Aku teguk liur yang makin mengering. Mata fokus memandang ke arah pokok-pokok yang ditanam oleh majlis perbandaran di bahu jalan. Pokok apa pun aku tak tahu. Apa yang aku tahu, pokok tu keluarkan bunga warna putih. Ada jugak bunga yang warna merah jambu. Cantik.
"Taulah aku pokok tu lagi hot daripada bakal suami dia." tegur satu suara. Aih, malaun sorang ni. Asal kau bersuara? Baru nak cari ketenangan.
"A..apa dia?" tanyaku. Sengaja buat-buat tak dengar statement acah-acah merajuk dia tadi.
"Tak ada apa-apa lah, sayang." jawab Naufal malas. Eh, eh dia ni. Lempang kang.
"Sampai sana nanti, kau pilih je nak warna apa. Aku ikut."
Aku hanya mengangguk. Sunyi kereta ni kalau tak ada Mia. Selalunya dia yang membebel. Sejak Tengku Izwan balik Malaysia ni, papa dia yang Tengku Naufal habis kena pinggir. Katanya Tengku Izwan berjuta kali lagi kacak daripada Naufal. Hm, aku setuju. Memang Izwan lagi kacak daripada Naufal. Tapi, kenapa aku jatuh hati kat Naufal? Entah. Pelik. Nak kata baik, syaitan perangai dia. Tak tahu....
"Macam mana kau setuju nak kahwin dengan aku?" tanya Naufal.
"Tak tahu."
"Eh, dia ni...."
Aku jeling Naufal yang sedang fokus memandu. Dah memang betul aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh setuju.
"Mungkin... Sebab saya sayang awak?"
Pantas sahaja Naufal menekan brek. Woi! Nasib baik aku pakai tali pinggang keledar kalau tak, dah arwah dah!
"Aku tak salah dengar, kan?" tanya Naufal. Matanya tunak memandang aku. Aku pula alihkan pandangan ke arah jari jemariku yang sudah berpeluh sejuk. Berdebar bila dia pandang macam tu.
"Aku pun sayangkan kau."
"Erm, awak memang sayang saya. Saya pun tau. Tapi, awak sedar tak kita berhenti dekat tengah jalan. Mujur tak ada kereta ni. Tapi nanti ka--"
"Yeye, aku tau. Membebel je kerja sayang aku ni." ujar Naufal malas. Ei, datang bintang lah tu. Tu yang kejap emo kejap tak tu. Banyaknya tu aku....
Kereta milik Naufal mula bergerak laju ke arah butik pengantin. Hm, macam mana aku boleh terlepas cakap? Eih, mulut ni.
***
Aku pandang baju pengantin di hadapan aku. Warna biru kegemaran aku. Izinkan aku menangis. Hm. My favourite baby blue! Nak nangis....
"Macam mana? Cik ada nak tambah labuci tak?" tanya pekerja wanita tersebut. Aku menggeleng. Lawa sangat dah ni. Tak payah ada labuci pun dah berseri sangat.
"Pandai bakal suami Cik pilih." puji pekerja wanita tadi. Aku mengangguk sedikit. Aku tak nafikan. Naufal tau aku suka yang macam mana. Ni yang makin sayang ni. Eh eh.
"Aku beli yang siap je. Okay, kan?" tanya Naufal. Aku teguk liur. Suara Naufal macam terlalu dekat. Mesti dia dekat belakang aku, kan?
"O..okay je. Macam mana awak tau saya suka warna biru?" tanyaku pelik. Naufal tergelak kecil.
"Waktu sekolah dulu, daripada atas sampai bawah semua biru. Sampaikan, kelas pun kau suruh cikgu cat warna biru."
Aku tersengih malu. Aku memang ada fetish dekat warna biru. Lagi-lagi yang lembut-lembut. Huuuu. Tenang je mata pandang. Ehek!
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...