Aku tengok video ASMR di YouTube dengan wajah tanpa riak. Aku bosan. Memanglah lapar tengok dia makan ayam goreng pedas macam tu. Tapi, masalahnya.... Aku bosan. Tengok video yang sama. Lagipun, mood aku sudah ke laut paling dalam. Kejadian di mana aku sendiri suruh Naufal berhenti cintakan aku, masih segar dalam ingatan. Yelah, baru dua hari lepas. Ceh!
Aku pandang balkoni yang suram. Suram lagi hidup aku. Tanpa aku sedar, kaki aturkan ke arah balkoni. Dari atas kelihatan Adyan dan Iqram sedang berjimba dia dalam kolam mini. Seronoknya. Aku nak masuk mesti tak muat. Aku pandang langit yang membiru. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi aku dan membuatkan rambut aku beralun-beralun. Wah, bermadah pujangga Fie petang-petang ni.
Aku letakkan siku pada palang kaca sebelum mendagu. Indah kan jadi budak-budak kecik? Tak ada masalah. Nak makan? Orang bagi makan. Menangis pun sebab mainan rosaklah. Nak beli mainan lah. Rindu zaman kanak-kanak aku. Sekarang dah besar. Dah 18 tahun dah. Masalah? Jangan cakap. Bertimbun.
Aku mengeluh sedikit. Mata aku kalihkan memandang langit. Beberapa ekor burung helang terbang bebas di langit biru. Terbanglah kau berjemaah. Kena tembak dengan pemburu kang padan muka!
Seketika kemudian bilik aku bergema dengan lagu On daripada BTS. Aku mengeluh sedikit sebelum membawa langkah ke arah meja belajar yang bersebelahan dengan balkoni. Telefon aku capai.
Unknown number?
Teragak-agak aku mahu menekan ikon hijau tersebut. Mana lah tau kalau scammer ke? Tapi, kalau hal penting macam mana? Ah, redah lah! Dengan bacaan bismillah aku seret ikon hijau tadi menggunakan ibu jari.
"Assalamualaikum, Aniez."
Terkebil-kebil aku dibuatnya. Aniez? Ada sorang saja panggil aku Aniez. Opah. Tapi, ni suara lelaki. Jadi, Aiman! Err, abang Aiman? Ee, gelinya...
"Waalaikumussalam, Ab..abang Aiman?" tekaku. Aku membuat mimik wajah menggelikan. Hiks.
"Nasib baik Aniez kenal suara abang." ujarnya dihujung talian. Aku garu kening. Bukan kenal suara, tapi kenal sebab dah dia je panggil aku Aniez selain Opah.
"Ab..abang nak apa?" tanyaku. Sekali lagi, mimik muka kegelian jelas terpancar di wajah aku.
"Abang nak ajak Aniez jalan-jalan. Boleh tak?"
"Pergi mana?" tanyaku.
"Funfair." jawabnya. Mata aku terbuka luas. Dah lama tak berhibur dekat sana. Wah, seronoknya kalau dapat main rollercoaster!
"Boleh juga. Lagipun, Aniez dah lama tak pergi sana." ujarku dengan nada yang teruja. Dapat hilangkan stres!
"Esok, pukul 2 petang abang jemput Aniez." ujarnya.
Setelah hampir 20 minit berbual dengan Aiman, aku letakkan telefon ke atas meja. Aku pandang diri sendiri. Ei, tak mandi lagi.
Terus sahaja aku capai tuala. Kaki atur ke dalam bilik mandi. Masa untuk jadi wangi!
***
Aku semburkan minyak wangi Izzy Sweet Love pada tubuhku. Shawl satin berwarna hitam aku betulkan sedikit agar tampak lebih kemas. Sling bag jenama SUPREME aku sangkut ke bahu sebelum kaki aku atur ke arah ruang tamu.
Kelihatan Ibu, Abang Idyan, Syafiq, Iqram dan Adyan sedang menonton Sinetron berjemaah. Apakah?
"Aih, cantik-cantik nak pergi mana?" tanya Abang Idyan. Aku hanya buat muka malas sambil mencium tangan Ibu.
"Dating dengan Naufal?" usik Abang Idyan. Tangannya yang aku pegang, aku lepaskan.
Tajam mata aku menikam anak mata Syafiq dengan pandangan kau-tak-bagitau-abang-lagi-ke-anat-? dan Syafiq hanya membalas dengan pandangan fikir-aku-ni-orang-gaji-kau-ke-?
Aku berdecit geram. Jagalah kau!
"Fie nak keluar dengan kawan." jawabku. Pantas sahaja tangan Abang Idyan aku cium sebelum aku hadiahkan dia sebuah kucupan pada pipinya.
"Naufal lah tu." usiknya lagi. Nasib baik dia tak tahu apa-apa. Aih, sabar je lah aku ni!
Aku salam tangan Syafiq dan Iqram sebelum berlalu keluar dari rumah banglo dua tingkat milik Ayah. Sepasang kasut Nike aku sarung pada kaki. Sempat juga aku menitip salam pada keluargaku sebelum langkah kaki aku bawa nun jauh ke perhentian bas di hadapan kawasan perumahan aku.
Sebuah kereta Porsche hitam terparkir elok di hadapan perhentian bas.
"Lama tunggu?" tanyaku. Aiman tersenyum.
"Baru je sampai."
Aku pandang tubuhnya. Hoodie hitam lagi?! Kali ini siap cermin mata hitam dan mask hitam lagi! Dahsyat!
"Ab...abang tak panas ke pakai baju tu?" tanyaku. Aiman memandang tubuhnya sendiri.
"Terpaksa. Abang kan famous. Nanti followers Insta abang kenal, matilah abang." ujarnya bersama nada gurauan. Aku tergelak kecil. Ya, tak ya juga. Pengikut dia hampir satu juta. Instafamous lah katakan. Tak seronoknya jadi seorang Aiman Affan.
Dengan bacaan bismillah kereta Porsche hitam milik Aiman Affan meluncur laju membelah jalan raya. Untuk seketika, ayuh lupakan Naufal. Naufal tu, esok-esok boleh ingat. Ngehehe...
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...