BAB 65

31.3K 1K 44
                                    

Selesai sahaja memberi salam yang kedua, aku terus meraup wajahku. Bukan seperti biasa, kali ini aku termenung memandang tikar sejadah. Entah kenapa, fikiran aku jadi serabut bila memikirkan masalah yang tak pernah sudah hadir dalam hidup aku.

Aku fikirkan hidup aku akan jadi lebih  baik bila datang ke Kuala Lumpur. Hmm.. bile terkenangkan balik kisah silam. Yurp, nampaknya hidup aku berubah 360 darjah sejak pertama kali aku jejakkan kaki ke Malaysia.

Entah bagaimana, niat aku yang hanya mahu bekerja dengan aman di Kuala Lumpur ini akhirnya berubah dan berleretan dengan pelbagai masalah sehinggalah akhirnya aku ada di sini. Di dalam rumah milik lelaki bernama Huzryle Khayril.

Pelakon yang dulunya aku perlekeh bakatnya. Pelakon yang adik aku puja dan meraung setiap kali nampak mukanya di kaca tv dan.. tak semena-mena bibirku mengukir senyum. Kelakar pula bila terkenang kan zaman di mana aku menjadi haters nya.

Yurp, beronak duri juga hidup aku ni. Dari satu ke satu masalah aku tempuhi dan tanpa aku sangka.. aku akhirnya berdiri di sisi lelaki itu sekarang. Nampaknya, Tuhan itu benar-benar pencipta tali takdir yang terhebat.

Tanpa sedar, air mataku yang bertakung di birai mata akhirnya luluh. Aku sendiri pun tak tahu sama ada itu air mata gembira ataupun air mata duka. Huh.. yang pasti, fikiran aku teringatkan pada Ryle setiap kali air mataku jatuh.

Tidak mahu berlengah, tanganku aku tadah mahu memanjat doa kepada Ilahi. Sempat air mataku kesat. Berharap, aku tidak terbawa emosi ketika meluahkan rasa kepada Yang Maha Satu.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau permudahkan lah jalan untukku agar aku selalu redha dengan takdir yang kau telah tetapkan. Aku bahagia dengan pilihan-Mu, Ya Allah. Kau panjangkan lah jodoh kami jika dia adalah yang terbaik untukku. Kalau bukan, maka kau pisahkanlah.. huh.. pisahkan kami dengan jalan yang tak meluka kan."tuturku. Kali ini, aku terbawa emosi. Air mataku berguguran jatuh.

Setelah selesai melafazkan doa, aku terus menyapu wajahku. Telekung yang aku pakai aku tanggalkan, sejadah tempat aku bersujud juga aku lipat.

Setelah selesai mengemas sejadah dan telekung, aku terus berlalu mahu turun ke dapur. Kerja mencuci pinggan ku yang terbengkalai di dapur aku mahu siapkan secepat mungkin. Hmm.. aku nak tidur. Penat.

Ketika aku melintasi bilik Ryle, langkahku tak semena-mena mati. Keadaan pintu bilik Ryle yang agak terbuka itu sedikit sebanyak memudahkan kerja aku.

Telingaku aku dekatkan ke ruang yang terbuka itu. Perbualan Ryle dengan seseorang kini menjadi lebih jelas.

"Boleh tak you jangan bahaskan fasal video itu? I taknak bincang kan lagi fasal hal itu, Kuza." bicara Ryle dalam nada memohon.

Aku mengetap bibir. Ryle.. dengan Kuza? Sempat aku toleh wajahnya. Nampak kusut dan juga serabut. Hmm.. mungkin sebab video itu agak nya.

Kali ini keluhan lemahku terlepas. Pfft.. Ryle kan sayangkan Kuza? Mestilah dia risau.. sebab kekasih dia tahu fasal video itu. Huh, tolong jangan berharap lebih Aysara. Dia kasihankan kau pun sebab anak dalam perut kau ni.

Bukan sebab kau..

"I cakap I taknak bahaskan. Please, faham pada apa yang I cakapkan tadi. I taknak bincang fasal benda ni lagi." kali ini Ryle sudah bertegas.

Pelipis matanya diurut perlahan. Jasadnya sudah berlegar ke kiri ke kanan. Yurp, dia kelihatan sangat serabut.

"Fine. Thats me! I yang dengan perempuan itu. It is enough for you?!" gertak Ryle sedikit geram.

Aku yang mendengar bicara Ryle sudah tergamam. D-dia marah Kuza? Sebab.. aku ke?!

Serentak itu, Ryle mematikan talian. Aku lihat dia campak telefonnya ke sofa lalu tubuhnya juga dilayang ke atas sofa. Aku lihat wajahnya yang semakin kusut. Muka bersalah dan kesal saling menyinggah pada wajah nya. Yurp, aku tahu Ryle sekarang ini sedang bercelaru.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now