BAB 61

28.9K 926 29
                                    

Semua kerja di dapurku jadi serba tak kena. Potong sayur pun termenung, cuci mi kuning pun termenung, memasak pun aku boleh termenung. Pelik kan?!

Mana taknya, perasaan aku dilanda pelbagai persoalan. Pagi tadi, buka sahaja mata aku langsung tidak lihat kelibatnya dalam bilikku. Mungkin dia sudah keluar dari bilikku dan pergi ke biliknya semasa aku masih lagi diulit mimpi..

Siapa aje yang tak terasa bila diperlakukan sebegitu rupa? Aku tak faham kenapa dia masih buat macam itu. Apalagi silap aku sampai Ryle masih buat perangainya yang bagi aku tak patut itu.

Sedang leka aku termenung, aku dengar derapan tapak kaki menghampiri dapur. Terus pandanganku aku alihkan ke arah punca tersebut lalu mataku melihat kelibat Ryle yang ketika itu sedang melangkah memasuki dapur.

Dia kelihatan biasa sahaja. Tak terlihat langsung riak wajah resah mahupun awkwardnya bila melihat aku di dapur. Malah, pandangannya langsung tak beralih memandang aku. Lagaknya itu seperti buat ada tak ada aku aje. Huh!! Sangat.. aku tersangatlah terasa.

Spontan Ryle mencapai gelas lalu di isinya dengan air kosong. Aku yang membelakangi Ryle sudah mulai diterpa perasaan sebak. Huh.. siapa aje yang tak sedih kalau diperlaku kan sebegitu rupa?

Aku ni isterinya tapi dia layan aku sebagai peneman tidurnya. Selepas habis digunapakai, dia tinggalkan aku dan buat seperti macam tak ada yang berlaku antara aku dan dia. Yurp.. jijik bila dapat layanan seperti itu!

Selesai sahaja menghilangkan dahaga di tekak, Ryle terus berlalu keluar dari dapur. Serta-merta mulut ku menyeru namanya lembut membuatkan langkah Ryle mati. Dia diam di situ tetapi masih membelakangi jasadku. Tak sudi ke dia nak bersemuka dengan aku?!

"Apa?" soalnya dalam nada dingin.

Satu keluhan lemah aku lepaskan. Mataku masih lagi terpaku pada gerangan Ryle. Sedih bila dibelakangi suami sendiri. Erm..

"Awak marahkan saya ke?"soalan berbalas soalan.

"Huh, kenapa aku nak marah kan kau pula? Kau ada buat dosa dengan aku ke sampai aku nak marahkan kau bagai?"

"Habis itu, kenapa awak tinggalkan saya macam itu aje pagi tadi? Awak pergi tak beritahu saya. Kalau saya ada salah dengan awak, awak cakap lah."nadaku sedikit merayu.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku berubah jadi sentimental begini. Apa yang Ryle buat pada aku semua nya akan terkena pada hati. Kalau dia layan aku dingin, sedihku akan mengunjung.. kalau dia layan aku baik, gembiraku pula yang akan berganti.

Bawaan budak?

Kali ini Ryle memusingkan tubuh nya memandang ke arahku. Mata kami bertaut namun Ryle lebih pantas mengalihkan matanya dari terus bertemu dengan anak mata coklatku.

Keluhan lemahnya meniti.

"Aku harap kau tak perlu ungkit lagi benda itu. Tolong anggap tak ada apa yang pernah berlaku antara kita berdua malam tadi." tutur bicara nya kali ini berjaya buatkan aku termangu.

Aku terkedu dan aku terpaku. Kata-katanya itu berjaya menghiris perasaan aku. Anggap tak ada apa-apa  yang pernah berlaku antara kami berdua? Kenapa dia boleh tergamak cakap begitu dengan aku?!!!

"Kenapa awak sanggup cakap macam itu?! Awak ingat saya apa, Ryle?! Awak layan saya tak ubah macam perempuan simpanan awak. Saya isteri awak tahu tak?! Sanggup awak cakap macam itu pada saya?!" kali ini sebakku tak tertahan.

Air mataku meleleh deras. Pandanganku masih tak berkalih daripada memandang wajah Ryle. Dia langsung tak menayangkan wajah bersalahnya.

"So, kau nak aku buat apa? Terima kau macam itu aje?!"

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now