tubuhku, terus lelaki berkopiah putih itu mengarahkan dua orang lelaki agar menahan tubuh   Ryle. Ryle sudah meronta minta dilepaskan sambil matanya tajam mencerlung ke arah aku yang masih menangis tak berhenti.

"Woi, perempuan!!! Beritahu perkara yang sebenar lah! Jangan putar belit kan cerita boleh tak?!!" gertak Ryle sudah mulai panas.

"Aini, tolong bawa Sara pergi dari sini. Beri dia masa untuk berehat." ujar lelaki tua itu memandang ke arah seorang gadis yang turut ada di situ.

Tidak membantah, gadis bertudung coklat itu terus membawa aku pergi dari tempat itu. Aku yang sudah mulai lemah hanya menuruti langkah gadis itu pergi dari situ. Air mataku masih tak henti mengalir. Ya Allah, kenapa dengan aku ni?!

Apabila merasakan kelibat Aysara dan Aini sudah hilang daripada pandangan, lelaki itu terus menoleh ke arah Ryle yang masih melirik tak puas hati pada Aysara. Wajahnya seakan-akan menyimpan dendam kesumat.

"Encik Ryle, kami harap encik Ryle minta bersabar. Tolong jangan timbulkan masalah di sini atau saya akan laporkan encik Ryle ke pihak berkuasa." ujar lelaki itu sudah berbaur ugutan.

Ryle ketap bibir menahan geram. Kepalanya sudah mulai berserabut. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia boleh terjebak dalam perkara bodoh seperti ini. Ditangkap khalwat oleh seorang gadis yang baru dua kali dia jumpa. Tak guna betul!

"Percayalah, encik. Saya dengan perempuan itu memang tak buat apa- apa. Tadi, kitorang terserempak dan lepas itu, dia terus tarik saya ikut dia dan sedar-sedar saya sekarang ada kat sini!" Ryle sudah mulai menjelaskan apa yang berlaku.

Namun sia-sia sahaja, wajah disitu seakan-akan sudah melabel nya sebagai seorang perogol, seorang lelaki jahanam yang sudah menjatuhkan harga diri seorang perempuan. Ryle sudah meraup wajahnya resah.

"Macam nilah, encik Ryle.. nak tak nak, pihak kami terpaksa hantar encik Ryle ke pihak polis memandangkan kes rogol ini bukan nya dibawah kuasa kami." ujar lelaki tua itu dalam nada sedikit tegas.

Kali ini, Ryle sedikit tergamam. Pi-pihak polis? Kenapa dia perlu dibawa ke balai polis kalau dia langsung tak buat salah apa pun?! Ryle sudah terketar-ketae menahan amarah.

"Kenapa. Saya. Perlu. Ke. Balai. Polis?!" gertak Ryle sudah menekan satu persatu perkataan dengan rasa marah bercampur kesal.

"Sebab kes rogol ini bukannya bawah tanggungjawab kami." balas lelaki berkopiah itu spontan.

Ryle sudah mendengus geram. Akhirnya, satu keluhan kasar dia lepaskan. Berapa banyak kali pun dia mengaku, orang lain takkan percaya kan dia. Jadi, patut ke dia cari jalan bodoh dengan mengaku 'yang dia dan gadis itu rela lakukan semua itu'?

Kalau dia masuk ke balai polis, habis lah namanya dalam kerjaya lakonan nanti. Bukan setakat dia hilang kepercayaan malah mungkin nenda dan juga keluarganya yang lain akan mencemuh dia kerana telah merosak kan seorang perempuan.

"Sa-saya.." terketar-ketar Ryle mahu buat 'pengakuan'. Entah bijak atau tidak caranya yang satu ini. Akhirnya, keluhannya meniti.

"Memang kami saling kenal dan dia.. hmm, d-dia dan sa-saya tak buat semua itu. Kami cuma.. erm.." Ryle sudah tidak sanggup meneruskan pembohongan itu. Air mata jantan nya mengalir.

Bodohnya kau sekarang ni, Ryle.

"Jadi, encik Ryle memang ada hubungan dengan perempuan itu? Dan, encik mengaku salah?" soal lelaki berkopiah itu mahukan kepastian.

Satu keluhan Ryle lepaskan. Mata bundarnya memandang wajah tua itu. "Saya mengaku tapi dia juga rela buat itu dengan saya." spontan bicara Ryle itu mengejutkan semua yang ada.

Ada yang sudah menggelengkan kepala, ada juga yang sudah saling berbisik kata. Yang pasti, kebanyakannya mencemuh 'dosa' yang Ryle dan Aysara buat.

Lelaki berkopiah di hadapan Ryle itu sekadar menggelengkan kepala. " Kalau macam itu, nak tak nak encik Ryle kena bertanggungjawab dengan perempuan itu. Kami akan hubungi keluarga gadis itu tentang perkara ini dan minta persetujuan nya untuk mengahwinkan encik dan cik berdua." kata-kata lelaki itu kali ini buatkan Ryle terpaku serta-merta.

Bak kata pepatah, lepas dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya. Ryle fikir dengan mengaku 'dosa' itu, ianya akan berakhir namun nampaknya.. Ryle silap. Masalah besar pula menimpa. Dikahwinkan??!

"Encik nak kahwinkan saya dengan dia?!" soal Ryle dalam nada seakan tak percaya.

Perlahan-lahan lelaki tua itu mengangguk. Dan, jawapan itu mengundang rasa sesak dalam dada Ryle. Sh*t!!! Apa benda pula sekarang ni?!

"Kenapa?"

"Sebab encik dan cik itu dah melanggar hukum hakam Islam. Nak tak nak, kami terpaksa hindarkan perkara tak baik daripada berlaku." ujar lelaki itu sudah membahas hal agama.

Ryle sudah ketap bibir. Bodohnya dia!! Kalau tak cakap benda merepek itu, dia akan dimasukkan ke penjara tetapi kalau dia beritahu, dia akan dinikahkan. Sama saja kedua- duanya. Semuanya pilihan yang membahanakan Huzryle Khairyl.

"Saya taknak!" Ryle sudah membangkang. Tajam matanya menikam orang tua itu.

Dahi lelaki itu sudah berkerut. "Encik Ryle perlu bertanggungjawab pada dosa yang encik Ryle buat." lantang lelaki itu menghamburkan pendapat nya.

Ryle sudah diam. Akhirnya, satu keluhan dia lepaskan. "Fine. Aku akan buat tapi aku taknak sesiapa pun tahu fasal benda ni even mak bapak budak perempuan s*al tu. Boleh tak?!" ujar Ryle sudah mulai putus harapan.

Suasana di situ mulai hening. Mereka berbincang sesama mereka sebelum kata sepakat mereka buat. Terus salah seorang memandang ke arah Ryle.

"Baiklah, berdasarkan syara' ianya sah." ujar lelaki tua itu memandang Ryle.

Sah ke tak sah, Ryle tak kisah. Yang pasti sekarang, jalan masa depan nya memang sudah kelam.

"Bila encik Ryle nak buat?"

"Lagi cepat lagi bagus. Bolehlah aku balik." gertak Ryle dalam nada acuh tak acuh.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now