Sepasang kaki langkahnya diatur satu persatu masuk ke dalam cafe. Gaya jalannya cukup menggambar kan siapakah dia di atas pentas peragaan. Dari gayanya juga, orang dapat nilai betapa bagusnya dia dalam dunia modelnya itu. Wajah tanpa perasaannya itu ditayang.
Mina yang menjaga di kaunter turut sama terpaku tatkala melihat gerangan model itu sudah melangkah penuh elegan ke arah nya. Yurp, bukan Mina tak kenal siapakah gerangan gadis itu.
Gadis yang sudah mengharumkan nama Malaysia di pentas peragaan, gadis yang sudah berjaya rebut hati Ryle.. pelakon paling menjadi dambaan ramai gadis. Mina cuba berlagak professional. Muka manis nya ditayang.
"Ya, cik Kuza? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Mina bernada mesra.
Kuza menanggalkan kaca mata coklatnya. Terus kepalanya didongak memandang ke arah board menu yang terpampang di belakang Mina. Satu persatu menu dibeleknya lalu dia berdecit sinis.
"Ini aje ke menu yang cafe you mampu bagi? Nothing special about it." spontan cemuhan Kuza menyinggah.
Tergamam juga Mina dibuatnya. Mana taknya, selama dia menghadap kaunter. Belum pernah lagi dia dengar ada pelanggan yang menganjing menu cafe. Kebanyakan nya sangat menyukai menu makanan di sini walaupun yurp, Mina rasakan nothing special about it too.. Tapi, okeylah.
"Sorry kerana menu kami tak dapat puaskan selera cik Kuza. Kami akan cuba tambah sesuatu dalam menu kami." tutur Mina tidak mahu melalak tak tentu fasal.
Dalam prospek kerja, perlu ada profesionalism. Walaupun kerja itu cuma kerja di bawah telunjuk orang atasan sahaja.
Kuza sekadar mencebik. Sekali lagi matany membelek papan menu. Hot chocolate.. hot latte.. hot moccha.. bla, bla, bla.. Pandangannya dialih kan semula ke wajah Mina. Jelas pandangan angkuhnya bertayang.
"Apa menu menarik daripada cafe you ni?" soalnya dalam nada bersahaja.
Mina tarik senyum nipis.
"Hari ini, kami tawarkan pemanis mulut asal Jerman. Deldio Fradge, kek lembut dan dalamnya ada buah-buahan seperti acar. Disaluti sedikit coklat dan toppingnya adalah coklat gelap. Ramai yang puas hati lepas menikmati pemanis mulut ini. Bagi saya, cik Kuza patut cuba satu. Minuman saya cadangkan cik ambil hot chocolate with marshmellow on top.. sangat sesuai untuk dinikmati dalam set." jelas dan terang Mina membahaskan menu yang dicadang kan.
Kuza tarik sengih sumbing. Dalam diam,dia sedikit kagum dengan bicara Mina yang mahu mempromosikan kelebihan cafe tersebut. Not bad..
"Bagus.. I suka cara you promote benda ni. Even I don't apa yang specialnya pada menu yang you cakapkan itu but nice try.." pujinya sambil tarik senyum senget.
Pada masa yang sama, aku yang baru sahaja selesai berehat terus memasuki ruangan cafe semula melalui pintu dapur. Langkahku terus mati tatkala mata aku dan mata Kuza saling bertikaman. Tajam saja dia pandang aku.
"I nak order Deldio Fradge satu and air.. I nak orange juice. Sejuk okey?" pesannya pada Mina. Kembali mata nya dialihkan pada Mina.
Mina yang baru sahaja mahu bergerak ke dapur terus mati langkahnya apabil Kuza menyerunya buat kali kedua. Terpaksa, Kuza akur.
"I nak dia yang hantar makanan itu pada I.. I tak nak orang lain." ujar nya lalu menuding jari ke arah aku yang masih tak berganjak.
Terus mata Mina teralih ke arah aku. Dia sudah berkerut dahi. Namun memandangkan Kuza adalah seorang pelanggan, Mina terpaksa akur.
Aku sudah ketap bibir. Mataku masih melirik ke arah Kuza. Sebelum pergi, sempat dia berikan jelingan maut nya kepada aku. Huh?!
...
Dulang yang berisi jus oren dan menu makanan itu Mina serahkan kepada aku. Sempat mata Mina melirik ke arah Kuza yang sedari tadi leka bermain dengan telefon pintar nya. Kembali dialihkannya pandangan menghadap aku.
YOU ARE READING
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)
Short Story@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedi...