Bab 25

127 9 0
                                    

    Aku melepaskan keluhan kecil. Ha, aku kalau bab-bab mengeluh ni memang nombor satu. Orang tak nak pakai otak lama sangat lah katakan. Berbalik kepada situasi aku. Aku kini sedang berada di dapur.

"Nak buat kek apa? Kek batik? Tak nampak macam simple sangat ke? Kek Milo viral? Er, dia suka Milo ke?"

    Kalau dalam otak kau orang terfikir dia tu adalah Tengku Nopal Gatal. Anda genius. Seratus markah untuk anda.

"Fie, buat apa?" tanya Abang Idyan.

"Nak buat kek--"

"Untuk Naufal. Pagi tadi aku dengar dia call Naufal. Katanya Naufal nak datang sini dengan mak mertua kau. Tu yang dia gigih tu."

"Wutda fishcake, Syaf? Kau curi dengar ke ha?" tanyaku geram.

"Haah. Kenapa? Salah?"

    Tak. Tak salah. Tapi, DOSA BESAR!

"Kuasa penangan Haku-Joudai!!" jeritku sebelum satu pek Milo aku baling ke arah Syafiq.

"Lol. Parah betul kalau adik kau dah start dengan anime dia." sindir Abang Idyan. Ni pun nak kena ni.

"Palpalpal!!" jerit Adyan.

    Kau sabar kejap. Pal? Jangan cakap tu TENGKU NAUFAL HAKIMI?! AAAA KEK AKU TAK BUAT LAAAGI!!!!

"Ah, mama."

    Satu je aku boleh cakap hm. Mati. Aku mati dah bacakan aku Yaasin cepat. Tapi, nasib baik aku dah sarung tudung. HAHAHHAAH---tak lawak Fie. Kek kau tak buat lagi. Aih, susah lah gini.

"Mama!!! Mia windu mama!!"

    Terus sahaja tubuh aku yang sedang membeku di tepi sinki dipeluk erat dari belakang. Tangan si kecil itu aku pegang lembut sebelum tubuh aku pusing ke arahnya.

Apakah?

    Mana Abang Idyan dengan Syafiq? Ke..kenapa Tengku Nopal abang Dede dekat sini? Ke..kenapa?!

"Ah, kau kat sini rupanya. Jomlah. Aku ada bawak blueberry cheesecake yang kau suka tu." ujar Naufal. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket. Dia tersenyum ke arah aku.

"Sa..saya nak buat air. Aw..awak dengan Mia duduk lah dulu." ujarku. Tak, sebenarnya aku tengah menghalau cara halus ni.

"Okay, come Mia sayang."

    Mia melepaskan pelukan aku dan berjalan ke arah Naufal sebelum kedua-dua mereka berlalu ke arah ruang tamu. Kus semangat.

    Dengan pantas aku capai Sunquick perisa mangga. Depan bakal mak mertua kena jadi bakal menantu pilihan. HAHAHHAHAH-okay baik aku sambung buat air.

***

"Jadi, sampai situlah." ujarku malas. Kedengaran suara di hujung talian berdecit geram.

"Sampai mana? Singapura? Korea? Thailand? Hah?! Kau bagitau aku boleh tak?!" menjerit-jerit Fiesyah dibuatnya. Aku pula tekup muka guna bantal. Tak menyabar betul minah ni.

"Sampai abang aku sergah dia baru lah dia nak alih pandangan." kali ini suara aku berubah serius.

    Nafiesyah pula bantai gelak. Wah, seronok kau bergelak ketawa ya. Siap kau!

"Cik Nafiesyah, aku tak buat lawak, okay?"

"Tapi, aku terhibur acaner tu?" tanya Fiesyah pula. Ei, minah ni!

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now