Aku pandang skrin laptop di hadapan aku. Satu je aku boleh cakap. Bosan. Tak ada drama baru. BTS pun belum buat comeback. Jadi, nak tak nak aku kena jadi jeruk asam lah kat rumah memandangkan Abang Idyan dah larang aku keluar rumah kalau bukan dengan Naufal dan geng aku.
Cakap pasal Naufal. Mana sahabat sehidup semati dia? Izwan? Aku tak nampak pun sejak kejadian Naufal bergaduh dekat sekolah dulu. Dia pindah ke apa? Aku kena tanya Naufal nanti.
(Ay oh) Gajweowa bring the pain, oh
(Ay oh) Olatabwa bring the pain, oh
Rain be pouring sky keep falling
Everyday oh na na--"Hello, siapa ni?" tanyaku. Suara di hujung talian hanya menggumam kecil. Mer...merdu nya suara dia. Eh, kau kenapa? Menggumam pun merdu ke?!
"Ja..jangan main-main kalau tak saya block." ujarku geram. Suara di hujung talian ketawa kecil.
"Sayang, sampai hati nak block aku." ujarnya sebelum pipi aku membahang teruk.
"Nau..Naufal?" tekaku.
"Bingo!"
"I miss you, sayang."
Kali ni jantung aku berdegup laju bagaikan baru sahaja lepas melakukan aktiviti larian marathon.
"Rindu aku tak?"
"Ha? T..tak. Eh.. Sa--" aku tampar mulut sendiri. Kenapa kau gagap ha?!
"Jangan comel sangat boleh tak? Sengaja nak buat jantung aku jadi tak tentu arah, kan?" ujar Naufal di hujung talian.
Kau kenapa cakap macam tu?! Ya Allah, jantung aku!!!
"Kenapa call?" tanyaku.
"Saja. Rindu sangat."
"Err..."
"Fiefot ketot!! Sini kejap!!" jerit Abang Idyan. Halah, kacaulah!
"Sa..saya off dulu tau. Abang Idyan panggil." ujarku.
"Okay, sayang. Bye, assalamualaikum."
"Wa..waalaikumussalam."
Usai sahaja aku menjawab salam daripada Naufal, telefon aku baling ke atas katil. Seram buduh. Nak tau sebab apa? Sebab tiba-tiba je seketul Naufal jadi sweet talker macam tu. Meremang bulu roma aku dibuatnya. Tapi, pada masa yang sama aku....aku... Ah, apa-apa je lah.
Aku atur langkah ke arah ruang tamu. Kelihatan Abang Idyan sedang memakaikan lampin pakai buang pada anak lelakinya Adyan Hariz. Kau nampak tak betapa dia bangga dengan nama dia sampaikan nama anak dia lebih kurang je dengan nama dia.
"Nak apa?" tanyaku. Abang Idyan menoleh ke arah aku.
"Jagakan baby Adyan boleh? Abang nak buat susu." ujar Abang Idyan.
"Hm, okay."
Setelah kelibat Abang Idyan menghilang ke dapur, aku dekati baby Adyan yang baru berusia 8 bulan. Aih, comelnya dia!! Sama betul dengan muka abang aku. Kak Athirah kerja peramugari jadi, masa dia dekat rumah memang terhad. Abang Idyan kalau Kak Athirah tak ada memang rumah Ayah lah yang dia pergi. Katanya takut berdua je dengan Adyan. Pengecut.
"Baby Adyan lapar ke?" tanyaku. Adyan sekadar mengomel bahasa alien nya. Aih, comel sangat!!!
"Baby Adyan, acik Fie nak tanya sikit. Waktu baby Adyan dekat rumah mummy Adyan, macam mana Acu awak jaga awak?" tanyaku. Baby Adyan hanya mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum ketawa kecil.
"Mana lah Adyan tahu. Mengada betul. Tanya-tanya Adyan tu nak jadikan Naufal suami ke?" usik Abang Idyan. Pipi aku membahang.
"Mana ada." nafiku.
"Eleh, kau. Sana sikit! Abang nak bagi susu dekat Adyan." halau Abang Idyan. Apakah?!
"Fie masuk bilik dulu. Sayonara!!"
Terus sahaja aku berlalu pergi dari ruang tamu. Malas mahu melayan Abang Idyan aku tu.
***
Aku menekur di atas sejadah. Aku sudahpun habis solat kira-kira sepuluh minit yang lalu. Tapi, tiada tanda aku mahu bangun dari tikar sejadah. Fikiran aku melayang tatkala teringat berita yang menggemparkan rakyat Malaysia pagi tadi.
Seorang mayat gadis remaja yang berusia lingkungan 16 tahun telah dijumpai di dalam biliknya pagi tadi dalam keadaan tergantung pada kipas siling. Remaja tadi dipercayai membunuh diri kerana mempunyai masalah dengan teman lelakinya dan dipercayai mangsa sedang mengandung tiga bulan. Polis kini sedang menyiasat dan menjejaki teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.
Berita pagi tadi seolah-olah terngiang-ngiang di telinga aku. Gadis tadi ialah salah seorang murid sekolah lama aku. Junior aku. Aku kenal gadis itu. Dia baik dan cantik. Dia juga terlalu naif. Aku tidak mahu membuat spekulasi. Aku tak tahu apa yang dialaminya. Namun, perancangan Allah itu indah. Aku yakin suatu hari nanti teman lelaki gadis itu akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Persoalannya sekarang pada diri aku. Aku takut untuk menyerahkan hati ini. Aku takut untuk mencintai seseorang walaupun Naufal. Mungkin, apa yang aku lalui bersama Naufal dulu tak seteruk apa yang gadis itu lalui tapi, aku tetap takut. Mungkin juga trauma.
Aku menadah tangan. Tubir mata terasa memanas.
Ya Allah, yang maha penyayang dan maha mengasihi. Aku memohon kepadamu, lindungilah aku dari dusta cinta manusia dan jauhilah aku dari cinta yang penuh pura-pura dan kemaksiatan. Kau jadikanlah aku hamba mu yang istiqamah dalam mencari dan mengenali cintamu. Aamiin ya rabbal alaamiin.
Cecair jernih mula membasahi pipiku. Dulu aku hanyalah seorang gadis polos yang mudah jatuh cinta. Aku tahu itu fitrah manusia. Tapi, sekarang aku seorang Safieyatul Hawaniez yang matang. Insyallah, aku mampu membezakan yang baik dan buruk.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...