Bab 1

636 16 0
                                    

    Aku mengetuk perlahan jari di meja belajar. Pensel yang sepatutnya berada di tangan sudah terselit di celah telinga. Bibir aku mula menyanyi kecil lagu K-pop.

"Woo, I dunno I dunno I dunno why, Woo nado nal nado nal mureogesseo--" Aku jeda. Mata menjeling ke arah pintu.

"Kau nak apa ha?" Tanyaku malas. Abang aku tersengih. Semak lah kau budak.

"Kau yakin ke yang kau sedang buat homework, wahai adikku?" Tanya abangku. Aku menjeling. Pensel yang terselit di tepi telinga aku campak pada dia. Tepat-tepat kena dahi dia. Bagus, Fie.

"Kau, Saffieyatul Hawaniez!!!" Jerit abang aku. Aku mengetap bibir geram.

"Kau pahal, Syafiq Harraz?!" Jerit aku pula. Aku genggam kalkulator di sebelah. Sia-sia kalau kena baling nih!

"Ibu, abang kacau Fie!!!" Jeritku lantang. Nak mengadu!

    Setelah beberapa saat, ibu muncul di tepi pintu.

Pakk!

"Ibu..." rengek abang aku. Aku tergelak. Padan muka. Tadi kacau orang, kan?

Pakk!!

    Aku tergamam. Apa ni? Kenapa aku pun kena ni?

"Ibu nak masak pun tak senang. Bisinglah lagi. Ibu ketuk pakai kuali pulak lepas ni," kata ibu sebelum keluar dari bilik aku dengan gaya diva sambil memegang senduk di tangan.

"Kaulah punya pasal!" Bibir aku ketap. Ni, kalau kena belasah, sia-sia hidup dia selama 17 tahun!

"Ish, baik aku blah. Sakit hati dapat adik macam kau," katanya. Aku mengepal penumbuk. Sabar, Fie. Sabar. Sekarang ni, tarik nafas dan hembus. Ada kerja math kau tak siap lagi ni.

"Kau pun sama. Aku bakar satgi kang," bebelku geram. Kertas math tadi aku pandang meluat. Loya uii loya.

***

    Aku menongkat dagu melihat ciptaan Allah yang indah. Kacaknya dia. Dengan baju pengawas tu. Ha, buat hidung aku hampir berdarah.

"Ha, berangan!" Tegur seseorang. Aku angkat kepala dan menayangkan muka selamba.

"Berambuslah kau sana, Daniel. Semak mata aku," kataku. Daniel mengambil tempat di sebelahku.

"Kau kalau dah nampak Mr. Crush, jangan cakap aku. J-Hope BTS pun kau tak nampak," perli Daniel. Ini sudah lebih melibatkan nama husband aku nih!

"Excuse me, kau mungkin ya. Tapi, J-Hope tak. Dia lagi sunshine daripada kau, okay," kataku. Daniel menggulingkan biji matanya. Aku menjeling.

"Tch! Aku datang sini sebab nak tanya pasal Fiesyah. Mana dia?" Tanya Daniel. Aku sekadar mengangkat bahu. Mata masih ralit memandang Mr. Crush yang bergelak ketawa dengan kawan-kawan dia. Rasa bagai di syurga.

"Haih, macam cakap dengan tunggul. Dah lah, aku nak pergi beli sarapan." Kata Daniel. Aku mengangguk dan menunjukkan isyarat tangan seperti menghalau.

"Sia-sia kalau kena tunjal ni." Kata Daniel. Geram. Kesah pula aku?

"Kenapa handsome sangat ni?" Getusku. Aku menopang dagu. Ya Allah, nak je aku pergi kat dia lepastu culik. Bawak lari. Ahahahaa.

"Woi!" Tegur seseorang.

"Salam mana salam? Awak tu perempuan tau, Nayli." Perliku. Nayli terdiam.

Pakk!

"Sakitlah!" Jeritku geram. Banyak-banyak benda, kenapa kepala?! Biol sebab kena ketuk dengan ibu tak habis lagi tau tak?!

"Lima kali, Fie. Lima kali aku bagi salam." Kata Nayli geram. Aku tergelak kecil.

"Sorry, sistur." Kataku. Bahunya aku peluk.

"Nay, handsome kan manusia seorang tu?" Tanyaku. Nayli berdehem.

"Daripada aku layan kau, baik aku bertugas sebelum Mr. Crush kau memekak." Kata Nayli. Buku nota dan pen dicapai.

"Yeah, shuhh!!"

"Dasar, Fie!"

"Hahahahah..." Aku bantai gelak.

Kringg!!!!

   Ala. Cepat sangat masa berlalu. Baru nak usha lama-lama sikit.

"Saffieyatul Hawaniez!" Jeritan itu! Tidak!!!!

"Kau bangun kau, pemalas! Pergi dataran budaya sekarang jugak!" Arah Syaz. Allahu, dia ni kecik-kecik tertelan mic ke apa? Pekak telinga aku.

"Yeye, makcik Syaz. Aku pergi ni." Ujarku. Muncung usah diukurlah. Boleh sangkut sepuluh hanger tau.

"Fie, tunggu jap!" Ah, kenal sangat.

"Kau memang selalu lambat kan, Fiesyah." Sindirku. Fiesyah tersengih sebelum berjalan ke arah mesin pengesan cap jari yang berfungsi sebagai penanda kehadiran. Bla. Bla. Aku benci benda tu.

"Aku nak usha makanan jap." Ujarku. Alang-alang kat kantin ni, baik aku usha kuih apa makcik ni jual.

"Buat apa kat sini?! Pergi dataran budaya sekarang!!!"

    Langkah aku terhenti. Terus sahaja aku buat muka menyampah.

"Kecohlah Ng tu." Kataku geram. Acah ketua pengawas. Padahal atas aku setahun jer. Erghh!!! Stress.

"Aku malas nak hadap muka Ng tu. Apa kata kita pergi jer dataran." Ujar Fiesyah. Lengan aku yang berlapikkan baju kurung sekolah ditarik.

   Wah, bencinya hari Isnin nih. Kena dengar 'sepatah dua kata' pengetua tu yang lemah. Katanya sepatah dua tapi berpatah-patah aku dengar. Kalau jenis macam aku ni, siap kira lagi minit dia membebel. Hahah..

   Jadi, dengan langkah malas aku ke barisan kelas aku. Marilah kita terseksa berjemaah.

Tbc...

Bosan.. Tau.😰

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now